Rajiv Ouseph

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rajiv Ouseph
Maklumat peribadi
Lahir (1986-08-30) 30 Ogos 1986 (umur 33)
Hounslow, London, England
Tinggi1.91 m (6 ka 3 in)
Negara England
Cakat tanganKanan
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi11 (November 2010)
Ranking terkini29 (10 September 2014 [1])
Profil BWF

Rajiv Ouseph (lahir 30 Ogos 1986 di Hounslow, London) merupakan seorang pemain badminton lelaki dari England. Beliau merupakan keturunan orang India. Beliau telah lahir dan membesar di London dan belajar berkaitan media dan komunikasi di Universiti Loughborough.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Rajiv merupakan pemain nombor 1 di England dan beliau mememangi empat kali kejohanan senior anjuran negara itu dalam Kejohanan Badminton Kebangsaan England pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011. Beliau menjadi pemain pertama memenangi empat kali kejohanan itu sejak Derren Hall (1988-1991). Pada 2009, beliau memenangi Terbuka Kanada, Le Volant d'Or de Toulouse, Terbuka Scotland, Terbuka Ireland dan European Circuit Finals 2009. Beliau juga pernah memenagi Kejohanan Badminton Junior Eropah pada tahun 2005, Ouseph menjadi orang Inggeris pertama memenangi kejohanan itu sejak 20 tahun yang lalu. Ouseph mencapai tahap terbaik beliau apabila beliau menduduki kedudukan dunia ke-18 pada Julai 2010 selepas memenangi Terbuka AS dalam perseorangan lelaki. Kemudian, beliau memenangi pingat perak dalam Sukan Komanwel 2010 selepas tewas kepada Lee Chong Wei.

Beliau memenangi kejohanan senior pertama beliau dalam Piala Thomas ketika beliau berumur 19 tahun. Beliau juga menyertai pasukan England dalam Piala Sudirman di mana beliau pemain paling muda dalam pasukan England. Rajiv mengambil bahagian dalam perseorangan pertama dalam kelayakan Piala Thomas 2010 yang diadakan di Poland pada Februari 2010.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2005—Kejohanan Remaja Eropah, Johan
  • 2005—Kejohanan Badminton England B19, Juara
  • 2005—Kejohanan Remaja Jerman, Juara
  • 2007—Kejohanan Belanda, Naib juara
  • 2008—Kejohanan Kebangsaan England 2008, Johan
  • 2008—Kejohanan Scotland, Johan
  • 2008-Kejohanan Ireland, Johan
  • 2009—Kejohanan Kebangsaan England 2009, Johan
  • 2009-Terbuka Kanada, Johan
  • 2009—Le Volant d'Or de Toulouse, Johan
  • 2009—European Circuit 2009, Johan
  • 2010—Kejohanan Kebangsaan England 2010, Johan
  • 2010—Terbuka A.S., Johan
  • 2010—Sukan Komanwel 2010, Naib juara

Rujukan[sunting | sunting sumber]