Rakesh Roshan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rakesh Roshan
Rakesh Roshan returns from IIFA 2012 10.jpg
Roshan di Anugerah IIFA 2012
Kelahiran (1949-09-06) 6 September 1949 (umur 70)[1]
Bombay, Negara Bombay, Kesatuan India
PekerjaanPembikin filem, pemuzik
Tahun aktif1970–kini
PasanganPinky Roshan
Anak2, Sunaina Roshan dan Hrithik Roshan
Ibu bapaRoshan dan Aparna

Rakesh Roshan (lahir Rakesh Roshan Lal Nagrath pada 6 September 1949) ialah seorang penerbit, pengarah, penulis skrip, penyunting, bekas pelakon dan pengarah muzik India yang bekerja dalam filem Hindi. Beliau ialah anak Roshanlal Nagrath, yang dilahirkan di Gujranwala, Punjab. Beliau muncul dalam 84 filem sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an hingga 1989. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak pembantunya dalam filem-filem belanjawan besar yang dibintangi oleh Sanjeev Kumar dan Rajesh Khanna dalam peranan utama. Kemudian, beliau mencapai kemasyhuran untuk mengarahkan filem-filem dengan tajuk-tajuk yang bermula dengan huruf "K" sejak 1987. Sebagai seorang pembikin filem, karya beliau yang paling terkenal termasuklah drama Khudgarz (1987), drama dendam Khoon Bhari Maang (1988), drama komedi Kishen Kanhaiya (1990), thriler jenayah Karan Arjun (1995), Kaho Naa... Pyaar Hai (2000), cereka sains Koi... Mil Gaya (2003) dan siri filem adiwira Krrish (2006 — 2013). Roshan memenangi Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik untuk mengarahkan filem; Kaho Naa... Pyaar Hai dan Koi... Mil Gaya. Beliau ialah bapa bintang ikonik Hrithik Roshan.

Pada Januari 2019, Roshan telah didiagnosis dengan karsinoma sel skuamosa peringkat awal tekak.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengarah[sunting | sunting sumber]

Sebagai penerbit[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Inside Rakesh Roshan's 64th birthday bash". NDTV. 6 September 2013. Dicapai 9 May 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]