Ramizah Wan Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ramizah Wan Muhammad
Kelahiran (1969-06-09) 9 Jun 1969 (umur 54)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPensyarah

Profesor Madya Dr. Ramizah Wan Muhammad (lahir 9 Jun 1969) merupakan salah seorang pakar Undang-undang Jenayah Islam dan juga Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia[1]. Beliau memulakan pengajian undang-undang secara formal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Perbandingan Undang-undang (MCL) di universiti yang sama. Seterusnya beliau menyempurnakan Sarjana Kedoktoran (Ph.D) dengan tesis bertajuk “Administration of Islamic Judicial System in ASEAN countries with particular reference to Malaysia”.

Beliau kini bertugas di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) pada 1992 sebelum seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Syariah (LLB_S) pada tahun 1993. Tahun berikutnya (1994), beliau menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dengan Sarjana Perbandingan Undang-undang. Beliau menyempurnakan Sarjana Kedoktoran (Ph. D) dengan tesis bertajuk “Administration of Islamic Judicial System in ASEAN countries with particular reference to Malaysia”.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai pembantu pensyarah di Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1992 hingga 1994. Selepas berjaya memperolehi Ijazah Sarjana, beliau dilantik sebagai pensyarah pada 1994 hingga 2006. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pembantu Profesor sehinggalah September 2011 di mana beliau dilantik sebagai Profesor Madya sehingga sekarang.

Beliau juga menyandang jawatan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar bagi sesi 2012-2014[2].

Beliau antara ahli akademik yang berpendapat bahawa orang bukan Islam boleh beramal sebagai peguam syarie[3].

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Kertas kerja[sunting | sunting sumber]

  • “Student Exchange Program Between AIKOL (IIUM) and Faculty of Law (UMY): An Overview”, Proceedings International Conference on Law and Society, International conference on Law and Society, Faculty of Law & Board of Research, UMY. Jogjakarta. 2013. pp.178-182.
  • “The Administration of Shariah Court in Malaysia, 1957-2009” (published 13 Dec 2012), Journal of Islamic Law and Culture, Issue 2-3.2011. pp. 242-252.
  • “Thailand, Islamic Law”, in Oxford Islamic Studies Online. April 2012.
  • “Islamic Criminal Law and Human Rights” (2012). Human Rights Law: International, Malaysian and Islamic Perspective. Abdul Ghafur Hamid (ed). Sweet & Maxwell Asia. Selangor.
  • “The Dato’ Yuthitham and the Administration of Islamic Law in Southern Thailand” (2011) Islam, Syariah and Governance Background Paper Series, No. 7, Centre for Islamic law and Society, The University of Melbourne, Australia. Pp.1-14.
  • “Sulh (Mediation) in the Malaysian Syariah Courts”, (2010). Mediation in Malaysia: The Law and Practice, Lexis Nexis, Kuala Lumpur.pp.415-428.
  • “Sejarah Pentadbiran Kehakiman Islam di Malaysia: Satu Sorotan”, (2009). KANUN. Vol.21. No.1. pp.1-11.
  • “Shariah Court judges and Judicial Creativity in Malaysia and Thailand: A Comparative Study” (2009). Journal of Muslim Minority Affairs. Vol. 9. No.1. March. pp.127-139
  • “Woman in the Shariah Courts: A Study of Malaysia and Indonesia”, Journal of Islamic Law Review, Vol.4, 2008. pp.121-134
  • “Sulh as a Method of Alternative Dispute Resolution in Criminal Cases: An Islamic Perspective”, (2008). Law Review, No 3. pp.386-399.
  • “Women Judges in Islam and the application in the Malaysian Shariah Court”, [2008] 3 Shariah Law Report. Pp.26-36
  • “Wife Battering From an Islamic perspective and Malaysian Legal Provision”, (2008). IIUM Law Journal, Vol.16, No 2.  p.203-222.
  • “The Theory and Practice of Sulh (Mediation) in the Malaysian Syariah Courts”, (2008) IIUM Law Journal, Vol.16, No 2. Pp.33-50
  • “Perlantikan Hakim Wanita di Mahkamah Syariah”, (2007). Pentadbiran Undang Undang Islam di Malaysia, Mahamad Arifin (ed), Vol.12, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • “Sulh as an Alternative Tool in Solving Shariah Court Cases”, (2005). Kaedah Perundangan, Bidangkuasa dan Tatacara Mahakamah Syariah, Tajul Aris, Mohd Hisham Mohd Kamal & Farid Sufian Shuaib (eds), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]