Ranchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ranchi
रांची
Metropolis
Ranchi.
Ranchi.
Bendera Ranchi
Peta India.
Peta India.
Ranchi is located in Bumi
Ranchi
Ranchi (Bumi)
Koordinat: 23°22′N 85°20′E / 23.36°N 85.33°E / 23.36; 85.33Koordinat: 23°22′N 85°20′E / 23.36°N 85.33°E / 23.36; 85.33
NegaraIndia
NegeriJharkhand
DaerahRanchi
Pentadbiran
 • Datuk BandarRama Khalkho
Keluasan
 • Jumlah175.12 km2 (67.61 batu persegi)
Aras
629 m (2,064 ft)
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah1,126,741
 • Pemeringkatan46
 • Kepadatan6,400/km2 (17,000/batu persegi)
Bahasa
 • RasmiHindi
Zon waktuUTC+5:30 (Indian Standard Time - IST)
Postal Index Number - PIN
834001(83 xxxx)
Kod telefon0651
Pendaftaran kenderaanJH-01 (sebelumnya BR 14)
Kadar jantina950
Celik huruf87.68%
Laman sesawangwww.ranchi.nic.in

Ranchi (Hindi राँची ) adalah ibu negeri bagi negeri Jharkhand. Ranchi juga merupakan pusat bagi gerakan Jharkhand [1] yang menuntut satu negeri berlainan bagi kawasan kepuakan di selatan Bihar, utara Orissa, barat Bengal Barat dan timur Chhattisgarh. Negeri Jharkhand dibentuk pada 15 November 2000 dengan memisahkan daerah Chota Nagpur dan Santhal Parganas dari negeri Bihar.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian India pada tahun 2011, Ranchi mempunyai 1,126,741 orang penduduk membuatkannya sebagai bandar ke-46 terbesar di India dan ke-3 terbesar di Jharkhand selepas Jamshedpur dan Dhanbad. Peratusan penduduk lelaki adalah 51.3% dan wanita 48.7%. Ranchi mempunyai kadar celik huruf sebanyak 77.13% (bancian 2011), lebih tinggi daripada kadar celik huruf kebangsaan 74.04%: kadar celik huruf lelaki adalah 85.63%, dan wanita 68.2%. Di Ranchi, 13% daripada penduduknya merupakan penduduk berumur di bawah 6 tahun.

Bilangan penduduk di Ranchi meningkat dengan mendadak selepas pembentukan negeri Jharkhand pada tahun 2000. Ini juga adalah kesan daripada peningkatan peluang pekerjaan dan pembukaan pelbagai pejabat, bank, dan juga syarikat barang pengguna laris. Mengikut kajian yang dilakukan oleh ASSOCHAM pada akhir tahun 2000, Ranchi adalah penjana pekerjaan tertinggi di India bagi bandar kelas 3 dengan 16.8%, diikuti dengan Mangalore dan Mysore.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jharkhand Movement". Country Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 2009-05-07. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Assocham report, 2010

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.