Chhattisgarh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chhattisgarh
—  state  —


Lokasi Chhattisgarh
Koordinat
Negara  India
Daerah 18
Tarikh ditubuhkan 2000-11-01
Ibu negeri Raipur
Bandar terbesar Raipur
Gabenor Ekkadu Srinivasan Lakshmi Narasimhan
Ketua Menteri Raman Singh
Perundangan (kerusi) Tunggal (90)
Penduduk

Kepadatan

20,795,956 (17)

108 /km2 (280 /sq mi)

Bahasa rasmi Chhattisgarhi,Hindi
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 135194 km2 (52199 sq mi)
ISO 3166-2 IN-CT
Laman web www.chhattisgarh.nic.in

Chhattisgarh (Chhattisgarhi/Hindi: छत्तीसगढ़, IPA: [tʃʰət̪t̪iːsgəɽʰ]) Mengenai bunyi ini sebutan , sebuah negeri di pedalaman India, terbentuk apabila 16 daerah tenggara Madhya Pradesh yang berbahasa Chhattisgarh mencapai darjat negeri pada 1 November 2000. Raipur dijadikan ibu negeri. Chhattisgarh ialah negeri ke-10 terbesar di India mengikut keluasan. Chhattisgarh dinamakan sempena 36 negeri kecil (dalam bahasa Hindi, "Chattis" bermaksud tiga puluh enam dan "Garh" pula kubu) di rantau ini sejak zaman silam.

Chhattisgarh bersempadan dengan Madhya Pradesh di barat laut, Maharashtra di barat, Andhra Pradesh di selatan, Orissa di timur, Jharkhand di timur laut dan Uttar Pradesh di utara.

Bahasa Chhattisgarh, iaitu sebahagian kumpulan Timur-Pusat bahasa Indo-Arya, ialah bahasa utama di rantau ini. Bahasa ini sering dianggap oleh para pakar bahasa sebagai satu dialek bahasa Hindi, iaitu bahasa rasmi negeri. Rakyat di Chhattisgarh selatan, Bastar, pula bertutur dalam dialek-dialek bahasa Dravidia.