Nombor plat kenderaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Plat pendaftaran kenderaan)
Jump to navigation Jump to search
Nombor pendaftaran kenderaan piawai Semenanjung Malaysia, didaftarkan di Pulau Pinang dan dipasang pada bingkai plat pengedaran.

Nombor pendaftaran kenderaan Malaysia merupakan nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Sejarah nombor plat kenderaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada ketika itu,[bila?] mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.

Kebanyakan kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah oleh penduduk Tanah Melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British yang bertugas di Perak. Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Apabila nombor plat kenderaan Malaysia diperkenalkan, ia bermula menurut negeri yang memiliki paling banyak kenderaan pada masa tersebut. Hal ini menjadikan negeri Perak sebagai negeri terawal dengan (Plat A), dan dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) lalu diikuti oleh Pahang (Plat C).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.



Awalan huruf plat[sunting | sunting sumber]

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Nombor Plat Khas[sunting | sunting sumber]

  1. Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
  2. PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
  3. Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
  4. Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
  5. Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
  6. Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
  7. Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
  8. PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
  9. NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
  10. LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
  11. Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
  12. Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
  13. BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
  14. SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
  15. X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  16. XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
  17. XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
  18. XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
  19. G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
  20. 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
  21. Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
  22. TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan 'Transformasi Terengganu Baharu' oleh kerajaan negeri Terengganu
  23. GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
  24. Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
  25. VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
  26. GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
  27. SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
  28. PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
  29. RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
  30. MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 'Sayangi Malaysiaku'.
  31. SMS : Hanya dikeluarkan sempena memuliakan pemerintahan DYMM TUANKU ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (SULTAN KEDAH) sebagai SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-V & KE-XIV.
  32. GG : Hanya dikeluarkan kepada ahli Yayasan Modal Insan Harta (YMIH).
  33. G : Hanya dikeluarkan kepada Lee Chong Wei Foundation.
  34. T1M : Hanya dikeluarkan semperna Transformasi 1 Malaysia yang diusahakan oleh NGO Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia.
  35. NBOS : Hanya dikeluarkan semperna program National Blue Ocean Strategy (NBOS).
  36. A1M : Hanya dikeluarkan untuk Yayasan Artis 1Malaysia.
  37. NAAM :Hanya dikeluarkan semperna New Affirmative Action Movement dari NGO yang menumpukan pembangunan ekonomi belia india melalui keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan.

Nombor Plat Kenderaan Terkini[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 Ogos 2020
ALR 4287
「A」,Perak[2]
BQF 8794
「B」,Selangor[2]
CEG 4929
「C」,Pahang[2]
DDT 8140
「D」,Kelantan[2]
JUC 5446
「J」,Johor[2]
PUTRAJAYA 9999
「PUTRAJAYA」,Putrajaya[2] (siri pertama)
FC 9999
「F」,Putrajaya[2] (siri kedua)
KEW 6409
「K」,Kedah[2]
KV 2922 E
「KV」,Pulau Langkawi[2]
LG 4482
「L」,Labuan[2]
MDG 6484
「M」,Melaka[2]
NDP 3255
「N」,Negeri Sembilan[2]
PPK 4660
「P」,Pulau Pinang[2]
RAF 9133
「R」,Perlis[2]
TCF 1229
「T」,Terengganu[2]
SYH 4052
「SY」,Kota Kinabalu[2]
SB 1748 E
「SB」,Beaufort[2]
SD 8657 P
「SD」,Lahad Datu[2]
SK 7302 B
「SK」,Kudat[2]
SMC 2613
「SM」,Sandakan[2]
SWB 5416
「SW」,Tawau[2]
SU 6102 F
「SU」,Keningau[2]
QAB 3296 A
「QA」,Kuching[2]
QBE 214
「QB」,Sri Aman[2] dan Betong[2]
QCK 6282
「QC」,Samarahan[2]
QLC 6084
「QL」,Limbang[2] dan Lawas[2]
QM 5921 G
「QM」,Miri[2]
QPB 4997
「QP」,Kapit[2]
QRN 2879
「QR」,Sarikei[2]
QS 7854 L
「QS」,Sibu[2] dan Mukah[2]
VFA 3592
「V」,Kuala Lumpur[2] (siri ketiga)
WYY 9999
「W」,Kuala Lumpur[2] (siri pertama)
WD 9999 F
「W」,Kuala Lumpur[2] (siri kedua)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Salinin Rahim (2016-05-19). "Plat F dan V mulai Jun dan Julai". careta.my. Dicapai pada 2016-05-19.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

http://www.jpj.my/JPJ_Latest_Number_Plates.htm