Kekabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Randu)

Kekabu
YosriPokokKekabu.jpg
Kekabu
Pengelasan saintifik e
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Ceiba
Spesies:
C. pentandra
Nama binomial
Ceiba pentandra
Sinonim[2]
  • Bombax cumanense Kunth
  • Bombax mompoxense Kunth
  • Bombax orientale Spreng.
  • Bombax pentandrum L.
  • Ceiba caribaea (DC.) A.Chev.
  • Ceiba guineensis (Schumach.) A.Chev.
  • Ceiba occidentalis (Spreng.) Burkill
  • Ceiba thonningii A.Chev.
  • Eriodendron caribaeum (DC.) G.Don
  • Eriodendron occidentale (Spreng.) G.Don
  • Eriodendron orientale Kostel.
  • Eriodendron pentandrum (L.) Kurz
  • Gossampinus alba Buch.-Ham.
  • Gossampinus rumphii Schott & Endl.
  • Xylon pentandrum (L.) Kuntze

Kekabu, kabu-kabu, kapuk atau randu (Ceiba pentandra)[3] ialah pokok tropika dalam order Malvales dan keluarga Malvaceae yang tempatan dari Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan dan (sebagai kelainan C. pentandra var guineensis) barat Afrika. Kelainannya yang lebih kecil telah diperkenalkan ke Asia Selatan dan Tenggara.

Pokok kekabu.
Pokok kekabu.

Ia memiliki daun yang jarang dan dahan melintang bertingkat pada sudut mendatar. Pokok malar hijau ini banyak ditanam oleh penduduk Melayu di kawasan kampung.[4]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.

Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkirkan debu kekabu yang telah hancur.[perlu rujukan]

Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masalah kekurangan bekalan kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.

Buah Kekabu[sunting | sunting sumber]

Buah kekabu

Buah kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil. Pada mulanya ia berwarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh, buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu.

Gentian lembut bersutera, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelongsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih.[perlu rujukan]

Gentian kekabu sepanjang antara 10-35 mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64% selulosa. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, tilam, bantal, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan.[perlu rujukan]

Biji benih Kekabu[sunting | sunting sumber]

Biji benih kekabu adalah antara 25-28% (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya berwarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.

Bantal yang diisi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun.
Pokok kekabu berbuah
Bunga kekabu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rivers, M.C.; Mark, J. (2017). "Ceiba pentandra". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T61782438A61782442. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T61782438A61782442.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ a b "Ceiba pentandra". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 9 August 2020.
  3. ^ "randu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ (Inggeris) Sains Malaysiana 34(2)(2005): 117-120, (Komposisi Asid Lemak dan Sifat Fizikokimia Minyak Kekabu), JUMAT SALIMON & KHAIRUL ASMAK ABD. KADIR.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z