Rantaian pengangkutan elektron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rantaian pengangkutan elektron dalam mitokondria merupakan tapak kepada pemfosforilan oksidaan dalam eukariot. NADH dan suksinat yang terhasil daripada kitaran asid sitrik dioksidakan dan melepaskan tenaga untuk ATP sintase.

Rantaian pengangkutan elektron (ETC) merupakan satu siri sebatian yang memindahkan elektron daripada penderma elektron kepada penerima elektron melalui tindak balas redoks dan menggandingkan pemindahan elektron dengan pemindahan proton (ion H+) yang merentasi membran. Ini mewujudkan satu kecerunan proton elektrokimia yang memacu sintesis ATP atau penjanaan tenaga kimia dalam bentuk adenosina trifosfat (ATP).

ETP digunakan untuk mendapatkan tenaga melalui tindak balas redoks daripada cahaya matahari dalam fotosintesis atau bagi respirasi sel daripada pengoksidaan gula. Dalam eukariot, ETC boleh dijumpai dalam membran mitokondria dalam di mana ia berfungsi sebagai tapak pemfosforilan oksidaan dengan ATP sintase. Ia juga boleh didapati dalam membran tilakoid kloroplas dalam eukariot fotosintetik. Bagi bakteria, proses ETC terletak di membran sel.

Dalam kloroplas, cahaya mendorong penukaran air kepada oksigen dan NADP+ kepada NADPH dengan pemindahan ion H+ melintasi membran kloroplas. Dalam mitokondria, ia adalah penukaran oksigen kepada air, NADH kepada NAD+ dan suksinat kepada fumarat yang diperlukan untuk menjana kecerunan proton. Rantaian pengangkutan elektron adalah tapak utama kebocoran elektron pramatang kepada oksigen, menjana superoksida dan berpotensi mengakibatkan peningkatan tegasan oksidaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Fenchel T; King GM; Blackburn TH (September 2006). Bacterial Biogeochemistry: The Ecophysiology of Mineral Cycling (ed. ke-2). Elsevier. ISBN 978-0-12-103455-9.
  • Lengeler JW (Januari 1999). Biology of the Prokaryotes. Blackwell Science. ISBN 978-0-632-05357-5. Parameter |coauthors= yang tidak diketahui diendahkan (|author= dicadangkan) (bantuan)
  • Nelson DL; Cox MM (April 2005). Lehninger Principles of Biochemistry (ed. ke-4). W. H. Freeman. ISBN 978-0-7167-4339-2.
  • Nicholls DG; Ferguson SJ (Julai 2002). Bioenergetics 3. Academic Press. ISBN 978-0-12-518121-1.
  • Stumm W; Morgan JJ (1996). Aquatic Chemistry (ed. ke-3). John Wiley & Sons. ISBN 978-0-471-51185-4.
  • Thauer RK (March 1977). "Energy conservation in chemotrophic anaerobic bacteria". Bacteriol Rev. 41 (1): 100–80. PMC 413997. PMID 860983. Parameter |coauthors= yang tidak diketahui diendahkan (|author= dicadangkan) (bantuan)
  • White D. (September 1999). The Physiology and Biochemistry of Prokaryotes (ed. ke-2). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-512579-5.
  • Voet D; Voet JG (Mac 2004). Biochemistry (ed. ke-3). John Wiley & Sons. ISBN 978-0-471-58651-7.
  • Kim HS.; Patel, K; Muldoon-Jacobs, K; Bisht, KS; Aykin-Burns, N; Pennington, JD; Van Der Meer, R; Nguyen, P; dll. (Januari 2010). "SIRT3 is a mitochondria-localized tumor suppressor required for maintenance of mitochondrial integrity and metabolism during stress". Cancer Cell. 17 (1): 41–52. doi:10.1016/j.ccr.2009.11.023. PMC 3711519. PMID 20129246.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]