Ratchet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ratchet
Comic image missing.svg
Animasi Ratchet dalam Transformers Generasi 1
Informasi Penerbit
Penerbit Hasbro
Kemunculan pertama Transformers The Movie
Spesis Robot

Ratchet merupakan nama beberapa watak fiksyen dalam animasi Transformers. Menurut pencipta asal nama Transformers, Bob Budiansky, Ratchet di namakan sempena watak Nurse Ratched dari filem "One Flew Over the Cuckoo's Nest". [1] Nama Ratchet hampir sentiasa digambarkan sebagai paramedik Autobot yang berubah menjadi ambulan. Ratchet kadang kala dirujuk dengan nama cap dagang "Autobot Ratchet" atau "Rescue Ratchet." [2]

Transformers: Generasi 1[sunting | sunting sumber]

Templat:Transformers character Ratchet (rach-it) (Ratchet/Mécano di Kanada, Racsni di Hungary dan Doc di Itali) merupakan ketua perubatan bagi Autobots dalam siri Transformers, The Transformers (G1) 1984-1987, U.S. (98 episod talivisen) dan siri komik Transformers berdasarkan baris permainan popular Transformers yang dihasilkan oleh Takara dan Hasbro. Mod kenderaannya adalah ambulan. Dinamakan sempena Nurse Ratched oleh Bob Budiansky, Ratchet diingati ramai oleh peminat siri komik asal, dalam mana dia memainkan peranan utama.

Ratchet akan bertukar menjadi ambulan (jenis van kargo) dan bewarna putih dengan belang merah dan lampu kecermasan. Ratchet memiliki dua mod robot, sungguhpun biasanya hanya satu di lihat dalam cetakan komik dan karton televisen. Permainan Ratchet bertukar menjadi bentuk kedua. Ratchet merupakan salah satu yang asal dan paling lama hidup dalam kesemua Transformers dalam siri komik Marvel Transformers. Sering kali kegemaran peminat, dia merupakan perawat dahulu, tetapi masih seorang tentera. Keberanian dan kesetiaannya dibuktikan berkali-kali.

Permainan[sunting | sunting sumber]

Sunggiuhpun tiada mainan dihasilkan menyerupai Ratchet, bentuk badannya kelihatan menurut Energon Roadblock, tetapi dengan bentuk kepala baru dan warna hijau pucat (sama seperti Ratchet dari filem 2007).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]