Ravana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Lukisan Rawana pada batu mika di India Selatan, s. 1920
Ravana dengan kereta tembaga, Searsole Rajbari, Benggala Barat, India.

Dalam mitologi Hindu, Ravana atau Rawana (Devanagari: रावण, IAST Rāvaṇa) adalah tokoh utama yang bertentangan terhadap Rama dalam ceritera Ramayana. Watak ini merupakan Raja yang memerintah segala warga dan raksasa Langkapuri ribuan tahun yang lalu.

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Ibu Rawana bernama Kaikesi, seorang puteri Raja Detya bernama Sumali. Sumali memperoleh anugerah kekuatan dari Brahma yang membolehkannya menawan para raja dunia. Sumali berpesan kepada Kekasi agar berkahwin dengan orang yang istimewa di dunia. Di antara para resi, Kekasi memilih Visrawa sebagai pasangannya. Wisrawa memperingati Kekasi bahwa bercinta di waktu yang tak tepat akan membuat anak mereka menjadi jahat, tetapi Kekasi menerimanya meskipun diperingatkan demikian. Akhirnya, Rawana lahir dengan keperibadian setengah brahmana setengah rakshasa.

Anak yang lahir ini diberi nama bermaksud "pemekik" berlawanan dengan sifat Vaiśravaṇa yang "mendengar teliti"[1][2] sambil ada kaitan dua-dua watak ini sebagai "anak VIsrawa".[1][2][3][4]

Penculikan Sita Dewi[sunting | sunting sumber]

Pertembungan dengan Rama[sunting | sunting sumber]

Dalam pewayangan[sunting | sunting sumber]

Watak ini dikenali dalam Hikayat Seri Rama dengan nama Maharaja Wana yang berkepala 12 belas dan sukar dibunuh;[5] dia digambarkan dalam wayang kulit menghunus pedang di tangan[5] mahupun memegang batang begada atau cokmar melambangkan kekuasaanya.[6]

Terdapat juga penceritaan Hikayat Maharaja Wana di Kelantan yang muncul meranting hasil pertukaran sudut pandang cerita dari Seri Rama yang dianggap sombong dan angkuh kepada si Maharaja yang dianggap jujur perasaan cintanya kepada Siti Dewi.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Aiyangar Narayan (1909) "Essays On Indo-Aryan Mythology-Vol.", p.413
  2. ^ a b "Cologne Scan". sanskrit-lexicon.uni-koeln.de.
  3. ^ The Rāmāyaṇa of Vālmīki: An Epic of Ancient India. Ayodhyākāṇḍa. Motilal Banarsidass Publishers. 25 April 2007. ISBN 9788120831636 – melalui Google Books.
  4. ^ Hopkins, Edward Washburn (1915). Epic mythology. Strassburg K.J. Trübner. m/s. 142.
  5. ^ a b "Wayang Kulit: Rawana". Muzium Negeri Kelantan. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. 27 Februari 2021. Dicapai pada 6 September 2021.
  6. ^ Yousof, Ghulam-Sarwar; Kheng-Kia Khor (2017). "Wayang Kulit Kelantan: A Study of Characterization and Puppets". Asian Theatre Journal. 34 (1): 1–25. doi:10.1353/atj.2017.0002.
  7. ^ Ding, Emily (1 Ogos 2016). "A New Hope". Roads and Kingdoms. Dicapai pada 13 Mac 2017.