Regina Soosalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Regina Soosalu (30 tahun) seorang model sambilan dari negara Estonia telah dijumpai mati dibunuh di Pulau Rawa, Johor 1 Julai 2014. Dia memulakan kerjaya model sambilan di Bangkok,Thailand sejak 6 tahun lalu.

Dia menetap di Kuala Lumpur dan merancang bercuti di Pulau Rawa bersama kekasihnya , Tengku Alang Reza Ibrahim. Dia muat naik gambar ke Instagram dan Facebook pada 29 Jun dan 30 Jun 2014.[1] Keluarganya di Estonia hanya bercakap dengan Regina pada 27 Jun dan mendakwa bahawa mereka hanya diberitahu mengenai kematiannya pada 8 Julai 2014.

Pada 10 Julai 2014, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan memaklumkan bahawa dua lelaki suspek berumur 27 dan 30 tahun tinggal di Kuala Lumpur berjaya ditahan. Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk direman dan ditahan sehingga 16 Julai ini.Mayat mangsa yang dijumpai dalam laut di Pulau Rawa luar pesisir pantai Mersing pada 1 Julai 2014 , pada mulanya dipercayai mati akibat lemas. Regina Soosalu tiba di pulau itu pada 1 Julai sebelum ditemui lemas pada hari yang sama.[2]

Kekasih[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai 2014, Datuk Hasnan Hassan dari polis Johor mendedahkan bahawa Tengku Alang Reza (28 tahun) telah direman selama 7 hari menjadikan jumlah tahanan kepada 7 orang bagi membantu siasatan.

The Star melaporkan bahawa Soosalu dan Tengku Alang telah terlibat dalam kes dadah pada awal tahun 2014 dan telah didakwa di Mahkamah Majistret pada 12 Mei 2014 dengan memiliki 5.84g ganja.Namun pasangan itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan selepas membayar sejumlah RM7, 000 dalam jaminan wang. Peguam mereka Bustaman Menon Abdul Hamid Menon menyatakan bahawa kes itu disebut pada 25 Mei 2014.

Tujuh orang yang ditahan adalah pelayan bar, dua tukang perahu, seorang pengurus resort dan seorang kenalan Tengku Alang. Tunku Alang Reza telah ditahan reman bersama rakannya Augustine (30 tahun) dengan arahan daripada Mahkamah Majistret Kota Tinggi. Bedah siasat masih dijalankan dan sampel telah diambil untuk ujian.

Tunku Alang Reza terlibat dalam sukan air khususnya luncur air. Tunku Alang Reza adalah yang kedua daripada lima beradik, termasuk empat kanak-kanak lelaki. Beliau mempunyai adik perempuan dan semua mereka berusia 20-an .Sejak masih kecil, banyak masa dihabiskan di Pulau Rawa dan Mersing. Allahyarham bapanya, Tunku Alang Ibrahim Tunku Muhammad Archibald adalah pemilik Alang Resort di pulau itu. Tunku Alang Reza adalah cucu kepada Almarhum Tunku Muhammad Archibald Almarhum Tunku Temenggong Ahmad, sepupu pertama bekas Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail.

Selepas kejadian, Tunku Alang Reza tertekan dan membisu .Di Facebook dia menulis "tragedi yang paling teruk dalam hidup saya"."Regina, cinta saya telah meninggal dunia pada 1 Julai, pada bulan Ramadan yang mulia. Dia adalah cinta saya, kawan saya yang terbaik dan akan terus menjadi inspirasi saya untuk sepanjang hidup saya. [3]"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Soosalu spent a lot of time on Pulau Rawa, says close friend". The Star. 10 Julai 2014.
  2. ^ "Dua lagi ditahan berkaitan kes bunuh model Estonia". Utusan Malaysia. 10 Julai 2014.
  3. ^ "Murdered Estonian model's boyfriend arrested, couple were charged with drug possession, say reports". The Malaysian Insider. 11 Julai 2014.