Sultan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim
سلطان يڠدڤرتوان باڬي نڬري دان جاجهن تعلوق جوهر دارالتعظيم
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
sejak 23 Januari 2010
kemahkotaan 23 Mac 2015
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaMejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail
ibni Sultan Ibrahim
(DYAM Tunku Mahkota Johor)

Pewaris Pertama Takhta Kesultanan Johor Darul Takzim

Tunku Iskandar
ibni Tunku Ismail
(DYAM Raja
Muda Johor)

Pewaris Kedua Takhta Kesultanan Johor Darul Takzim
Raja pertamaSultan Alauddin Riayat Shah II Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah I

Sultan Johor Pertama
(Dinasti Kesultanan Melaka)

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid

Sultan Johor Pertama
(Dinasti Bendahara Johor)

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Raja Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim

Sultan Johor Pertama
(Dinasti Temenggong Johor) atau (Dinasti Kesultanan Johor Moden)
Pembentukan1528; 496 tahun yang lalu (1528)
PersemayamanIstana Bukit Serene, Johor Bahru
Laman sesawangkemahkotaan.johor.gov.my
Panji peribadi Sultan Johor

Sultan Johor (Jawi: سلطان جوهر) ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Pada zaman lampau, Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati seorang bendahara. Pada masa ini peranan Bendahara diambil alih oleh Menteri Besar.

Gelaran rasmi bagi Sultan Johor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim" (Jawi: سلطان يڠ دڤرتوان باڬي نڬري دان ججهن تعلوق جوهر دارالتعظيم)

Peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan ڤراونتوقن اوندڠ٢ توبوه كراجأن[sunting | sunting sumber]

Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, istilah raja digunakan untuk merujuk kepada pemerintah Kerajaan Negeri Johor, segala jajahan dan daerah takluknya.[1]

Sultan Johor yang dilantik haruslah dari kalangan berbangsa Melayu dan berdarah raja iaitu berasal dari keturunan pemerintah Johor kini (Dinasti Temenggung) serta beragama Islam. Hal ini juga turut digunapakai untuk pewaris takhta Kesultanan Johor.

Pewarisan Takhta ڤواريثن تختا[sunting | sunting sumber]

Dengan tergubalnya Undang-undang Tubuh Kerajaan tersebut, raja yang dilantik haruslah dari kalangan zuriat Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim. Undang-undang turut menegaskan bahawa perlantikan orang lain selain dari keturunan zuriat Sultan Abu Bakar adalah tidak sah jika masih terdapat zuriat Sultan yang sah dan layak menjadi Sultan. Hal ini diberi pengecualian jika keturunan yang masih ada tidak layak kerana kecacatan besar (gila, buta, bisu) atau mempunyai sifat keji mengikut pandangan hukum syarak.[2]

Undang-undang turut menjelaskan sekiranya tiada langsung zuriat keturunan Sultan Abu Bakar yang layak dilantik oleh raja, maka raja hendaklah dilantik dari keturunan Temenggung Ibrahim itu dari keturunan adik-beradik Sultan Abu Bakar. Jika tiada juga yang layak dari kalangan tersebut, raja hendaklah dilantik dari kalangan keturunan zuriat Temenggung Abdul Rahman daripada keturunan adik-beradik Temenggung Ibrahim. Setiap keturunan itu pula harus dibuktikan mempunyai hubungan darah yang sah dan halal dengan raja-raja tersebut.[3]

Jika tiada juga sebarang orang yang layak untuk dilantik menjadi raja dari kalangan keturunan Sultan Abu Bakar, Temenggung Ibrahim dan juga Temenggung Abdul Rahman, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor memberi tanggungjawab kepada ahli Mesyuarat Kerajaan dan Jumaah Majlis Diraja Johor utuk membuat perlantikan dari kalangan orang biasa yang bukan berdarah raja. Raja yang baharu yang hendak dilantik tersebut haruslah seorang lelaki beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat negeri Johor, cukup umur, individu yang merdeka dan bukan dari kalangan hamba, mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik, serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas yang pandai menulis dan membaca.[4]

Lazimnya, sebelum seseorang raja itu mangkat, raja tersebut akan menetapkan penggantinya dahulu. Maka, mengikut Undang-undang Tubuh, orang yang paling layak ditetapkan sebagai pengganti Sultan Johor ialah waris iaitu anak lelaki yang paling tua umurnya.[5] Dia secara rasminya hendaklah digelar sebagai "Tunku Mahkota Johor" dan gelaran ini hanya boleh ada seorang sahaja pada satu-satu masa dan tidak boleh dikongsi atau digunakan oleh anak-anak raja yang lain yang bukan bakal pengganti raja.[6] Walau bagaimanapun, Sultan Johor berhak melantik penggantinya iaitu Tunku Mahkota Johor dari kalangan anak-anak lelaki yang lain yang tidak semestinya paling tua sekiranya dirasakan anak lelaki yang paling tua itu tidak layak mengikut undang-undang.

Jika seseorang pengganti raja itu menaiki takhta apabila raja sebelumnya mangkat dan pengganti itu masih belum berumur 21 tahun (mengikut kalendar Islam), hendaklah Jumaah Majlis Diraja mengadakan seorang pemangku dari kalangan menteri kerajaan yang tidak kira sama ada berdarah raja atau tidak. Tanggungjawab pemangku tersebut akan bertanggungjawab terhadap semua tingkah laku dan perbuatan raja yang belum cukup umur itu. Andainya raja yang belum cukup umur atau pemangku itu sendiri melakukan perkara yang bercanggah dengan undang-undang, pemangku tersebut boleh dipecat dan digantikan.[7]

Senarai Sultan Johor سناراي سلطان جوهر[sunting | sunting sumber]

Wangsa Melaka-Johor وڠسا ملاک-جوهر[sunting | sunting sumber]

Wangsa ini berasal daripada keturunan Sultan Melaka yang pertama sehingga jatuhnya Melaka di tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah I melarikan diri ke Kampar bersama anaknya dan mangkat di sana. Anaknya Raja Muzaffar ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama dengan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Muzaffar Shah manakala anaknya yang lain iaitu Raja Ali mengasaskan Kesultanan Melayu Johor yang dinisbahkan kepada keturunan Sultan Melaka. Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Baginda juga membina Kota Sayong (1535-1540) sebelum berpindah ke Kota Batu (Johor Lama) pada tahun 1540.

Nama
Tempoh Pemerintahan
Keputeraan
Tarikh, Tempat, Ibu bapa
Perkahwinan Kemangkatan Hubungan dengan sultan terdahulu Rujukan
Sultan Alauddin Riayat Shah II Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Mahmud Shah I
سلطان علاءالدین رعاية شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن سلطان محمود شاه
(Raja Ali @ Raja Alauddin @ Raja Kechil Besar)
1528
 –
1564
(kira-kira 36 tahun)
1513
Kopak, Bentan, Kepulauan Riau
Putera kepada Sultan Mahmud Shah I
dan Tun Fatimah binti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ibni Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali
Puteri Kesuma Dewi binti Sultan Mansur Shah 1564
(sekitar umur 51 tahun)
Aceh
- [8]
[9]
Sultan Muzaffar Shah II ibni Sultan Alauddin Riayat Shah II Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان مظفر شاه إبن سلطان علاءالدین رعاية شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Raja Muzaffar)
1564
 –
1570
(kira-kira 6 tahun)
1546
Putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II
dan Puteri Kesuma Dewi
(1) Tun Mas Jiwa binti Tun Hassan Temenggung ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ibni Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali
(2) Tun Terang binti Tun Ali[a] ibni Seri Nara Diraja Tun Tahir ibni Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali (kemudian berkahwin dengan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II)
(3) Puteri kepada Sultan Husain Ali Riayat Syah (bekas isteri kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II)
(4) Puteri kepada Seri Nara Diraja Pahang (bekas isteri kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II)
1570
(sekitar umur 24 tahun)
Kota Panchor, Kota Tinggi, Johor
Anakanda [10]
[11]
Sultan Abdul Jalil Shah I ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان عبد الجليل شاه إبن سلطان علي جلا عبد الجليل شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Raja Abdul Jalil)
1570
 –
1571
(kira-kira kurang setahun)
1562
Putera kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
dan Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II
Tidak berkahwin 1571
(sekitar umur 9 tahun)
Kota Panchor, Kota Tinggi, Johor
Anakanda saudara [12]
[13]
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Raja Ahmad
سلطان علي جلا عبد الجليل شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن راج أحمد
(Raja Umar)
1571
 –
1597
(kira-kira 26 tahun)
(Raja Kelantan dari 1565 hingga 1570)
(kira-kira 5 tahun)
(Tidak diketahui)
Putera kepada Raja Ahmad ibni Raja Muhammad
dan Puteri Kamala Dewi binti Sultan Mahmud Shah I
(1) Puteri kepada Seri Nara Diraja Pahang (kemudian berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II)
(2) Raja Fatimah binti Sultan Alauddin Riayat Shah II
(3) Puteri kepada Sultan Husain Ali Riayat Syah (kemudian berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II)
(4) Tun Terang binti Tun Ali (bekas isteri kepada Sultan Muzaffar Shah II)
1597
Kota Batu Sawar, Kota Tinggi, Johor
Ayahanda [14]
[15]
Sultan Alauddin Riayat Shah III Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان علاءالدین رعاية شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن سلطان علي جلا عبد الجليل شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Raja Mansur)
1597
 –
1615
(kira-kira 18 tahun)
(Tidak diketahui)
Putera kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
dan Puteri kepada Seri Nara Diraja Pahang
Raja Bonda 1615
Aceh
Anakanda [16]
[17]
Sultan Abdullah Ma'ayat Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Muzaffar Shah II
سلطان عبدﷲ معيات شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن سلطان مظفر شاه
(Raja Abdullah @ Raja Bongsu @ Raja Seberang @ Raja di Hilir @ Yang di-Pertuan di Hilir)
1615
 –
Mac 1623
(kira-kira 8 tahun)
1571
Putera kepada Sultan Muzaffar Shah II
dan Puteri kepada Seri Nara Diraja Pahang
(1) Puteri Ratna Jauhari (adinda kepada Sultan Iskandar Muda)
Banda Aceh, Aceh
1613
(2) Puteri Kamaliah binti Sultan Ahmad Shah II (kemudian berkahwin dengan Sultan Iskandar Muda)
Mac 1623
(sekitar umur 52 tahun)
Pulau Tambelan
Adinda tiri (saudara lelaki seibu) [18]
[19]
Sultan Abdul Jalil Shah III ibni Sultan Alauddin Riayat Shah III Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان عبد الجليل شاه إبن سلطان علاءالدین رعاية شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Raja Bujang)
1623
 –
22 November 1677
(kira-kira 54 tahun)
(Sultan Pahang dari Ogos 1615 hingga 1617)
(kira-kira 2 tahun)

(Takhta Sultan Pahang disatukan dengan takhta Sultan Johor pada tahun 1638)[20][21]
1590
Putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III
(1) Puteri kepada Raja Hassan ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
1610
(2) Puteri kepada Sultan Ahmad Shah II
1612
(3) Raja Kuning binti Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
Patani
1624
22 November 1677
(sekitar umur 87 tahun)
Kuala Pahang, Pahang
Anakanda saudara [22]
[23]
Sultan Ibrahim Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Yamtuan Muda Raja Bajau
سلطان إبراهيم شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن يڠ دڤرتوان مودا راج باجاو
(Raja Ibrahim)
22 November 1677
 –
16 Februari 1685
(7 tahun, 87 hari)
(Tidak diketahui)
Putera kepada Yamtuan Muda Raja Bajau ibni Sultan Abdullah Ma'ayat Shah yang memerintah Pahang dari 1641 hingga 1676,

dan seorang penari asyik di istana Patani bernama Dang Sirat, dari kampung Nafiri.[24]

Puteri kepada Dato’ Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil ibni Dato’ Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad
sebelum 1674
16 Februari 1685
Kepulauan Riau
Sepupu [25]
[26]
Sultan Mahmud Shah II Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Ibrahim Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان محمود شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن سلطان إبراهيم شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Raja Mahmud)
16 Februari 1685
 –
3 September 1699
(14 tahun, 200 hari)
1675
Putera kepada Sultan Ibrahim Shah
dan Puteri kepada Dato’ Laksamana Paduka Raja Tun Abdul Jamil ibni Dato’ Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad
Tidak diketahui 3 September 1699
(sekitar umur 24 tahun)
Kota Tinggi, Johor
Anakanda [27]
[28]

Wangsa Bendahara وڠسا بنداهارا[sunting | sunting sumber]

Wangsa ini berasal dari keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid iaitu anak kepada Tun Muhammad Ali bin Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus. Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus ialah keturunan daripada pedagang Arab yang berasal dari Hadramaut yang berkahwin dengan Tok Mengkudu binti Tun Jenal, cucunda kepada Tun Sri Lanang. Adik beradik kepada Tun Abdul Majid iaitu Tun Muhammad mempunyai seorang anakanda yang bernama Laksamana Tun Abdul Jamil yang merupakan bapa kepada isteri Sultan Ibrahim Shah - Sultan Johor wangsa Sultan Melaka serta Tun Sayyid Jaafar yang melahirkan keturunan Temenggung Muar. Anak kepada Bendahara Tun Habib Abdul Majid iaitu Tun Abdul Jalil mengambil alih tampuk kekuasaan sebagai Sultan Johor kerana Sultan Mahmud Shah II dikatakan mangkat tanpa meninggalkan waris. Sesuai dengan peranan Bendahara iaitu bertanggungjawab bagi pewarisan diraja sekiranya Sultan mangkat tanpa waris.

Nama
Tempoh Pemerintahan
Keputeraan
Tarikh, Tempat, Ibu bapa
Perkahwinan Kemangkatan Hubungan dengan sultan terdahulu Rujukan
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam ibni Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid
سلطان عبد الجليل رعاية شاه ظل الله في العالم إبن داتوء بنداهارا سري مهاراج تون حبيب عبد المجيد
(Tun Abdul Jalil)
3 September 1699[b]
 –
21 Mac 1718[c]
(18 tahun, 200 hari)
(Bendahara Johor bergelar Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dari 27 Julai 1697 hingga 3 September 1699)
(2 tahun, 39 hari)
(Tidak diketahui)
Putera kepada Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid
dan Tun Rembiah
(1) Raja Embun
(2) Encik Nusamah
(3) Raja Mas Chayam binti Sultan Long Bahar
(4) Daeng Sirat
21 November 1721
Kuala Pahang, Pahang
- [29]
[30]

Wangsa Melaka-Johor وڠسا ملاک-جوهر[sunting | sunting sumber]

Muncul seorang yang mengaku dirinya sebagai zuriat Sultan Mahmud Shah II iaitu Raja Kechil. Baginda bertindak mengambil takhta daripada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV lalu menjadi Sultan Johor. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV pula diturunkan takhta dan masih dijadikan sebagai Bendahara Johor. Namun, cubaan untuk mengambil semula takhta tetap ada namun melarikan diri ke Pahang bersama adindanya Tun Zainal Abidin - pengasas kesultanan Terengganu. Namun, Sultan Abdul Jalil Shah IV mangkat di Kuala Pahang - terletak beberapa kilometer dari Pekan, Pahang.

Nama
Tempoh Pemerintahan
Keputeraan
Tarikh, Tempat, Ibu bapa
Perkahwinan Kemangkatan Hubungan dengan sultan terdahulu Rujukan
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
سلطان عبد الجليل رحمة شاه
(Raja Kechil)
21 Mac 1718[d]
 –
4 Oktober 1722[e]
(4 tahun, 198 hari)
1699
Minangkabau, Sumatera
Dikatakan putera kepada Sultan Mahmud Shah II
dan Che Pong
Tengku Kamariah binti Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV 1746
(sekitar umur 47 tahun)
Siak
- [31]
[32]

Wangsa Bendahara وڠسا بنداهارا[sunting | sunting sumber]

Cubaan untuk menuntut takhta masih berlarutan sehingga sampai kepada anakanda Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, Raja Sulaiman yang akhirnya meminta bantuan kepada Bugis Lima Bersaudara. Raja Sulaiman dan pakatan Bugis itu berjaya menghalau Raja Kechil ke Siak. Raja Sulaiman akhirnya ditabalkan sebagai Sultan Johor manakala salah seorang daripada Bugis Lima Bersaudara, Daeng Merewah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yamtuan Muda Riau. Kakanda Raja Sulaiman iaitu Tun Abbas dilantik sebagai Bendahara Johor.

Nama
Tempoh Pemerintahan
Keputeraan
Tarikh, Tempat, Ibu bapa
Perkahwinan Kemangkatan Hubungan dengan sultan terdahulu Rujukan
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam
سلطان سليمان بدر العالم شاه خليفة المؤمنين إبن سلطان عبد الجليل رعاية شاه ظل الله في العالم
(Raja Sulaiman)
4 Oktober 1722[f]
 –
20 Ogos 1760
(37 tahun, 322 hari)
11 November 1699
Putera kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
dan Encik Nusamah
(1) Puteri Sitiawan 20 Ogos 1760(1760-08-20) (umur 60)
Kepulauan Riau
- [33]
[34]
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Khalifat ul-Muminin
سلطان عبد الجليل معظم شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن سلطان سليمان بدر العالم شاه خليفة المؤمنين
(Raja Abdul Jalil @ Raja di Baroh)
20 Ogos 1760
 –
29 Januari 1761
(163 hari)
11 Mac 1738
Putera kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
dan Encik Che Puan Perak
(1) Raja Embun binti Engku Encik Hussain
(2) Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak
29 Januari 1761(1761-01-29) (umur 22)
Kuala Selangor, Selangor
Anakanda [35]
[36]
Sultan Ahmad Riayat Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان أحمد رعاية شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن سلطان عبد الجليل معظم شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Raja Ahmad)
29 Januari 1761
 –
1761
(kira-kira kurang setahun)
1752
Putera kepada Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
dan Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak
Tidak berkahwin 1761
(sekitar umur 9 tahun)
Bulang, Kepulauan Riau
Anakanda [37]
[38]
Sultan Mahmud Riayat Shah III Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان محمود رعاية شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين إبن سلطان عبد الجليل معظم شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Raja Mahmud)
1761
 –
12 Januari 1812
(kira-kira 51 tahun)
24 Mac 1756
Tanjung Pinang, Kepulauan Riau
Putera kepada Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V
dan Tengku Puteh binti Yang Dipertuan Muda Daeng Chelak
(1) Encik Engku Puteh binti Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid
(2) Encik Makoh binti Jaafar
(3) Encik Mariam binti Dato’ Hasan
1780
(4) Engku Puteri Raja Hamidah binti Yang Dipertuan Muda Raja Haji Fisabilillah
Kepulauan Riau
1803
12 Januari 1812(1812-01-12) (umur 55)
Daik, Kepulauan Lingga
Adinda [39]
[40]
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah ibni Sultan Mahmud Riayat Shah III Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان عبدالرحمن معظم شاه إبن سلطان محمود رعاية شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Tengku Abdul Rahman)
14 Januari 1812
 –
29 Oktober 1830[g]
(18 tahun, 289 hari)
1780
Tanjung Pinang, Kepulauan Riau
Putera kepada Sultan Mahmud Riayat Shah III
dan Encik Mariam binti Dato’ Hasan
(1) Raja Antia Tik Fatima binti Encik Engku Raja Sulaiman
(2) Encik Ayu Buruk
(3) Tengku Suanhit binti Sultan Zainal Abidin II
Kuala Terengganu, Terengganu
1821
9 Ogos 1832
(sekitar umur 52 tahun)
Daik, Kepulauan Lingga
Anakanda [41]
[42]
Sultan Hussein Muazzam Shah ibni Sultan Mahmud Riayat Shah III Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin
سلطان حسين معظم شاه إبن سلطان محمود رعاية شاه ظل الله في العالم خليفة المؤمنين
(Tengku Hussein @ Tengku Long)
6 Januari 1819[h]
 –
5 September 1835
(16 tahun, 243 hari)
1776
Tanjung Pinang, Kepulauan Riau
Putera kepada Sultan Mahmud Riayat Shah III
dan Encik Makoh binti Jaafar
(1) Tun Encik Che Puan Bulang binti Tun Engku Muhammad bin Dato’ Temenggung Seri Maharaja Tun Abdul Jamal
Bulang, Kepulauan Riau
sebelum 12 April 1804
(2) Che Wan Aisha binti Bendahara Paduka Raja Tun Koris
Kuala Pahang, Pahang
1811
(3) Cik Wuk binti Sulaiman
(4) Tengku Prabu binti Tengku Mahmud ibni Sultan Daud
Kuala Pahang, Pahang
sebelum 12 Mac 1811
5 September 1835
(sekitar umur 59 tahun)
Tengkera, Melaka
Kakanda [43]
[44]
Sultan Ali Iskandar Shah ibni Sultan Hussein Muazzam Shah
سلطان علي إسکندر شاه إبن سلطان حسين معظم شاه
(Tengku Ali)
5 September 1835[i]
 –
20 Jun 1877
(41 tahun, 289 hari)
1824
Singapura
Putera kepada Sultan Hussein Muazzam Shah
dan Tengku Prabu binti Tengku Mahmud
(1) Tengku Ngah Anjang
Singapura
(2) Daeng Siti
(3) Cik Sembuk binti Mu’min
Melaka
20 Jun 1877
(sekitar umur 53 tahun)
Umbai, Melaka
Anakanda [45]
[46]

Wangsa Temenggong وڠسا تمڠݢوڠ[sunting | sunting sumber]

Wangsa Temenggong berketurunan Bendahara Tun Abbas ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang juga kakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.[47][48] Anakanda Bendahara Tun Abbas iaitu Temenggung Tun Abdul Jamal berkahwin dengan puteri kepada Opu Daeng Perani iaitu Raja Maimunah.[49][50] Temenggong Tun Abdul Jamal merupakan leluhur kepada Sultan Johor Wangsa Temenggong yang kini memerintah Johor.[51][52] Cicit kepada Temenggong Tun Abdul Jamal iaitu Temenggong Tun Ibrahim menggunakan gelaran 'Daeng'. Hal ini demikian kerana gelaran 'Daeng' dipercayai lebih berpengaruh pada zaman beliau. Beliau kurang dikenali dengan gelaran 'Tun' yang diwarisi daripada bapanya sehingga menyebabkan sebahagian rakyat pada zaman sekarang menyangka beliau berketurunan Bugis secara mutlak sebelah bapanya.

(Wangsa Temenggong Johor adalah keturunan Wangsa Bendahara Johor)

Seperti berikut:

  1. Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Almarhum Tun Ali Al-Aydrus
  2. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus ialah Sultan Johor Pertama Wangsa Bendahara Johor
  3. Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Abbas ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam
  4. Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Abdul Jamal bin Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Abbas, Berkahwin dengan Raja Daeng Maimunah binti Almarhum Opu Daeng Perani, Isterinya keturunan Wangsa Diraja Bugis Luwu
  5. Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Hamid bin Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Abdul Jamal.
  6. Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman bin Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Hamid.
  7. Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim bin Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman.

Pada 10 Mac 1855, Temenggong Tun Daeng Ibrahim dan Tengku Ali menandatangani Perjanjian 1855 di mana Tengku Ali menyerahkan sepenuhnya kerajaan Johor dan hak baginda ke atas Johor kecuali daerah Kesang kepada Temenggong Tun Daeng Ibrahim dan waris-warisnya untuk selama-lamanya. Sebagai balasan, Tengku Ali diangkat sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Ali Iskandar Shah tetapi baginda tidak boleh campur tangan dalam urusan pemerintahan Johor dan Temenggong Tun Daeng Ibrahim membayar elaun bulanan kepada Sultan Ali Iskandar Shah. Pada tahun yang sama, Temenggong Tun Daeng Ibrahim memilih tempat yang bertentangan dengan Singapura iaitu Tanjung Puteri, Johor sebagai pusat pentadbiran beliau yang baru.

Nama
Tempoh Pemerintahan
Gambar Keputeraan
Tarikh, Tempat, Ibu bapa
Perkahwinan Kemangkatan Pewaris Rujukan
Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim ibni Almarhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman
داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون داءيڠ إبراهيم إبن داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون عبدالرحمن
(Tun Ibrahim Iskandar)
10 Mac 1855[j]
 –
31 Januari 1862
(6 tahun, 328 hari)
8 Disember 1810
Pulau Bulang, Kepulauan Riau
Putera kepada Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Abdul Rahman
dan Encik Yah binti Moffar
(1) Encik Ngah
sebelum 1832
(2) Engku Long Muda
(3) Tengku Andak binti Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
sebelum 1841
(4) Encik Aisha binti Abdullah (Che Moi @ Neng Teoh binti Abdullah)
31 Januari 1862(1862-01-31) (umur 51)
Teluk Belanga, Singapura
Ungku Abu Bakar [53]
[54]

Pada tahun 1885, setelah mendengar khabar angin bahawa Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Frederick Weld ingin meletakkan seorang Residen Inggeris di Johor, Maharaja Abu Bakar membuat keputusan untuk berangkat ke England. Pada 11 Disember 1885, Perjanjian 1885 antara Maharaja Johor, Maharaja Abu Bakar mewakili kerajaan Johor dan Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris, Sir Frederick Arthur Stanley mewakili kerajaan Inggeris ditandatangani di Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London. Dalam perjanjian ini, Inggeris mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor yang bergelar Sultan Abu Bakar. Pada 13 Februari 1886, Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar bin Haji Muhammad telah mengisytiharkan penggunaan gelaran Sultan oleh Sultan Abu Bakar ke seluruh negeri Johor. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar telah mengadakan istiadat menandatangani dan mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor di Johor Bahru, Johor. Johor telah menjadi negeri Melayu pertama yang mempunyai Undang-Undang Tubuh Kerajaan dan mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan Abu Bakar telah melakukan banyak pembaharuan dan pemodenan dalam sistem pentadbiran negeri Johor untuk memajukan Johor dan mengelakkan campur tangan Inggeris dalam hal-ehwal pentadbiran Johor.

Nama
Tempoh Pemerintahan
Gambar Keputeraan
Tarikh, Tempat, Ibu bapa
Perkahwinan Kemangkatan Tunku Mahkota Rujukan
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
سلطان سر أبو بکر الخليل إبراهيم شاه إبن داتوء تمڠݢوڠ سري مهاراج تون داءيڠ إبراهيم
(Ungku Abu Bakar)
13 Februari 1886[k]
 –
4 Jun 1895
(9 tahun, 112 hari)
(Temenggung Seri Maharaja Johor dari 2 Februari 1862 hingga 30 Jun 1868)
(6 tahun, 150 hari)

(Maharaja Johor dari 30 Jun 1868 hingga 13 Februari 1886)[l]
(17 tahun, 229 hari)
3 Februari 1833
Teluk Belanga, Singapura
Putera kepada Dato' Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
dan Encik Ngah
(1) Encik Wan Chik binti Dato’ Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad Tahir
Pahang
Jun 1858
1 orang puteri
(2) Encik Zubaidah binti Abdullah (née Cecilia Catherina Lange)
1870
1 orang putera dan 1 orang puteri
(3) Sultanah Fatimah binti Abdullah (née Wong Ah Gew)
Singapura
Disember 1885
Tiada anak
(4) Sultanah Khadijah Khanum
Istanbul, Turki
22 September 1893
2 orang puteri
4 Jun 1895(1895-06-04) (umur 62)
The Bailey’s Hotel, South Kensington, London
Tunku Ibrahim Iskandar [55]
[56]
Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
سلطان سر إبراهيم المشهور إبن سلطان سر أبو بکر الخليل إبراهيم شاه
(Tunku Ibrahim Iskandar)
7 September 1895
 –
8 Mei 1959
(63 tahun, 244 hari)
17 September 1873
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura
Putera kepada Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
dan Encik Zubaidah binti Abdullah (née Cecilia Catherina Lange)
(1) Sultanah Maimunah binti Ungku Abdul Majid
Istana Tyersall, Tanglin, Singapura
5 Oktober 1892
2 orang putera
(2) Sultanah Ruqaiyah
1897
1 orang putera
(3) Che Hasana binti Dato' Jaafar (Cik Dara)
1 orang putera
(4) Ungku Intan binti Ungku Ahmad
1926
Tiada anak
(5) Sultanah Helen Ibrahim (née Helen Bartholomew)
Woking, Surrey, England
15 Oktober 1930
Tiada anak
(6) Sultanah Marcella Ibrahim (née Marcella Mendl)
Caxton Hall Register Office, London
6 November 1940
1 orang puteri
8 Mei 1959(1959-05-08) (umur 85)
Grosvenor House Hotel, London
Tunku Ismail [57]
[58]
Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
سلطان سر إسماعيل الخالدي إبن سلطان سر إبراهيم المشهور
(Tunku Ismail)
8 Mei 1959
 –
10 Mei 1981
(22 tahun, 3 hari)
28 Oktober 1894
Istana Semayun, Johor Bahru
Putera kepada Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
dan Sultanah Maimunah binti Ungku Abdul Majid
(1) Sultanah Aminah binti Ungku Ahmad
Dewan Negara, Johor Bahru
30 Ogos 1920
4 orang putera dan 3 orang puteri
(2) Sultanah Nora binti Tengku Ahmad
13 November 1977
Tiada anak
10 Mei 1981(1981-05-10) (umur 86)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
(1) Tunku Mahmud Iskandar
(8 Mei 1959 - 10 Ogos 1961)
(29 April 1981 - 10 Mei 1981)
(2) Tunku Abdul Rahman
(10 Ogos 1961 - 29 April 1981)
[59]
[60]
Sultan Iskandar Al-Haj ibni Sultan Sir Ismail Al-Khalidi
سلطان إسکندر الحج إبن سلطان سر إسماعيل الخالدي
(Tunku Mahmud Iskandar)
11 Mei 1981
 –
22 Januari 2010
(28 tahun, 257 hari)
8 April 1932
Istana Semayun, Johor Bahru
Putera kepada Sultan Sir Ismail Al-Khalidi
dan Sultanah Aminah binti Ungku Ahmad
(1) Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (née Josephine Ruby Trevorrow)
Istana Bukit Stulang, Johor Bahru
5 Januari 1956
1 orang putera dan 3 orang puteri
(2) Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad
Kuala Lumpur
20 Ogos 1961
1 orang putera dan 5 orang puteri
22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru
Tunku Ibrahim Ismail [61]
[62]
Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
سلطان إبراهيم إبن سلطان إسکندر
(Tunku Ibrahim Ismail)
23 Januari 2010
 –
Kini
(14 tahun, 56 hari)
22 November 1958
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Putera kepada Sultan Iskandar Al-Haj
dan Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (née Josephine Ruby Trevorrow)
Permaisuri Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah
Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak
19 September 1982
5 orang putera dan 1 orang puteri
Masih hidup
(65 tahun, 118 hari)
Tunku Ismail Idris [63]
[64]

Garis masa Sultan Johor ݢاريس ماس سلطان جوهر[sunting | sunting sumber]

Temenggung JohorWangsa BendaharaKesultanan Melayu MelakaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSultan Ismail ibni Sultan IbrahimSultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarSultan Abu Bakar Daeng IbrahimRaja Temenggung Tun Daeng IbrahimSultan Ali Iskandar ShahSultan Hussain ShahSultan Abdul Rahman Muazzam ShahSultan Mahmud Shah IIISultan Ahmad Riayat ShahSultan Abdul Jalil Muazzam ShahSultan Sulaiman Badrul Alam ShahSultan Abdul Jalil Rahmat ShahSultan Abdul Jalil IVSultan Mahmud Shah II dari JohorSultan Ibrahim Shah dari JohorSultan Abdul Jalil Shah IIISultan Abdullah Ma'ayat ShahSultan Alauddin Riayat Shah IIISultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah IISultan Abdul Jalil Shah ISultan Muzaffar Shah IIAlauddin Riayat Shah II dari Johor

Sistem pewarisan Kesultanan Johor سيستم ڤواريثن كسلطانن جوهر[sunting | sunting sumber]

Gelaran Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Usia Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda kepada Cicinda kepada
Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar (1984-06-30)30 Jun 1984 Johor 39 tahun, 8 bulan dan 18 hari N/A 24 Oktober 2014 Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustaman Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom binti Abdullah Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Binti Ungku Ahmad
Tunku Bendahara Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Iskandar ibni Almarhum Sultan Mahmudd Iskandar (1970-07-20)20 Julai 1970 Johor 53 tahun, 7 bulan dan 28 hari N/A 2006 Yang Mulia Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf Sultan Ismail I al-Khalidi & Sultanah Aminah Binti Ungku Ahmad Sultan Ibrahim II al-Masyhur & Sultanah Maimunah binti Ungku Abdul Majid
Raja Muda Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail Idris (2017-10-14)14 Oktober 2017 Johor 6 tahun, 5 bulan dan 5 hari N/A N/A N/A Sultan Ibrahim III Ismail & Raja Zarith Sofiah Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom binti Abdullah
Tunku Temenggong Johor Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail (1987-12-25)25 Disember 1987 Johor 36 tahun, 2 bulan dan 23 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom binti Abdullah Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Binti Ungku Ahmad
Tunku Laksamana Johor kosong kosong kosong kosong kosong kosong kosong kosong kosong
Tunku Panglima Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (1993-02-05)5 Februari 1993 Johor 31 tahun, 1 bulan dan 14 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom binti Abdullah Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Binti Ungku Ahmad
Tunku Putera Johor Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Ibrahim (2001-05-30)30 Mei 2001 Johor 22 tahun, 9 bulan dan 18 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom binti Abdullah Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Binti Ungku Ahmad

Lihat juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]

Nota نوتا[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tun Ali ialah sepupu dan suami pertama kepada Tun Fatimah binti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.
  2. ^ Bendahara Tun Abdul Jalil diangkat oleh orang besar-besar Johor menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1699 kerana Sultan Mahmud Shah II tidak mempunyai putera untuk mewarisi takhta Sultan Johor.
  3. ^ Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV menyerah kalah kepada Raja Kechil selepas pusat pemerintahan Kesultanan Johor-Riau pada ketika itu iaitu Panchor ditawan oleh Raja Kechil pada tahun 1718. Walaupun begitu, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV diampunkan dan diangkat kembali menjadi Bendahara Johor oleh Raja Kechil yang menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
  4. ^ Raja Kechil menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah selepas baginda mengalahkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan menawan pusat pemerintahan Kesultanan Johor-Riau pada ketika itu iaitu Panchor pada tahun 1718.
  5. ^ Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah tidak lagi menjadi Sultan Johor selepas baginda kalah dalam peperangan melawan Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara yang membantu Raja Sulaiman untuk mendapatkan kembali takhta Sultan Johor pada tahun 1722. Selepas itu, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah berpindah ke Siak dan menubuhkan Kesultanan Siak lalu menjadi Sultan Siak yang pertama.
  6. ^ Raja Sulaiman ditabalkan oleh Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah selepas baginda dengan bantuan Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah pada tahun 1722. Sebagai balasan, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah melantik salah seorang daripada Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara iaitu Daeng Marewah sebagai Yang Dipertuan Muda Johor-Riau yang pertama mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh mereka. Jawatan Yang Dipertuan Muda dikhaskan kepada Raja-Raja Bugis Lima Bersaudara dan waris-waris mereka.
  7. ^ Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan waris-warisnya menjadi Sultan Riau-Lingga selepas Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan Belanda menandatangani Perjanjian 29 Oktober 1830 di mana Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar menerima syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Dalam erti kata lain, Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar bersetuju bahawa negeri Johor dan Pahang tidak lagi berada di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan waris-warisnya.
  8. ^ Tengku Hussein menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Hussein Muazzam Shah selepas baginda dan Temenggung Tun Abdul Rahman menandatangani Perjanjian 6 Februari 1819 dengan Inggeris di Singapura. Sebagai balasan, Sultan Hussein Muazzam Shah dan Temenggung Tun Abdul Rahman bersetuju untuk melindungi loji-loji Inggeris dan membantu Inggeris melawan musuh-musuh Inggeris tetapi mereka dan waris-waris mereka tidak dibenarkan untuk membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain. Namun, pelabuhan Singapura tertakluk di bawah perlindungan dan undang-undang Inggeris dan Inggeris mempunyai kuasa untuk mengutip cukai yang dikenakan ke atas kapal-kapal yang datang ke Singapura.
  9. ^ Tengku Ali diakui sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Ali Iskandar Shah oleh Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Inggeris selepas baginda menandatangani Perjanjian 10 Mac 1855. Sebagai balasan, baginda menyerahkan sepenuhnya hak kedaulatannya ke atas negeri Johor kecuali daerah Kesang kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.
  10. ^ Temenggung Tun Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor selepas beliau menandatangani Perjanjian 10 Mac 1855 di mana Sultan Ali Iskandar Shah menyerahkan sepenuhnya hak kedaulatannya ke atas negeri Johor kepada beliau dan waris-warisnya untuk selama-lamanya kecuali daerah Kesang untuk diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah.
  11. ^ Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Abu Bakar oleh Inggeris selepas baginda dan Inggeris menandatangani Perjanjian 11 Disember 1885 di London. Selepas itu, Menteri Besar Johor Dato' Jaafar bin Haji Muhammad mengisytiharkan penggunaan gelaran Sultan oleh Sultan Abu Bakar ke seluruh negeri Johor pada 13 Februari 1886.
  12. ^ Temenggung Abu Bakar ditabalkan sebagai Maharaja Johor bergelar Maharaja Abu Bakar pada tahun 1868 di Teluk Belanga, Singapura. Pertabalan baginda dilakukan oleh Raja Ali Haji, seorang sejarawan Bugis dan penasihat kepada Yang Dipertuan Muda Riau.

Rujukan روجوقن[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Makna Bagi Perkataan-perkataan", Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  2. ^ Fasal 3, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  3. ^ Fasal 4, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  4. ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  5. ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  6. ^ Fasal 7, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  7. ^ Fasal 10, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  8. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  9. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  10. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  11. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  12. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  13. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  14. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  15. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  16. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  17. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  18. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  19. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  20. ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 82
  21. ^ Suzana Haji Othman, Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 188
  22. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  23. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  24. ^ Hikayat Patani The Story Of Patani 1 (dalam bahasa English).CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  26. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  27. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  28. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  29. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  30. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  31. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  32. ^ "The House of Malacca-Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  33. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  34. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  35. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  36. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  37. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  38. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  39. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  40. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  41. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  42. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  43. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  44. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  45. ^ Adil, Buyong (2020). Sejarah Johor: Edisi Semakan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-49-2240-5.
  46. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  47. ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 123
  48. ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 403
  49. ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 153
  50. ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 403
  51. ^ Buyong Adil, Sejarah Johor: Edisi Semakan, halaman 403
  52. ^ Suzana Haji Othman, Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863, halaman 434
  53. ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  54. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  55. ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  56. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  57. ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  58. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  59. ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  60. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  61. ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  62. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  63. ^ "Sejarah Kesultanan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  64. ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.