Reich Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai perkataan Jerman Reich, dan khususnya implikasi sejarah dan politik. Untuk kegunaan lain, sila lihat Reich (nyahkekaburan).


Deutsches Reich (bahasa Jerman: [ˈdɔʏtʃəs ˈʀaɪç]) adalah nama rasmi bagi Negara Jerman dari tahun 1871 hingga 1943 dalam bahasa Jerman. Ia diterjemah secara harfiah kepada "Empayar Jerman", dengan konteks yang menyamai "Alam Jerman".[1] Daripada tahun 1943 hingga 1945, nama rasminya ialah - tetapi tidak diumumkan secara rasmi - Großdeutsches Reich ("Empayar Jerman Raya") susulan dari wilayah-wilayah baru yang diilhakkan ke dalam pentadbiran negara semasa Perang Dunia II.

Bagi merujuk pada zaman keseluruhan, sebahagiannya diterjemah "Reich Jerman" /ˈɜrmən ˈrk/, yang tidak mempunyai konotasi beraja, sering digunakan,[2] dengan "Alam Jerman" sebagai terjemahan langsung yang lebih sesuai dengan gelaran rasmi.[1] Secara tidak rasmi, negara ini juga dikenali sebagai Jerman.

Terdapat tiga zaman dalam sejarah Reich:

  1. Reich Pertama (Bahasa Jerman: Erstes Reich): Empayar Suci Rom (Bahasa Jerman: Heiliges Römisches Reich) 962–1806 kemudian Empayar Suci Rom Bangsa Jerman (Bahasa Jerman: Heiliges Römisches Reich Deutscher Nation), juga dipanggil Empayar Purba (Bahasa Jerman: Altes Reich)
  2. Reich Kedua (Bahasa Jerman: Zweites Reich): Empayar Jerman (Bahasa Jerman: Deutsches Kaiserreich) 1871–1918
  3. Reich Ketiga (Bahasa Jerman: Drittes Reich): Jerman Reich (Bahasa Jerman: Deutsches Reich) 1933–1943 kemudian Empayar Jerman Raya (Bahasa Jerman: Großdeutsches Reich) 1943–1945

Zaman Weimar tahun 1918–1933, yang juga dipanggil Jerman Reich, telah diabaikan dan dikecam oleh pihak Nazi sebagai penyimpangan sejarah, ia dirujuk dengan penghinaan sebagai "Negara Sistem".

Didalam buku tahun 1923 yang bertajuk Das Dritte Reich oleh Arthur Moeller van den Bruck,[3] menyatakan bahawa zaman Empayar Suci Rom sebagai empayar pertama dan monarki 1871–1918 sebagai empayar kedua, yang kemudian diikuti oleh empayar ketiga yang "lebih bertenaga", iaitu Jerman Nazi.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Nama Deutsches Reich kadangkala digunakan dalam peta sezaman dengan Empayar Suci Rom (911–1806), juga dipanggil "Empayar Suci Rom Bangsa Jerman" dari abad ke-16 seterusnya, walaupun ia merupakan satu entiti supranasional yang melangkaui sempadan kawasan bahasa Jerman (Sprachraum). Cubaan pertama untuk menubuhkan sebuah "Empayar Jerman" semasa Revolusi Mac 1848 oleh Perlembagaan Frankfurt akhirnya gagal: ia telah dibatalkan oleh raja-raja Konfederasi Jerman, terutamanya oleh Raja Prusia, menentang nasionalisme Jerman, yang kemudian terikat pada idea kedaulatan rakyat.

Berikutan pengilhakan Anschluss keatas Austria pada tahun 1938, Nazi Jerman secara tidak rasmi menamakan dirinya Empayar Jerman Raya (Bahasa Jerman: Großdeutsches Reich). Nama ini hanya dijadikan nama rasmi negara pada dua tahun terakhir (1943–45) pemerintahan Nazi dibawah Adolf Hitler,[4] walaupun perubahan ini tidak pernah diisytiharkan. Selepas Perang Dunia II, denotasi "German Reich" dengan cepat tidak digunakan dalam Zon Pendudukan Bersekutu, namun, kewujudan negara tersebut terus kekal menjadi perdebatan (lihat bawah).

Perbezaan antara "Reich" dan "Empayar"[sunting | sunting sumber]

Peta Deutsches Reich, 1893

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Harper's magazine, Volume 63. Pp. 593. The term "Reich" does not literally connote an empire as has been commonly assumed by English-speaking people, the term "Kaiserreich" literally denotes an empire – particularly a hereditary empire led by a literal emperor, though Reich has been used in German to denote the Roman Empire because it has a weak hereditary tradition. In the case of the German Empire, the official name was Deutsches Reich that is properly translated as "German Realm" because the official position of head of state in the constitution of the German Empire was officially a "presidency" of a confederation of German states led by the King of Prussia who would assume "the title of German Emperor" as referring to the German people but was not emperor of Germany as in an emperor of a state.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EB tidak disediakan
  3. ^ The man who invented the Third Reich: the life and times of Arthur Moeller van den Bruck. Npi Media Ltd. May 1, 1999. ISBN 978-0-75-091866-4. 
  4. ^ Decree RK 7669 E of the Reichsminister and head of the Reich chancellery Hans Lammers, 26 June 1943.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]