Rejabhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rejabhad
Kelahiran
Rejab Bin Had

23 Ogos 1939
Meninggal dunia14 November 2002
Sebab kematianserangan sakit jantung
WarganegaraMalaysia
Nama lainPak Jab
PekerjaanKartunis
Terkenal keranaPerwira Mat Gila,
Tan Tin Tun,
Mawar Oh Mawar,
Selendang Siti Rogaiyah
PangkatRaja Kartun Malaysia / Penghulu Komik Malaysia
PasanganAminah Zainab
Anak-anak4 orang

Rejabhad atau nama sebenarnya Rejab Bin Had adalah seorang kartunis Malaysia yang terkenal. Beliau digelar Raja Kartun Malaysia atau Penghulu Komik Malaysia.

Dilahirkan pada 23 Ogos 1939 di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Beliau mula aktif melukis komik ketika berusia 19 tahun semasa bertugas dalam pasukan Askar Diraja Melayu. Kartun sulungnya disiarkan dalam majalah Gelanggang Filem (terbitan Allahyarham Tan Sri P Ramlee) pada Julai 1958. [1]

Beliau pernah menghasilkan karya-karya yang terkenal antaranya Perwira Mat Gila, Tan Tin Tun, Mawar Oh Mawar, Selendang Siti Rogaiyah dan banyak lagi. Rejabhad lebih dikenali dengan nama jolokan Pak Jab.

Karya terakhir beliau ialah Amal (anak Periwira Mat Gila) iaitu novel terakhirnya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 November 2002 ketika berusia 63 tahun kerana serangan sakit jantung.[2]

Salah satu novel grafik Rejabhad, Periwira Mat Gila

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Perwira Mat Gila (tiga jilid)
  2. Tan Tin Tun
  3. Mawar Oh Mawar
  4. Selendang Siti Rogayah
  5. GG Dengan Rejabhad
  6. Prebet Dabus
  7. Senyum sedikit (dua jilid)
  8. Pisang emas Jalak Lenteng
  9. Masterpiece: Periwara Mat Gila dan Tan Tin Tun.
  10. Amal (anak Perwira Mat Gila)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]