Permatang Pauh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Permatang Pauh
Pp-crest.jpg
Geografi
Status Bandar
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Pulau Pinang
Daerah Seberang Perai
Mukim Bandar Permatang Pauh
Keluasan N/A

Permatang Pauh merupakan sebuah kawasan di Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia. Dalam peta, ia terletak di 5.409151 Utara, 100.421004 Timur.

Permatang Pauh boleh dihubungi melalui beberapa lebuh raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Sungai Perai menjadi sungai utama di sini dan membentuk timbunan tanah lanar aluvium yang subur. Banjir kerap berlaku terutama pada bulan November - Januari setiap tahun. Air banjir melimpah di tebing-tebing sungai, kampung dan taman perumahan. Tanah aluvium sesuai ditanam dengan tanaman padi. Oleh yang demikian penduduk di sini terdiri daripada orang Melayu melebihi 58 % dan mengusahakan sawah padi. Di Bumbung Lima, Seberang Perai terdapat pusat penyelidikan padi bagi menghasilkan benih padi bermutu dan menyelidik teknik sawah padi terkini.

Antara kawasan berdekatan ialah Bukit Mertajam, Kubang Semang, Seberang Jaya, Permatang Pasir, Simpang Ampat, Perai, Butterworth, pusat bandaraya Georgetown, bandar Kulim dan Lunas

Kampung tradisional banyak terdapat di Permatang Pauh dan kini dimajukan menjadi taman perumahan dan kawasan bandar. Antaranya ialah Kampung Permatang Ara, Permatang Rambai,Pengkalan Tambang, Kampung Kota, Bukit Jelutong, Sama Gagah, Kampung Bagan Lalang, Kampung Tanjung Putus, Kampung Teluk, Kampung Manggis, Kampung Pokok Keras, Kampung Terus, Merbau Kudung, Kampung Nyior Sebatang, Kampung Padang Song son, Kampung Padang Kerai Kecil, Kampung Hutan Nibung, Kampung Belah Dua Kampung Besar, Kampung Bukit Pelanduk, Kampung Bukit Merah, Permatang Pasir, Permatang Janggus, Permatang Berangan dan lain-lain.

Taman perumahan di sini antaranya ialah Taman Ampang Jajar, Taman Ara Indah,Taman Samagagah.

Parlimen[sunting | sunting sumber]

Permatang Pauh terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh (P44) yang mana ia terbahagi kepada 3 Dewan Undangan Negeri iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

Parlimen Permatang Pauh sebelum ini diwakili oleh Anwar Ibrahim, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak Ogos 2008. Namun disebabkan Kes liwat Anwar Ibrahim II, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan Anwar Ibrahim kekal bersala dan menetapkan hukuman 5 tahun penjara untuk beliau, disamping Anwar gagal memperoleh Pengampunan Diraja dari Seri Paduka Baginda Yang-DiPertuan Agong. Permatang Pauh bagaimanapun sebelum ini pernah diwakili oleh isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat.

Di dalam pilihan raya kecil yang telah dijalankan 26 Ogos 2008, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengambil alih kembali Parlimen P44 Permatang Pauh setelah menewaskan calon BN-UMNO Arif Shah dengan majoriti sebanyak 15,671 pengundi. Pilihan raya kecil ini telah diadakan setelah Wan Azizah melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim yang merupakan suaminya merebut kembali kerusi parlimen tersebut setelah tempoh penggantungan beliau telah tamat.[1]

Institusi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua institusi pengajian tinggi terletak di Permatang Pauh, yang dikenali sebagai kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Politeknik Seberang Perai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Big guns from both sides descend on Permatang Pauh". The Star. 4 Ogos 2008. Dicapai pada 2008-08-07.