Remukan Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fizik kosmologi
WMAP 2008.png
Alam semesta · Letupan Besar
Umur alam semesta
Garis masa Letupan Besar
Nasib muktamad alam semesta

Remukan Besar merupakan salah satu senario bagi nasib muktamad alam semesta dalam fizik kosmologi. Hal ini merujuk kepada pengembangan metrik angkasa berpatah balik dan alam semesta meruntuh, menjadikan pengakhiran sebagai ketunggalan lohong hitam.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jika tarikan kegravitian bagi semua jirim dalam ufuk tercerap cukup tinggi, pengembangan alam semesta akan terbalik secara tiba-tiba. Dengan ketiadaan pemalar kosmologi, perkara ini berlaku apabila ketumpatan jirim melebihi ketumpatan genting. Disebabkan entropi berterusan meningkat dalam fasa yang mengecut, pengecutan akan dilihat berbeza dari songsangan masa bagi pengembangan. Ketika alam semesta masih seragam, alam semesta yang mengecut akan menjadi terkumpul dengan cepat. Semua jirim akan bergabung menjadi lohong hitam, yang kemudian akan bergabung antara satu sama lain; penyatuan ketunggalan lohong hitam merupakan ketunggalan remukan besar.

Bukti eksperimen terbaru (cerapan supernova jarak jauh sebagai lilin piawai, dan pemetaan dengan leraian tinggi gelombang mikro kosmik latar belakang) telah menunjukkan bahawa pengembangan alam semesta tidak diperlahankan oleh graviti malah mengalami pecutan. Walau bagaimanapun, memandangkan siar tenaga gelap yang memacu pecutan masih tidak diketahui, ia masih berkemungkinan untuk alam semesta berpatah balik dan mengalami pengecutan mendadak.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Y Wang, J M Kratochvil, A Linde, and M Shmakova, Current Observational Constraints on Cosmic Doomsday. JCAP 0412 (2004) 006, astro-ph/0409264

Pautan luar[sunting | sunting sumber]