Jirim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.Semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini merupakan jirim. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit.

Zarah-zarah yang membina jirim mungkin ialah:

Jirim juga boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu:

Jirim yang sangat halus itu dianggarkan berdiameter kurang daripada 10-9m. Oleh itu, kita tidak dapat melihat zarah-zarah jirim itu mahupun menggunakan mikroskop cahaya.

Jirim wujud dalam beberapa keadaan fizik. 4 daripada keadaan fizik ialah:

Jirim boleh bertukar bentuk dari satu keadaan fizik ke satu keadaan fizik yang lain apabila sesuatu benda itu dipanaskan atau disejukkan iaitu berkaitan dengan perubahan suhu. Semasa perubahan keadaan jirim, pemindahan tenaga akan berlaku iaitu sama ada tenaga haba diserap atau dibebaskan.

Antara proses perubahan keadaan jirim adalah seperti:

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]