Republik Serbia (1990–2006)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Serbia
Република Србија
Republika Srbija
Anggota republik di Serbia dan Montenegro
1992–2006
Flag of Serbia
Jata of Serbia
Bendera Jata

Subdivisyen Serbia dan Montenegro:
  •   Serbia
Antem
Боже правде
Bože pravde
God of Justice
Ibu kotaBelgrade
Keluasan 
• 2006
88,361 km2 (34,116 bt2)
History
Kerajaan
 • JenisRepublik berparlimen
Presiden 
• 1992–1997
Slobodan Milošević (pertama)
• 2004–2006
Boris Tadić (terakhir)
Perdana Menteri 
• 1992–1993
Radoman Božović (pertama)
• 2004–2006
Vojislav Koštunica (terakhir)
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Sejarah 
• Ditubuhkan
28 September 1992
• Dibubarkan
5 Jun 2006
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Sosialis Serbia
Serbia

Republik Serbia ([Република Србија/Republika Srbija] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah sebuah anggota konstituen dalam Serbia dan Montenegro (Republik Persekutuan Yugoslavia) antara tahun 1992 sehingga 2006. Selepas pemisahan diri oleh Montenegro daripada kesatuan dengan Serbia pada tahun 2006, kedua-duanya menjadi negara berdaulat dengan hak masing-masing.

Selepas kejatuhan Liga Komunis Yugoslavia pada tahun 1990, Republik Sosialis Serbia diketuai oleh Slobodan Milošević dari Parti Sosialis (dahulunya Komunis) yang menerima pakai sebuah perlembagaan baru, mengistiharkan mereka sebagai sebuah anggota republik dengan institusi-institusi dalam Yugoslavia, dan adjektif "Sosialis" digugurkan daripada gelaran rasmi. Apabila Yugoslavia berpecah, pada tahun 1992 Serbia dan Montenegro mengasaskan sebuah persekutuan baharu yang dikenali Republik Persekutuan Yugoslavia, dan selepas tahun 2003, Serbia dan Montenegro.

Serbia mendakwa bahawa ia tidak terlibat dalam peperangan di Bosnia dan Croatia. Bagaimanapun, entiti-entiti pemberontak Serb di kedua-dua negara memohon untuk mendapat penyatuan terus bersama-sama Serbia. SAO Krajina dan kemudian Republik Krajina Serbia memohon untuk menjadi "sebuah bahagian konstitutif dalam wilayah negara bersatu dalam Republik Serbia".[2] Presiden Republika Srpska, Radovan Karadžić mengistiharkan bahawa beliau tidak inginkan Srpska membentuk persekutuan bersama-sama Serbia dalam Yugoslavia, tetapi Srpska mesti digabungkan ke dalam Serbia.[3] Meskipun Serbia mengakui harapan kedua-kedua entiti untuk membentuk sebuah negara dalam Serbia, kedua-dua entiti memilih jalan kemerdekaan berasingan dan kerajaan Serbia tidak mengiktiraf mereka sebagai sebahagian daripada Serbia, atau sebahagian dalam Republik Persekutuan Yugoslavia.

Bagaimanapun, Serbia berjaya mengelak diri daripada Perang Yugoslavia sehingga tahun 1998 apabilan Perang Kosovo meletus, tahun 1990-an menandakan krisis ekonomi (termasuk rekod dunia bagi inflasi hiper pada pertengahan tahun 1990-an), peperangan di negara berjiran, krisis perlarian, dan pemerintahan autokratik oleh Slobodan Milošević. Selepas pihak pembangkang mendapat kuasa pada tahun 2000, Serbia (dilihat oleh komuniti antarabangsa berasingan dengan Montenegro yang mana kepemimpinannya menjadi pos kawalan barat sejak tahun 1998) memulakan perubahan bagi menyesuaikan dengan negara-negara barat, selepas sedekad dilakukan oleh negara-negara Eropah timur lain. Akibat dari perubahan ini, negara berdaulat Yugoslavia mula menyatukan secara perlahan-lahan dengan komuniti antarabangsa selepas satu tempoh pengasingan yang di sebabkan oleh sekatan-sekatan yang mula dilonggarkan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dengan kejatuhan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia (SFRY) pada tahun 1992, dua buah konstituen republik yang masih kekal iaitu Serbia dan Montenegro bersetuju untuk menubuhkan sebuah negara Yugoslavia yang secara rasminya meninggalkan fahaman kommunisme untuk membentuk sebuah negara Yugoslavia berdasarkan institusi demokratik (walaubagaimanapun republik ini masih mengekalkan jata komunisnya). Yugoslavia baru ini dikenali dengan nama Republik Persekutuan Yugoslavia (FRY). Republik Sosialis Serbia dikenali sebagai Republik Serbia pada tahun 1990 selepas Liga Komunis Yugoslavia runtuh, meskipun begitu para politik bekas komunis mempengaruhi negara ini buat 10 tahun pertama, di sebabkan Parti Sosialis Serbia yang memerintah merupakan penganti kepada Liga Komunis Serbia. Serbia muncul sebagai sebuah republik dominan dalam FRY di sebabkan saiz dan penduduknya yang besar antara dua buah republik ini; dari segi dalaman bagaimanapun, dua buah entiti ini berfungsi secara bebas manakalan bagi hal ehwal luar negara akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan yang terdiri daripada Montenegro dan Serbia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Slobodan Milošević, Presiden Serbia bermula pada 1989 sehingga 1997, Presiden Yugoslavia, 1997-2000.
Zoran Đinđić, Perdana Menteri Serbia bermula pada 2001 sehingga 2003.

Politik Serbia dalam Republik Persekutuan Yugoslavia untuk menyokong kepentingan etnik Serbia di Bosnia dan Herzegovina dan Croatia yang mana penduduk Serb ingin kekal dalam Yugoslavia. Sejak tahun 1989, Serbia diketuai oleh Slobodan Milošević, seorang bekas komunis yang berjanji untuk mempertahankan dan mempromosi kepentingan Serb di Yugoslavia. Pada tahun 1992, beliau dan Presiden Montenegro, Momir Bulatović mengasaskan Republik Persekutuan Yugoslavia. Kebanyakan pengkritik di pentas antarabangsa melihat Serbia sebagai sebuah unit dominan dalam republik ini, yang mana Presiden Serbia Milošević kelihatan memiliki pengaruh yang lebih tinggi dalam politik persekutuan berbanding Presiden Yugoslavia (presiden persekutuan pertama, Dobrica Ćosić yang dipaksa meletakan jawatan kerana menentang Milošević). Kerajaan Milosevic tidak membuat tuntutan rasmi ke atas wilayah Republik Macedonia. Pihak-pihak lain mendakwa bahawa Milosevic membuat tuntutan sebelah pihak berkenaan keinginan etnik Serb untuk kekal di dalam Yugoslavia.

Semasa Perang Yugoslavia di Croatia dan Bosnia & Herzegovina, Milošević telah menyokong puak pemisah Serb yang ingin memisahkan diri daripada negara-negara yang baru ditubuhkan ini. Sokongan ini merebak kepada tokoh-tokoh kontroversi seperti pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadžić, dan beberapa tuduhan oleh tokoh-tokoh antarabangsa mendakwa Milošević bertanggungjawab pada pemisah-pemisah Serb semasa perang dan meluluskan keganasan perang untuk terjadi.

Pada tahun 1995, Milošević mewakili Serb Bosnia semasa majlis menandatangani Persetujuan Damai Dayton. Milošević meneruskan tugas sebagai Presiden Serbia sehingga tahun 1997 apabila beliau bersara sebagai Presiden Serbia dan menjadi Presiden Yugoslavia. Milan Milutinović mengambil alih sebagai Presiden Serbia daripada Milošević pada tahun tersebut.

Bermula pada tahun 1996 sehingga tahun 1999, ketidakstabilan politik yang meletus di wilayah yang didiami oleh penduduk berketurunan Albania di Kosovo. Ia kemudian merebak menjadi Perang Kosovo dan pada tahun 1999, Serbia dan Montenegro telah dibom oleh pesawat NATO termasuk ibu negeri Serbia dan persekutuan di Belgrade. Akibatnya, Belgrade bersetuju untuk melepaskan kawalan di wilayah Kosovo kepada sebuah mandat autonomi Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Perang Yugoslavia mengakibatkan kejatuhan ekonomi di Serbia[perlu rujukan] dan kemarahan akan presiden persekutuan, Milošević. Perang dan kejadian selepasnya melihat kebangkitan parti-parti ultra nasionalis Serbia seperti Parti Radikal Serbia yang diketuai oleh Vojislav Šešelj, yang mana mempromosikan idea etnik Serbs untuk hidup dalam negara tunggal. Šešelj menyertai kempen etnik Serbia menentang etnik Croat dan Bosniak semasa Perang Yugoslavia. Šešelj telah ditahan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1994 dan 1995 oleh kerajaan Yugoslavia, tetapi akhirnya menjadi Naib Presiden Serbia bermula pada tahun 1998 sehingga tahun 2000. Pada tahun 2000, warganegara Serbia memprotes menentang pilihanraya apabila Milošević enggan untuk meletak jawatan Presiden Yugoslavia berikutan dengan dakwaan pengundi hantu. Milošević kemudian dipecat pada 5 Oktober, 2000, dan secara rasminya meletak jawatan pada hari berikutnya. Beliau kemudian ditahan pada tahun 2001 oleh pihak berkuasa persekutuan atas dakwaan rasuah semasa memegang kuasa, tetapi kemudian dipindahkan ke The Hague untuk menghadapi dakwaaan jenayah perang.

Selepas penggulingan Milošević, Vojislav Koštunica menjadi Presiden Yugoslavia. Pada tahun 2002, sekutu Milošević, Presiden Serbia Milutinović meletak jawatan, oleh itu mengakhiri dua belas tahun kepimpinan politik dari Parti Sosialis Serbia di republik ini. Boris Tadić dari Parti Demokratik mengantikan Milutinović.

Negara kesatuan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, berikutan penyusunan semula Republik Persekutuan Yugoslavia kepada Negara Kesatuan Serbia dan Montenegro, Serbia menjadi salah sebuah negeri konstituen bersama-sama dengan Montenegro. Negara kesatuan ini bangkit selepas nasionalisme penduduk Montenegro meningkat. Montenegro untuk beberapa tahun telah menggunakan matawang luar untuk kegunaan sah, ia bermula dengan Mark Jerman, dan sejak tahun 2002, menggunakan Euro. Serbia menerimanya, mengeluarkan semula matawang Dinar Yugoslavia, dan menamakan semula sebagai dinar Serbia, dan bank negara menjadi Bank Negara Serbia mengantikan Bank Negara Yugoslavia. Komitmen Serbia kepada negara kesatuan ini menjadi komitmen terakhirnya sebelum kemerdekaannya diistiharkan pada tahun 2006 selepas pengistiharan kemerdekaan Montenegro daripada kesatuan berikutan selepas satu pungutan suara kemerdekaan tidak lama sebelumnya.

Antara tahun 2003 hingga 2006, Serbia berhadapan dengan pergelutan politik dalaman berkenaan arah tujuan republik, ahli-ahli politik Serbia berpecah berkenaan keputusan untuk mengasaskan negara kesatuan yang longgar. Zoran Đinđić yag dilihat sebagai seorang penentang utama bagi negara kesatuan telah dikritik oleh bekas Presiden Yugoslavia Vojislav Koštunica. Kemarahan para nasionalis berkenaan kedudukan Đinđić mengakibatkan pembunuhan mengejut pada bulan Mac 2003 yang mana menyebabkan sebuah darurat diistiharkan.[perlu rujukan] Pada tahun 2004, pihak-pihak politik pro-Kesatuan Eropah bersatu untuk melawan pihak nasionalis yang menentang kemasukan Serbia kedalam EU sehingga EU mengakui kedaulatan Serbia di Kosovo.[perlu rujukan]

Pada tahun 2006, Serbia berdepan dengan kesan referendum kemerdekaan berkenaan negara kesatuan dari Montenegro. Kebanyakan rakyat Serbia berharap agar Montenegro kekal berada dalam kesatuan di sebabkan ikatan rapat yang dimiliki oleh kedua-dua negara. Meskipun dikempen kuat oleh pihak pro kesatuan, pihak pro kemerdekaan menang tipis dalam referendum ini iaitu 55 peratus seperti dituntut oleh Kesatuan Eropah. Dengan kemerdekaan Montenegro diakui, Serbia mengistiharkan diri sebagai sebuah negara merdeka, buat kali pertama sejak tahun 1918.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sekatan[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an beberapa sekatan telah dikenakan ke atas Serbia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.umsl.edu/services/govdocs/wofact2003/geos/yi.html
  2. ^ Prosecutor v. Milan Martić Judgement. p. 46. International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia. Accessed 13 September 2009. (On 16 March 1991 another referendum was held which asked "Are you in favour of the SAO Krajina joining the Republic of Serbia and staying in Yugoslavia with Serbia, Montenegro and others who wish to preserve Yugoslavia?". With 99.8% voting in favour, the referendum was approved and the Krajina assembly declared that "the territory of the SAO Krajina is a constitutive part of the unified state territory of the Republic of Serbia".)
  3. ^ Daily report: East Europe, Issues 191-210. Front Cover United States. Foreign Broadcast Information Service. Pp. 38. (A recorded conversation between Branko Kostic and Srpska's President Radovan Karadzic, Kostic asks whether Karadzic wants Srpska to be an autonomous federal unit in federation with Serbia, Karadzic responds by saying that he wants complete unification of Srpska with Serbia as a unitary state similar to France.)