Rex Cornwall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rex Cornwall
Asal usul United Kingdom
Piawaian baka
TICA (Piawaian)
FIFe (Piawaian)
CFA (Piawaian)
ACF (Piawaian)
GCCF (Piawaian)
CCA (Piawaian)
AACE (Piawaian)
ACFA/CAA (Piawaian)
Kucing bela jinak (Felis catus)

Rex Cornwall (bahasa Inggeris: Cornish rex) ialah satu baka kucing bela jinak. Rex Cornwall tidak mempunyai bulu kecuali bulu bawah. Kebanyakan baka kucing mempunyai tiga jenis bulu berbeza pada bulunya: bulu lapis luar atau "rerambut pengawal", yang kira-kira sepanjang 5 cm pada kucing bulu pendek dan 10 cm+ pada kucing bulu panjang; lapisan tengah yang dipanggil "bulu jejanggut"; dan bulu bawah atau bulu lapis bawah, yang sangat halus dan kira-kira sepanjang 1 cm. Rex Cornwall hanya mempunyai bulu lapis bawah. Keritingan pada bulu rex Cornwall disebabkan oleh mutasi dan gen berbeza daripada yang pada rex Devon. Ia berasal dari Cornwall, Britain.

Bulu rex Cornwall adalah sangat halus dan kadang-kadang keriting, yang terlembut daripada mana-mana baka kucing.Templat:Petik diperlukan Walau bagaimanapun, bulu ringannya bererti bahawa ia paling sesuai untuk kehidupan dalaman dalam keadaan hangat dan kering, kerana ia boleh mendapat hipotermia jika berada di luar pada musim sejuk. Suhu badannya yang sebanyak 39 °C (102 °F) adalah agak lebih tinggi daripada bagi kebanyakan kucing, dengan rex Cornwall cenderung untuk meluangkan masa di sekitar tempat-tempat panas seperti monitor komputer, mentol cahaya, pangkuan dan bahu. Sesetengah rex Cornwall juga mempunyai bau kekejuan sederhana yang aneh buat sesetengah baka; bau ini datang daripada kelenjar bau pada tapak-tapaknya.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pandu arah kucing