Pergi ke kandungan

Risako Sugaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Risako Sugaya
Fail:Risako Sugaya.jpg
Nama lahir菅谷梨沙子 Sunting nilai ini di Wikidata
Juga dikenali
sebagai
Orin-chan, Risateii, Rishako, Ri-tan
Kelahiran4 April 1994 Sunting nilai ini di Wikidata
Wilayah Kanagawa Sunting nilai ini di Wikidata
WarganegaraJepun Sunting nilai ini di Wikidata
GenreJapanese pop
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakamanPiccolo Town (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota bagiBerryz Koubou (2004–2015)
Hello! Project Kids (2002–2017) Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanBerryz Kobo, Hello! Project Kids, 4Kids, H.P. All Stars
Pautan berkaitan
Pautan lainIMDB: nm1640295 TMDB (orang): 2632201 MusicBrainz: 469d4330-563c-4ea7-9d1a-a257868c3bf3 Discogs: 987435
Instagram: risako_sugaya Threads: risako_sugaya Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Risako Sugaya (菅谷 梨沙子, Sugaya Risako, lahir pada 4 April 1994 di Kanagawa, Jepun) merupakan seorang penyanyi J-pop yang terkemuka yang juga merupakan sebahagian daripada ahli Berryz Koubou.

Memulakan kariernya dengan melayakkan diri dalam ujibakat Hello! Project Kids.Persembahan beliau lebih terserlah apabila mulanya berlakon di dalam cerita "Mini Moni no Okashina Daibouken",sebagai sebahagian daripada 4Kids yang merupakan kumpulan tambahan yang eksklusif hanya untuk cerita itu.

Pada 2003,beliau membintangi cerita "Hotaru no Hoshi" (Bintang Kelip-Kelip) dengan karakter bernama Hikari,seorang kanak-kanak tadika yang amat lembut dan lemah,dimana dengan pertolongan gurunya,beliau bertukar ceria dan mula merasakan hidup disekolah tadika bersama rakan-rakan lebih bermakna.Beliau juga membintangi sebuah drama yang diberi nama,Shonan Kawarayane Monogatari.

Pada tahun yang sama juga telah memulakan titik perjuangannya sebagai satu daripada penari tambahan Aya Matsuura semasa pertunjukan "Kōhaku Uta Gassen" didalam NHK New Program.

Pada awal 2004,dia beraksi bersama-sama [Berryz Kobo]].Didalam kumpulan tersebut,beliau (bersama-sama Natsuyaki Miyabi,Tsugunaga Momoko dan Yurina Kumai) mendahului pentas dengan aksi yang hebat.

Sekali lagi beliau menjejakkan kaki di pentas perdana untuk sambutan Kōhaku Uta Gassen yang ke-57 sebagai penari tambahan bagi lagu Aruiteru oleh Morning Musume, bersama-sama ahli Berryz Kobo,Country Musume dan °C-ute.

Kemunculan/Persembahan

[sunting | sunting sumber]
  • Hotaru no Hoshi (2003)
  • Shonan Kawarayane Monogatari.
  • Berryz Kobo Kiritsu! Rei! Chakuseki! (30 Mac 2005 – sekarang)

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
  • Musume Dokyu! (娘Dokyu!) (2005 – Episod :39, 40, 54, 55, dan 56.])
  • Nihon Shokuniku Shōhi Sōgō Center (Oktober 2003)
  • Hello Pro Hour! (Episod : 12,20 & Terakhir)
  • Berikyuu! (30 Mac 2008 – sekarang)

Buku Foto

[sunting | sunting sumber]
#TajukTarikh DipasaranInfo Buku Foto
1Risako11.10.2006Buku Foto Solo Pertama
2pure+20.07.2007Buku Foto Solo Kedua
3Ring3 ~Rin Rin Rin!~(Ring3~リンリンリンッ!~)06.02.2008Buku Foto Solo Ketiga

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]