4 April
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2023 |
4 April merupakan hari ke-94 (hari ke-95 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 271 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kanak-Kanak di Taiwan dan Hong Kong;
- Hari Kemerdekaan di Senegal (1960).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1581 - Francis Drake menjadi orang Inggeris yang pertama berjaya berlayar mengelilingi dunia.
- 1660 - Charles II dari England mengeluarkan Perisytiharan Breda, memerikan syaratnya untuk Pengembalian takhta England.
- 1768 - Philip Astley mempersembahkan sarkas moden yang pertama di London.
- 1841 - William Henry Harrison menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama meninggal dalam jawatan, 32 hari selepas penggalnya bermula, mencetuskan krisis perlembagaan sementara terhadap susunan penggantian presiden yang tidak dijelaskan Perlembagaan.
- 1873 - The Kennel Club, kelab kenel tertua di dunia, ditubuhkan di United Kingdom.
- 1949 - Dua belas negara memeterai Perjanjian Atlantik Utara dan menubuhkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
- 1968 - Martin Luther King, Jr. (gambar) dibunuh di beranda Motel Lorraine di Memphis, Tennessee, A.S.
- 1973 - World Trade Center di Bandar Raya New York dibuka secara rasmi.
- 1976 - Norodom Sihanouk turun takhta sebagai ketua Kemboja, dan ditangkap oleh Khmer Rouge.
- 1975 - Bill Gates dan Paul Allen mengasaskan Microsoft di Albuquerque, New Mexico, A.S., untuk mengembangkan dan menjual pentafsir BASIC bagi Altair 8800.
- 1979 - Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto yang digulingkan dihukum mati.
- 2007 - Lima belas anggota Tentera Laut Diraja British yang dituduh menceroboh masuk ke perairan Iran dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.
- 2009 - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
- 2013 - Lebih 70 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di Thane, India.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1927 - Othman Saat, Menteri Besar Johor ke-11
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1841 - William Henry Harrison, Presiden Amerika Syarikat ke-9
- 1923 - John Venn, seorang ahli logik dan falsafah British
- 1966 - Alfred Naujocks, seorang pegawai kanan Nazi
- 1979 - Zulfikar Ali Bhutto, Presiden Pakistan ke-4
- 1997 - Omar Rojik, seorang pelakon dan pengarah terkenal dari Singapura dan Malaysia.