Riyad Farid Hijab
Riyad Farid Hijab | |
|---|---|
| Perdana Menteri Syria | |
| Dalam jawatan 23 Jun 2012 – 6 Ogos 2012 | |
| Presiden | Bashar al-Assad |
| Didahului oleh | Adel Safar |
| Digantikan oleh | Omar Ibrahim Ghalawanji (pemangku) |
| Menteri Pertanian dan Pembaharuan Agraria | |
| Dalam jawatan 14 April 2011 – 6 Ogos 2012 | |
| Perdana Menteri | Adel Safar |
| Didahului oleh | Adel Safar |
| Digantikan oleh | Wael Nader al-Halqi |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1956 (umur 69–70) Deir ez-Zor, Syria |
| Parti politik | Parti Ba'ath (sebelum 2012) Bebas (2012–kini) |
| Gabungan politik lain | Barisan Progresif Kebangsaan (Sebelum 2012) |
Riyad Farid Hijab (Arab: الدكتور رياض فريد حجاب), lahir 1956, ialah seorang ahli politik Syria. Beliau menjadi Perdana Menteri Syria dari Jun hingga Ogos 2012, berkhidmat di bawah Presiden Bashar al-Assad. Sebelum itu beliau merupakan Menteri Pertanian dari April 2011.
Pada 6 Ogos 2012, beliau dilaporkan telah berpaling tadah kepada pihak pemberontak dalam perang saudara Syria. Ini disahkan oleh kerajaan Syria, dengan menteri maklumat Omran al-Zoub menyatakan "pelarian sesetengah personaliti, tidak kira seberapa tinggi pangkat, tidak akan memberi kesan kepada negara Syria" dan "tidak ada masalah" menggantikan pembelot.[1]
Bekas jurucakap Hijab, Mohammad Otari berkata bahawa Hijab meletak jawatan, dan beliau serta keluarganya menuju Jordan pada 6 Ogos 2012.[2][3] TV kerajaan pula melaporkan yang Hijab "dipecat" dan Timbalan PM Omar Ibrahim Ghalawanji akan menjadi pemangku.[2][4] Mengikut Otari, Hijab telah beberapa bulan merancang berpaling tadah dengan bantuan Tentera Pembebasan Syria.[3][5][6][7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Syria crisis: Iranian hostages, Aleppo battle, and defections The Guardian. 7 Ogos 2012.
- 1 2 "Syrian PM sacked – state TV". RT. 6 Ogos 2012. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
- 1 2 "Syrian prime minister joins opposition". Al Jazeera. 6 Ogos 2012. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
- ↑ PM Syria dipecat dan dilaporkan berpaling tadah cyBerita
- ↑ "Syria PM Riad Hijab defects to Jordan". BBC. 6 Ogos 2012. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
- ↑ Nayla Razzouk dan Glen Carey (6 Ogos 2012). "Syria Dismisses Prime Minister Hijab Amid Defection Reports". Bloomberg. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
- ↑ "Syrian prime minister defects, flees to Jordan". The Leader. Associated Press. 6 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-05. Dicapai pada 2012-08-09.
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Adel Safar |
Perdana Menteri Syria 2012 |
Diikuti oleh: Omar Ibrahim Ghalawanji (pemangku) |




