Pergi ke kandungan

Rockestra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rockestra
Album himpunan oleh
Dilancarkan pada2001
SyarikatGo-Search
BMG Music
PenerbitJohari Teh (eksekutif)
Kronologi Search
Search Terbaik
(1994)
Rockestra
(2001)
Best of Search
(2001)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rockestra adalah album himpunan yang dilancarkan oleh kumpulan Search sebelum menggemparkan negara dengan pengumuman pembubaran kugiran ini pada 16 Januari 2001. Oleh itu, album himpunan rakaman persembahan live yang disertakan tiga buah lagu yang tidak pernah dikeluarkan sepanjang kerjaya mereka, dijadikan hadiah perpisahan kepada para peminat Search.

Maklumat am

[sunting | sunting sumber]

Sempena pelancaran album ini, Amy dan Nasir Daud bersatu semula dengan Yazid tanpa didampingi oleh adik-beradik Kid dan Din. Selain tiga lagu rakaman studio yang lama tersimpan, album ini menghimpunkan lapan rakaman persembahan live iaitu satu dari Rock N' Roll Pie Live N' Loud ("Pawana" / "Pelesit Kota") dan selebihnya dari "Unplugged" Gema Di Timur Jauh.

Semua lagu yang diambil daripada album "Unplugged" Gema Di Timur Jauh mengekalkan vokal Amy, manakala muziknya telah dirakam dan diadun semula dengan memasukkan bunyi gitar elektrik berserta bunyian muzik orkestra (maka namanya "Rockestra"). Album ini diadun di King's Musical, diikuti kerja mastering di Mastering One. Album ini menandakan berakhirnya zaman kegemilangan Search yang menguasai persada muzik rock Malaysia selama dua dekad, tetapi pada tahun 2003, mereka bergabung semula untuk menjalani usaha baru , konsert reunion "Konsert Evolusi Lagenda Rock 2004" yang menyaksikan Amy,Din,Kid,Nasir dan Lola sebagai pengganti Yazit ketika itu.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukMasa
1."Pawana / Pelesit Kota" (dari Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)) 8.30
2."Bencana *"6.52
3."Kejora" (dari "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)) 5.40
4."Menara Kesesatan *"4.44
5."Gadisku" (dari "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)) 6.42
6."Melayar Bahtera" (dari "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)) 4.58
7."Panggung Khayalan *"5.11
8."Bisa" (dari "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)) 5.40
9."Nirmala" (dari "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)) 6.22
10."Rozana" (dari "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)) 3.52
11."Fantasia Bulan Madu" (dari "Unplugged" Gema Di Timur Jauh (1995)) 6.18

Tanda * menandakan lagu yang lama tersimpan dari penerbitan selama ini.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]