Yazit Ahmad
Yazit Search | |
|---|---|
| Kelahiran | Yazit bin Ahmad 10 Mei 1962 |
| Meninggal dunia | 26 September 2019 (umur 57) Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Sebab kematian | Kerosakan otak |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih |
| Pasangan | Ramlah Ahmad |
| Anak-anak | 3 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Rock |
| Alat muzik | Dram, gitar, vokal |
| Kegiatan berkaitan | Search, Rampage |
Yazit Ahmad (10 Mei[1] 1962 — 26 September 2019)[2] merupakan seorang pemuzik Malaysia, terkenal sebagai pemain dram kumpulan Search yang telah menerbitkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu dan single yang terlaris, dan puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya.[3] Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan Rampage yang ditubuhkan pada 2001.[4] Beliau merupakan penerima Anugerah Ikon Seniman Setiawangsa 2019.[5] Beliau juga merupakan abang kepada Zahid Ahmad yang turut mencipta nama sebagai pemain dram profesional tanah air.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 10 Mei 1962 di Johor Bahru, Johor. Yazit merupakan anak keempat daripada sepuluh beradik yang terdiri daripada tiga kakak perempuan serta tiga adik lelaki dan tiga adik perempuan.
Kerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]Kerjaya Yazit dalam bidang muzik bermula sejak semasa kecil lagi. Beliau mula bermain dram dan bernyanyi di kelab Macinta, Johor Bahru sekitar tahun 1968. Turut bersamanya ketika itu ialah Hillary Ang yang bermain gitar utama, Din yang bermain gitar irama, Nasir yang bermain bes.[6]
Sesudah belasan tahun, Yazit dan Hillary mengenali dua orang iaitu, Memek (gitar irama; lahir 1 Januari 1954 di Bandung) sejak menamatkan sekolah di Bandung, Indonesia yang berumur 18 tahun, serta Rozman Shafie (LY - dram dan penyanyi) manakala Yazit terus menjadi penyanyi sambil turut berperanan sebagai pemain gitar utama sementera Hillary diserap sebagai pemain bes dengan menubuhkan kumpulan diberi nama The Teenager Section pada tahun 1972. Kemudian pada tahun 1973, Amirrudin bin Zulkefly (Amir) yang saat itu menamatkan sekolah rendah untuk menyertai sebagai pemain gitar utama mereka manakala Yazit menggalas posisi sebagai penyanyi utama sementera LY kekal sebagai pemain dram sahaja dan menukar namanya menjadi The Vision Teenager Section didepan nama kumpulan mereka. Kemudian pada tahun 1975, LY meninggalkan kumpulan kerana akhirnya menamatkan sekolah menengah rendah dan ingin memasuki zaman persekolahan sekaligus menjadi komposer & penulis lirik dan kekosongan itu digantikan oleh Man Greng menyertai sebagai pemain dram. Kemudian pada tahun 1976, Amir menarik diri kerana akhirnya menamatkan sekolah menengah rendah dan ingin memasuki zaman persekolahan sekaligus menyertai kumpulan Lefthanded, Sofea dan SYJ dan kekosongan itu digantikan oleh Hillary Ang kembali menggalas posisi sebagai pemain gitar utama mereka sejak semasa kecil main gitar utama manakala Yazit kembali menggalas posisi sebagai pemain dram sejak semasa kecil main dram sementera Man Greng diserap sebagai pemain bes. Untuk mengekalkan kumpulan, Yazit akhirnya mengenali Amy untuk menyertai kumpulan sebagai penyanyi utama dan menukar namanya menjadi The Second Traffic Jam. Mereka beraptai di sebuah studio di Komtar, Johor Bahru. Bagaimanapun, kemudian pada tahun 1978 Yazit dan Hillary meninggalkan dari Johor itu untuk bermain muzik di sebuah kelab di Segamat. Pada tahun yang sama, Yazit dan Hillary bersama anggota The Second Traffic Jam berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bermain muzik di kelab Red Rooster. Kemudian pada tahun 1980, Amy dan Man Greng meninggalkan kumpulan itu dan kekosongan itu digantikan oleh Zainal sebagai penyanyi utama telah menyertai kumpulan itu manakala Memek pula diserap sebagai pemain bes sementera Yazit dan Hillary dua anggota kumpulan yang tinggal dan menukar namanya menjadi Cobra Eyes dan seterusnya menukar namanya menjadi Flash.[6] Mereka telah ditawarkan kontrak oleh kelab Red Rooster di Kuala Lumpur pada 1981 untuk membuat persembahan pada setiap malam. Namun belum sempat kugiran ini memulakan persembahan di kelab tersebut, Zainal dan Memek telah meninggalkan kugiran ini akibat tiada persefahaman di antara mereka. Pada tahun yang sama, mereka kembali ke Johor Bahru, kebetulan Yazit akhirnya kembali mengenali Amy sebagai penyanyi utama selaku ketua utama dan pengasas kumpulan Search dan dijemput dua orang itu Nasir (bes) dan Din (gitar irama) untuk menyertai kumpulan Flash dan menukar namanya kepada Search. Nama Search diinspirasikan dari sebuah rancangan dokumentari kegemaran Hillary iaitu “In Search Of...” lalu disingkatkan menjadi Search. Ketika itulah nama Search mula dikenali di kelab-kelab rock di Kuala Lumpur. Sejak album sulung Search, Cinta Buatan Malaysia pada 1985, Yazit terbabit dalam semua proses rakaman album mereka kecuali album terbaru, Katharsis pada 2017.[6]
Pada tahun 1999, Yazit pernah bersendirian memperjuangkan Search ketika menghasilkan album Selepas Banjir bersama pemuzik yang asing dalam kalangan peminat Search iaitu Moq (penyanyi), Shah (gitar) dan Zam (bass). Yazit meninggalkan Search pada 2016 akibat masalah kesihatan selain konflik peribadi bersama Search. Beliau kemudian menubuhkan kumpulan Rampage yang dianggotai Moq (penyanyi), Zam (bass), Jemboo (gitar) dan Rithan (gitar).[6] Rampage merakamkan album pertama mereka bertajuk Rempuh pada 11 Oktober 2017.[7] "Apabila ada album baru, sekurang-kurangnya saya dapat bergerak ke sana ke mari berjumpa pelbagai pihak. Banyak perkara yang dapat saya lakukan antaranya berkongsi pengalaman dengan pemuzik dan peminat serta bercerita berkenaan album ini," Yazid berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro.[7]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Yazit berkahwin dengan Ramlah Ahmad dan dikurniakan tiga anak, Razilah, Shahmirnuri dan Shafiqa.[8]
Kematian dan legasi
[sunting | sunting sumber]Yazit meninggal dunia pada 26 September 2019 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur akibat kerosakan otak pada jam 11.55 pagi. Yazit sebelum ini dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru namun dibenarkan keluar dua hari selepas itu.[9][10] Beliau turut disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak 2009.[11] Jenazah beliau dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih.[12]
Pemain gitar kumpulan Metalasia, Rizal Abdul Halim kagum dengan semangat kental ditunjukkan Yazit. "Beliau boleh dianggap sebagai pejuang muzik sejati, di mana dia sanggup untuk mengenepikan kesakitan dihadapi bagi memenuhi undang persembahan dan sebagainya".[13] Menurut M. Nasir, Yazit ialah seorang pemuzik sentimental, namun mempunyai semangat tinggi dalam memartabatkan industri muzik sehingga sanggup datang berjumpa dengan beliau menceritakan projek muzik akan datang sekalipun dalam keadaan sakit.[13] Rakan seperjuangan Yazit, Hillary menyifatkan beliau sebagai pemain dram terbaik yang pernah dimiliki oleh Search: "Ketika saya mula-mula melihat Yazit bermain, saya tahu beliau ialah pemain dram yang saya inginkan dalam Search. Tak ada ragu-ragu".[14]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Search
- Cinta Buatan Malaysia (1985)
- Langit Dan Bumi (1986)
- Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
- Fenomena (1989)
- Karisma (1990)
- Rampage (1992)
- Gema Di Timur Jauh (1995)
- Rock 'N' Roll Pie (1996)
- Bikin Wilayah (1998)
- Selepas Banjir (1999)
- Gothik Malam Edan (2006)
- Rampage
- Rempuh (2017)
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Ikon Seniman Setiawangsa 2019.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Yazit rai hari lahir dengan menu berbuka istimewa". BH Online. 11 Mei 2019. Dicapai pada 28 September 2019.
- ↑ Yazit Search pergi buat selama-lamanya Malaysiakini (26 September 2019). Dicapai pada 27 September 2019.
- ↑ Ketika Band Malaysia Kuasai Musik Indonesia KapanLagi.com (30 Jun 2012). Dicapai pada 18 Ogos 2012.
- ↑ Ramlah Zainal (19 Disember 2018). Ketuk dram terapi Yazit Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2019.
- 1 2 Ridzuan Abdul Rahman (8 Ogos 2019). Yazit terima anugerah Ikon Seniman Setiawangsa Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2019.
- 1 2 3 4 Riadz Radzi (26 September 2019). Perginya 'rhythm' Search - Yazit Ahmad (1962 - 2019) Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2019.
- 1 2 Ridzuan Abd Rahman (14 Oktober 2017). 'Saya tak pandai duduk diam' Harian Metro. Dicapai pada 27 Oktober 2017.
- ↑ Hanisah Selamat (26 September 2019). Hasrat Yazit tunai umrah tidak kesampaian Berita Harian. Dicapai pada 27 September 2019.
- ↑ Raja Hisyam Raja Zaid (3 September 2019). Yazit Search tunjuk perkembangan positif, keluar dari zon merah Astro Awani. Dicapai pada 26 September 2019.
- ↑ Raja Hisyam Raja Zaid (3 September 2019). Yazit Search mengadu sesak nafas, dikejar ke HKL Astro Awani. Dicapai pada 26 September 2019.
- ↑ Yazit Search meninggal dunia Astro Awani (26 September 2019). Dicapai pada 26 September 2019.
- ↑ Hanisah Selamat (26 September 2019). Yazit Search meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 27 September 2019.
- 1 2 Khairil Anwar Amin (26 September 2019). Perginya pejuang muzik sejati, legenda pemain dram negara Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2019.
- ↑ Yazit pemain dram terhebat pernah kami miliki - Hillary Ang Malaysiakini (29 September 2019). Dicapai pada 9 Oktober 2019.