Rohaniza Aladib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rohaniza Aladib adalah wanita Malaysia yang dikehendaki polis PDRM dan Interpol Dia berusia 33 tahun dan disyaki terlibat dalam kes penipuan berbentuk skim pelaburan dalam syarikat rokok antarabangsa membabitkan mangsa di kalangan artis terkenal Malaysia seperti Amy Search, Hattan dan Misha Omar yang mencecah nilai RM400 juta pada 2008.


Dia termasuk 22 daripada 33 rakyat Malaysia yang nama mereka kini disenarai sebagai buruan polis antarabangsa (Interpol), dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial. 12 orang dikehendaki oleh PDRM iaitu sama ada polis atau mahkamah, diikuti enam orang dicari oleh pihak berkuasa Brunei, Amerika Syarikat (5), Vietnam (4), Indonesia (3) dan masing-masing seorang diburu oleh Sweden, India serta Singapura. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "33 warga Malaysia diburu Interpol". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-15. Dicapai pada 2012-05-15.