Rosman bin Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rosman bin Ramli
May Kris
Foto May Kris. Ihsan Raykinzoku (umur 43 tahun)
WarganegaraMalaysia
PendidikanPerbadanan Kraftangan Kebangsaan
Perantis kepada Tengku Ibrahim bin Tengku Wok
Terkenal keranaPengukir hulu dan sarung keris
Antara hasil kerja tangan May Keris yang paling menakjubkan adalah hulu keris Tajung

Rosman bin Ramli (?, 1965 - 21 Ogos, 2008) atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mae Kris (sebutan "Man Keris") adalah seorang pakar dalam mengukir hulu dan sarung keris yang terkenal berasal dari Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Isteri beliau, Tengku Aida binti Tengku Ibrahim merupakan anak perempuan kepada seorang pengukir kayu terkenal iaitu Tengku Ibrahim Tengku Wok. Mae Keris telah meninggal dunia pada 21 Ogos, 2008 setelah enam bulan bulan terlantar di hospital akibat penyakit leukemia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rosman mendapat pendidikan sehingga ke tahap Sijil Tinggi Pelajaran (STP) sebelum memutuskan untuk menyambung pengajian beliau di dalam bidang ukiran di Perbadanan Kraftangan Kebangsaan di Mentakab, Pahang. Setelah selesai pengajian beliau di sini, para guru beliau kemudian memujuk beliau agar berguru pula dengan seorang pakar pengukir kayu di Jertih, Terengganu iaitu Tengku Ibrahim Tengku Wook. Beliau belajar selama tiga tahun dengan Tengku Ibrahim.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]