Royal Imtech N.V.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Royal Imtech N.V.
Swsta
Euronext: IM
ISINNL0010886891 Edit this on Wikidata
Dibubarkan13 Ogos 2015 (2015-08-13)
Ibu pejabatGouda, Belanda
Tokoh penting
Gerard van de Aast (CEO)[1]
Frans Cremers (pengerusi lembaga penyeliaan)[1]
Laman web rasmi
www.imtech.com

Royal Imtech N.V. ialah sebuah penyedia perkhidmatan teknikal Eropah yang berfokus pada bidang penyelesaian elektrik, teknologi maklumat dan komunikasi, serta penyelesaian mesin. Ibu pejabatnya terletak di Gouda, Belanda. Saham Imtech pernah didagangkan di Bursa Saham Euronext NYSE di Amsterdam, dan saham Imtech pernah menjadi komponen Indeks AEX dan Indeks Dow Jones STOXX 600. Dengan 29.000 kakitangan, Imtech berjaya mencatatkan pendapatan lebih dari 5.1 bilion euro pada tahun 2012.[petikan diperlukan]

Imtech Deutschland[sunting | sunting sumber]

Salah satu anak syarikat Imtech, Imtech Deutschland GmbH & Co. KG dahulunya bertanggungjawab ke atas perniagaan Imtech di Poland, Romania, Austria, Finland, dan Rusia.

Imtech merupakan kontraktor utama untuk peralatan teknikal Menara Berkembar Deutsche Bank di Frankfurt. Berdasarkan laporan dari Handelsblatt pada Februari 2011, subkontraktor pada projek ini disogok dengan berkunjung ke rumah pelacuran dan lain sebagainya. Mereka dapat menagih lebih banyak jam kerja dari yang sebenarnya dijalankan sejak awal 2010. Imtech akhirnya mengadakan siasatan dalamam berhubung isu ini.[2][3]

Imtech Germany juga terlibat dalam pembinaan pengudaraan panas dan asap di Lapangan Terbang Berlin Brandenburg. Pada Januari 2013, dilaporkan bahawa sistem ini tidak dibangunkan bersesuaian dengan piawaian dari pihak berkuasa tempatan, sehingga belum dapat beroperasi sehingga diperbaiki.[4]

Solaroad[sunting | sunting sumber]

Imtech merupakan salah satu ahli dari konsortium yang membangunkan laluan basikal pertama di dunia yang dihasilkan dari panel suria, yang diberi nama "Solaroad".[5][6]

Krisis 2013/2015[sunting | sunting sumber]

Royal Imtech N.V. mengumumkan pada 4 Februari 2013 bahawa mereka harus mengadakan susut nilai sebesar 100 juta Euro kerana masalah di Poland. Imtech memperingatkan bahawa mereka mungkin tidak dapat memenuhi kewajibannya kepada para peminjam.[7] Masalah ini berpunca daripada projek taman hiburan berdekatan Warsaw dengan nilai sekitar 750 juta Euro.[7][8] Taman hiburan seluas 240 hektar ini bernama Adventure World Warsaw, dan dilengkapi dengan hotel, restoran, dan penjana elektrik.[9][10] Masalah bermula ketika pemilik projek ini mengalami kesulitan kewangan.[7]

Siasatan telah dilakukan terhadap projek ini.[7][11] Pengarah urusan, Klaus Betz dan Axel Glaß, Pengarah Kewangan Imtech Germany mengundurkan diri akibat masalah ini. Kedua-danya digantikan oleh Jos Graauwmans dan Jan van Middelkoop.[12][13] Selain itu, pernyataan kewangan tahunan 2012, yang diadakan oleh KPMG tidak dapat dikeluarkan pada 5 Februari 2013.[7][11] Mesyuarat Agung Pemegang Saham Tahunan yang sepatutnya diadakan pada 3 April 2013 akhirnya juga ditunda.[7]

Pada 18 Jun 2013, Imtech menerbitkan sebuah Laporan untuk pemegang saham yang mengandungi hasil siasatan terhadap masalah sebelumnya. Didapati bahaaa terdapat penipuan besar-besaran di Jerman dan Poland, dan Imtech berniat meminta ganti rugi atas penipuan ini pada semua kakitangan yang terlibat.[14]

Hutang bersih Imtech mencapai 800 juta Euro setakat 31 Disember 2012, dengan penjualan mencapai 5,1 bilion euro pada tahun 2012.[11] Rabobank meminta pendapat mengenai masalah ini.[15] Imtech kemudian melaporkan pada 27 Februari 2013 bahwa mereka tengah menjangkakan susut nilai sebanyak 150 juta euro di Poland dan 150 juta euro di Jerman. Imtech mengadakan Hak Menempah Kesan Terlebih Dahulu bernilai 500 juta euro untuk mengembangkan ekuitinya.[16]

Pada 23 April 2013, Imtech mengumumkan bahawa mereka mengadakan penyusuna semula.[17] Semasa kes rasuah mula diketahui oleh masyarakat pada musim separa tahun 2013, Imtech kehilangan nilai sebanyak 1 bilion Euro di pasaran saham. Pada Jun 2013, Imtech mengakui bahawa pengawasan dalaman tidak berjalan dengan baik.[18]

Pada 27 Julai 2013, diumumkan bahawa seorang ahli kriminologi yang disebut "Mr. Y" telah meminta pendapat pada tahun 2011 untuk menyiasat kes rasuah pada projek pembinaan semula menara berkembar di Frankfurt. Ia mengingatkan Imtech pada laporan akhirnya pada Mei 2011 mengenai struktur mafia dan ia menuduh pengurus anak syarikat Imtech di Jerman, Klaus Betz. Betz telah ditutup oleh Imtech sejak dua tahun lalu. Penyiasat ini, disyaki oleh Telegraaf ialah Thomas Wüppesahl, dilarang meminta pendapat lagi oleh Imtech pada tahun 2011.[19][20]

Pada 7 Oktober 2014, mesyuarat agung pemegang saham bersetuju dengan penerbitan saham baru bernilai 600 juta Euro untuk menyelamatkan syarikat. Lembaga pengarah berjanji tidak akan menerbitkan saham baru lagi hingga suku pertama tahun 2016 berakhir.[21]

Pada 10 Ogos 2015, Imtech menerima perlindungan dari pemiutangnya. Ini dilakukan pasca anak usaha Imtech di Jerman muflis dan Imtech gagal mendapat pinjaman sebanyak 75 juta Euro.[22][23]

Imtech akhrinya muflis pada 13 Ogos 2015.[24]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b https://finance.yahoo.com/news/van-gelder-succeeds-van-aast-050202861.html
  2. ^ Preissler, Steffen (February 24, 2011). "Bestechung und Bordell-Besuche? Imtech: "Unregelmäßigkeiten" nach Umbau bei Deutscher Bank". abendblatt.de (dalam bahasa German).CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Imtech: Interne Ermittlungen nach Renovierung der Zwillingstürme". manager-magazin.de (dalam bahasa German). February 24, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Brandschutz und Co. Die lange Mängelliste des Berliner Flughafens". handelsblatt.com (dalam bahasa German). January 9, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Spakovskis, Robert (November 7, 2014). "SolaRoad: World's first solar cycle path to open in the Netherlands". Phys.org.
  6. ^ Mlot, Stephanie (November 10, 2014). "The Netherlands Preps World's First Solar Road". PC Magazine.
  7. ^ a b c d e f "Imtech stürzt wegen polnischem Großprojekt ab" (dalam bahasa German). immobilien-zeitung.de. February 4, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Imtech plummets on Polish arm troubles". Financial Times. February 4, 2013.
  9. ^ Imtech mit höchstem Minus seit 23 Jahren – Abschreibung in Polen. In: Die Welt, 4. Februari 2013 (online)
  10. ^ "45 Prozent Kursverlust. Imtech-Aktie stürzt tief ab". handelsblatt.com (dalam bahasa German). February 4, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ a b c "Imtech investigates Polish projects and postpones publication of its 2012 financial statements" (Siaran akhbar). Press release of Imtech. February 4, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2014.
  12. ^ "Imtech executives step down". Financial Times. February 6, 2013.
  13. ^ "Deutscher Imtech-Chef Betz ist zurückgetreten" (dalam bahasa German). Immobilien-Zeitung. February 6, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Report to Shareholders (final)" (PDF). imtech.com. 18 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 March 2014. Dicapai pada 22 June 2013.
  15. ^ "Chaos bei Imtech – Deutschland-Chef muss gehen". Die Welt (dalam bahasa German). February 7, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Imtech reaches agreement with its main financiers" (Siaran akhbar). Pressemitteilung von Imtech. February 27, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2013.
  17. ^ "Errorpage". imtech.com.
  18. ^ "Imtech publishes Shareholder Report on investigations". imtech.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-02.
  19. ^ "Aufklärung verschleppt. Vom eigenen Management ausgeraubt". Handelsblatt (dalam bahasa German). June 27, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ Detective tipte fraude Imtech al in mei 2011. In: Telegraaf, 27. Jun 2013 (online)
  21. ^ "Emissie enige kans voor Imtech". telegraaf.nl.
  22. ^ "Imtech stopt met betalen". telegraaf.nl (dalam bahasa Dutch). Dicapai pada 11 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Royal Imtech N.V. files for suspension of payments". imtech.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2015. Dicapai pada 11 August 2015.
  24. ^ "Imtech België bijna overgenomen". Tijd.be (dalam bahasa Dutch). Dicapai pada 13 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]