Rumah api Bukit Jugra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Rumah Api Bukit Jugra terletak di Bukit Jugra, Jugra, muara Sungai Langat, Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Koordinatnya ialah pada latitud 02° 50.1' Utara dan longitud 101° 25.1' Timur. Rumah api ini dibina oleh Jabatan Marin Malaysia pada 1976 bagi mengawal dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka terutama yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang.

Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut. Lampu limpah yang digunakan ialah FI.W.10s.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rumah Api Bukit Jugra". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-06. Dicapai pada 2008-12-26.