Runme Shaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Shaw.
Tan Sri Dr.
Runme Shaw
KelahiranShào Rénméi
(1901-01-01)1 Januari 1901
Dinasti Qing, China
Meninggal dunia2 Mac 1985(1985-03-02) (umur 84)
Singapura
Sebab kematianKemalangan jalan raya
KediamanShanghai (sehingga 1959)
Singapura (1959-1985)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPenerbit TV, ahli perniagaan, penerbit filem, pelabur
Tahun aktif1959 - 1983
Gelaran1)Darjah Indera Mahkota Pahang
2)Panglima Mangku Negara dari YDPA Sultan Pahang
3)Meritorious Services Medal dari Kerajaan Singapura
4)Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Singapura
Ahli lembagaShaw Brothers Ltd. (1959-1983)
PasanganPeggy
AnakShaw Vee King
Shaw Vee Fong
Doris Shaw
Vivien Shaw
Nora Shaw
Sylvia Shaw
Ibu bapaShaw Yuh Hsuen (邵行銀)
Wang Shun Xiang
SaudaraRunje Shaw
Runde Shaw
Run Run Shaw

Tan Sri Dr. Runme Shaw, K.St.J (Cina ringkas: 邵仁枚pinyin: Shào Rénméi; 1 Januari 1901 – 2 Mac 1985) merupakan pengerusi dan pengasas Pertubuhan Shaw di Singapura. Runme Shaw dan adiknya, Run Run Shaw, bersama-sama dikenali sebagai Shaw Brothers, merupakan perintis di dalam industri perfileman di Singapura and Tanah Melayu, dan menghidupkan industri filem di Asia, terutamanya di rantau Asia Tenggara.

Runme Shaw juga seorang dermawan yang mewujudkan Yayasan Shaw, sebuah pertubuhan amal. Selain itu, Runme merupakan pengerusi dan presiden di beberapa badan kerajaan, dan penaung bagi beberapa pertubuhan. Hasilnya, Runme memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa atas usaha kedermawanan beliau dan sumbangannya kepada industri perfileman Asia Tenggara.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Runme Shaw merupakan anak ketiga dari enam orang adik beradik bagi pasangan pengusaha tekstil di Shanghai, China iaitu Shaw Yuh Hsuen dan Wang Shun Xiang. Pasangan ini mempunyai 10 orang anak tetapi 3 daripadanya telah meninggal dunia semasa kecil. Runme Shaw mempunyai syarikat import dan eksport barangan runcit serta berkerjasama dengan salah seorang abangnya Runje Shaw mendirikan perniagaan panggung opera cina. Runje Shaw pada ketika itu bertindak sebagai pengarah dan sutradara panggung opera. Namun begitu, perniagaan itu menemui kegagalan.

Penubuhan Shaw Brothers Ltd[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Shaw Brothers

Pada tahun 1927, beliau bersama-sama adik bongsunya Run Run Shaw telah berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasib dalam perniagaan penghasilan dan penjualan filem bergambar tanpa nada suara di Nusantara. Namun begitu, perniagaannya tergendala semasa penjajahan Jepun keatas Singapura dan perang dunia kedua meletus. Selepas era perang tamat, Shaw Brothers meluaskan perniagaan menghasilkan lebih kurang 160 filem melayu hitam putih dengan suara di bawah pengurusan Studio, Malay Film Productions Ltd. Selain itu, perniagaannya mewujudkan 19 buah pawagam sendiri dan 30 buah pawagam bebas di Singapura sekitar tahun 1965. Tahun seterusnya, beliau mewujudkan rangkaian pawagan sehingga 150 buah dan 6 buah taman hiburan meliputi Singapura dan Malaya. Selain menghasilkan filem melayu, beliau mengembangkan perniagaannya menghasilkan filem kungfu dan filem berwarna di Hong Kong di bawah pengurusan studio Clearwater Bay, ahli pelaburan hartanah dan pemilik pusat membeli belah, hotel serta taman hiburan.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 1982, Runme Shaw telah terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas beliau pulih dari kemalangan sehingga sudah mampu berjalan semula, tiba-tiba beliau pengsan dan disahkan koma selama 2 setengah tahun. Namun, pada 2 Mac 1985, Runme Shaw disahkan meninggal dunia pada usia 84 tahun di Singapura.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.shaw.sg/sw_abouthistory.aspx?id=33_1
  2. ^ "Shaw Brothers co-founder Runme Shaw dies", New Straits Times, 2 March 1985.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]