Merdeka Film Productions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Merdeka Film Studio
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPerfileman
Ditubuhkan1960; 63 tahun yang lalu (1960)
PengasasShaw Brothers Ltd.
Nasib1980; 43 tahun yang lalu (1980)
Ibu pejabatUlu Klang, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia, Singapura
Tokoh pentingRunme Shaw
Vee Meng Shaw
Hasil pengeluaranFilem Melayu hitam-putih dan berwarna
Perkhidmatan
  • Penggambaran filem
  • Penulisan skrin
  • Penyuntingan filem

Merdeka Film Productions (juga dikenali sebagai Merdeka Film Studio; ejaan lama: Merdeka Filem Setudio) merupakan sebuah studio perfileman Malaysia yang terletak di Ulu Klang, Selangor. Logo studio ini berasaskan sekuntum bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, Ho Ah Loke terlebih dahulu menggunakan perkataan Merdeka dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan Dollah Sarawak, Maria Menado, Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.

Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan Shaw Brothers Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah kemudiannya menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Studio Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah Tun Tijah arahan Tan Sri L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Film Productions yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung kerjaya seni mereka selepas industri perfileman di Jalan Ampas, Singapura semakin merosot.

Syarikat ini berjaya menerbitkan 89 buah filem Melayu dengan 81 filem hitam-putih dan lapan filem berwarna. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem Loceng Maut pada tahun 1977. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, Clearwater Bay Studio lebih menumpukan penghasilan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali juga dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Keadaan diburukkan lagi apabila selepas kematian Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, tiada lagi pengarah-pengarah filem Melayu berkaliber seperti M. Amin, Jins Shamsuddin, Omar Rojik dan S. Kadarisman di mana ada di antara mereka berhijrah ke produksi lain atau membuka syarikat perfileman mereka sendiri. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan dimana Run Run Shaw dan Runme Shaw bersependapat untuk tidak mahu menghasilkan filem-filem di Singapura dan Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah Adik Manja pada tahun 1980 sebelum studio ini dibeli oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1985[1] dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.

Senarai artis[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai artis-artis yang pernah membintangi filem-filem terbitan Merdeka Film Productions mengikut turutan abjad.

Bilangan Lelaki Wanita
1 Abdullah Chik Adibah Amin
2 Ahmad Dadida Afida Es
3 Ahmad Daud Chandra Shanmugam
4 Ahmad Mahmud Dalila Fazlur Rehman
5 A. K Jailani Dayang Sulu
6 Ali Rahman Erlina Dewi
7 Alias Augustine Faridah Ucok
8 A. R. Ayappan Fauziah Ahmad Daud
9 A. R. Tompel Juliana Ibrahim
10 Awang Daud Julie Faridah
11 Azihan M. Osman Kasma Booty
12 Aziz Jaafar Khatijah Hashim
13 Aziz M. Osman Laila Mahzan
14 Bob Mustaffa Latifah Omar
15 Dali Siliwangi Mahyon Ismail
16 Dharma Harun Al Rashid Mak Enon (Ainon Chik)
17 Dinda Sumantri Mariani
18 Ed Osmera Mariati Abdul Rahman
19 Ghazali Sumantri Maznah Ahmad
20 Hail Amir Minah Hashim
21 Haji Mahadi Noor Azizah
22 H. G. Gill Noorkumalasari
23 Hoon Thye Chong Nora Shigim
24 Hussein Abu Hassan Noraini Hashim
25 Ibrahim Din Noran Nordin
26 Ibrahim Sabtu Norizan Mohd Noor
27 Idris Hashim Norlia Ghani
28 Ismail Mahmud Norsiati
29 Jamil Sulong Norzie Nani
30 J. B Yusof Rina Hasyim
31 Jins Shamsudin Rohaya Rahman
32 Kamal Idris Roseyatimah
33 Kamarul Ariffin Roslina Hamid
34 Karim Latiff Rosnani Jamil
35 Latiff Borgiba Rozana M. Osman
36 Mahmud June Ruminah Sidek
37 M. Amin Saadiah
38 M. Suki Salmah Ahmad
39 M. Shahdan Saloma
40 Mokhtaruddin Sarimah Ahmad
41 Mustapha Maarof Sharifah Hanim
42 Nasran Nawi Sharifah Shalina Syed Abdullah
43 Noor Jinn Siput Sarawak
44 Nyak Othman Sophia Ibrahim
45 Omar Rojik Suriya Kumari
46 Osman Md. Amin Teh Faridah
47 P. Ramlee Uji Rashid
48 Raden Sudiro Umi Kalthum
49 Rahman B. Vera Wee
50 Raja Khalid Wan Chik Daud
51 R. Jaafar Zaharah Agus
52 Salleh Ghani
53 Sam Bimbo
54 Sharif Babu
55 Sivapakiam Dharmalinggam
56 S. Kadarisman
57 S. Roomai Noor
58 S. Rosley
59 Sony Abdullah
60 Tamam Idris
61 Tony Azman
62 Ucok Harahap
63 Omar Shariff
64 VI Stanley
65 Yem
66 Yusuff Bujang
67 Yusof Haslam
68 Yusof Latiff
69 Zulkifli M. Osman
70 Zulkifli Zain

Senarai filem terbitan[sunting | sunting sumber]

Era filem hitam dan putih[sunting | sunting sumber]

Bilangan Tajuk asal Tahun Pengarah
1 Tun Tijah 1960 L. Krishnan
2 Abu Nawas 1961 A. R. Tompel
3 Keris Sempena Riau 1961 L. Krishnan
4 Selendang Merah 1962 L. Krishnan
5 Siti Payong 1962 Salleh Ghani
6 Ratapan Ibu 1962 L. Krishnan
7 Tangkap Basah 1963 Salleh Ghani
8 Fajar Menyinseng 1963 L. Krishnan
9 Ibu Ayam 1963 Salleh Ghani
10 Anak Manja 1963 Salleh Ghani
11 Jambatan Maut 1963 M. Yatim
12 Tun Mandan 1964 Salleh Ghani
13 Jauh Di Mata 1964 Fred Young
14 Si Tora Harimau Jadian 1964 P. Ramlee
15 Ragam P. Ramlee 1965 P. Ramlee
16 Hujan Darah 1965 Salleh Ghani
17 Dajal Suchi 1965 Dhiresh Ghosh
18 Masam Masam Manis 1965 P. Ramlee
19 Bumiputra 1965 Dhiresh Ghosh
20 Sabaruddin Tukang Kasut 1966 P. Ramlee
21 Gadis Langkawi 1966 Dhiresh Ghosh
22 Do Re Mi 1966 P. Ramlee
23 Nasib Do Re Mi 1966 P. Ramlee
24 Sesudah Suboh 1967 P. Ramlee
25 Keluarga 69 1967 P. Ramlee
26 Anak Bapak 1968 P. Ramlee
27 Gerimis 1968 P. Ramlee
28 Lain Jalan Ka-Shorga 1968 Jamil Sulong
29 Amok Tok Nading 1968 S. Kadarisman
30 Miang Miang Keladi 1968 Omar Rojik
31 Ahmad Albab 1968 P. Ramlee
32 Pendekar Empat 1968 S. Kadarisman
33 Teratai 1968 Omar Rojik
34 Kanchan Tirana 1969 P. Ramlee
35 Tunggal 1969 S. Kadarisman
36 Bukan Salah Ibu Mengandong 1969 Jins Shamsudin
37 Lanang Sejagat 1969 Omar Rojik
38 6 Jahanam 1969 P. Ramlee
39 Panglima Harimau Berantai 1969 S. Kadarisman
40 Di Belakang Tabir 1969 Jins Shamsudin
41 Keranda Jingga 1969 Omar Rojik
42 Kembang Layu 1970 S. Kadarisman
43 Dr. Rushdi 1970 P. Ramlee
44 Perintah Seri Paduka 1970 S. Kadarisman
45 Tuah Badan 1970 Omar Rojik
46 Filem Gelora 1970 P. Ramlee
47 Pancha Indera Harimau Berantai 1970 S. Kadarisman
48 Kalau Berpaut Di Dahan Rapoh 1971 Omar Rojik
49 Asmara Kirana 1971 Nas Achnas
50 Khudrat 1971 S. Kadarisman
51 Putus Sudah Kaseh Sayang 1971 P. Ramlee
52 Durjana 1971 Omar Rojik
53 Pedang Sakti 1971 S. Sudarmaji
54 Darma Kesuma 1967 S. Kadarisman
55 Jangan Tinggal Daku 1971 P. Ramlee
56 Hutang Darah 1972 S. Kadarisman
57 Belang Pertanda 1972 S. Sudarmaji
58 Angkara 1972 Omar Rojik
59 Laxmana Do Re Mi 1972 P. Ramlee
60 Dang Lenggang 1972 S. Kadarisman
61 Chengkaman Maut 1972 S. Sudarmaji
62 Anakku Suamiku 1972 Omar Rojik
63 Pendekar Sakti 1972 S. Kadarisman
64 Satria 1973 Omar Rojik
65 Semerah Cindai 1973 Omar Rojik
66 Darah Panglima 1973 S. Kadarisman
67 Dosa Remaja 1973 Nas Achnas
68 Ganjaran 1973 Omar Rojik
69 Terbabas 1973 S. Kadarisman
70 Semambu Kuning 1973 Omar Rojik
71 Bunga Mas 1973 Nas Achnas
72 Kelana 1973 S. Kadarisman
73 Puaka 1974 Omar Rojik
74 Penyamun Si Bongkok 1974 M. Amin
75 Bujang Tua S. S 1974 S. Kadarisman
76 Jantina 1974 Nas Achnas
77 Anak Setan 1974 Omar Rojik
78 Mastura 1974 Nas Achnas
79 Satu Penentuan 1974 M. Amin
80 Si Buta 1975 Omar Rojik
81 Loceng Maut 1977 Nas Achnas

Era filem berwarna[sunting | sunting sumber]

Bilangan Tajuk asal Tahun Pengarah
1 Pertiwi 1975 M. Amin
2 Permintaan Terakhir 1975 Jamil Sulong
3 Rahsia Hatiku 1975 Nas Achnas
4 Jiwa Remaja 1975 Jamil Sulong
5 Semalam Di Malaysia 1975 Nico Pelamonia
6 Sayang Anakku Sayang 1976 Jamil Sulong
7 Cinta Dan Lagu 1976 Jamil Sulong
8 Adik Manja 1980 Othman Hafsham

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967)". Dicapai pada 9 Disember 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]