Saeb Erekat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saeb Erekat
صائب محمد صالح عريقات
Erekat semasa berada di London pada Disember 2014
Anggota Parlimen Palestin
untuk Jericho
Dalam jawatan
20 Januari 1996 – 10 November 2020
Majoriti31,501
Butiran peribadi
LahirSaeb Muhammad Salih Erekat
(1955-04-28)28 April 1955
Abu Dis, Tebing Barat
Meninggal dunia10 November 2020(2020-11-10) (umur 65)
Pusat Perubatan Hadassah, Jerusalem Barat
KerakyatanPalestin
Parti politikFatah
PasanganNiemeh Arekat
Anak-anak4
SaudaraNoura Erakat (anak saudara perempuan)
Yousef Erakat (anak saudara lelaki)
KediamanJericho
Alma materKolej Bandar San Francisco, Universiti Negeri San Francisco dan Universiti Bradford

Saeb Muhammad Salih Erekat (Arab: صائب محمد صالح عريقات Ṣāʼib ʻUrayqāt; juga dikenali dengan ʻRēqāt, Erikat, Erakat, Arekat; 28 April 1955 – 10 November 2020) merupakan seorang ahli politik dari Palestin. Beliau juga berperanan sebagai seorang diplomat atau Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sejak dari tahun 2015.[1][2] Beliau berkhidmat sebagai ketua Jawatankuasa Pemandu dan Pemantauan PLO hingga 12 Februari 2011, dilantik sebagai ketua perunding di dalam Perjanjian Oslo dengan Israel, dan kekal menjadi ketua perunding dari tahun 1995 hingga Mei 2003, sebelum mengundurkan diri sebagai ekoran daripada protes pemerintah Palestin. Beliau berdamai dengan parti dan dilantik semula ke jawatan itu pada bulan September 2003.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Abu Dis dan berasal dari etnik Howeitat. Semasa berusia 12 tahun, beliau telah ditahan oleh tentera Israel atas dakwaan menulis grafiti anti-pekerjaan, mengedarkan risalah dan melempar batu ke negara Israel.

Pada tahun 1972, Erekat berpindah ke San Francisco, California, untuk menyambung pengajian di kolej komuniti. Beliau menghabiskan masa selama dua tahun di City College of San Francisco. Beliau kemudian berpindah ke Universiti Negeri San Francisco. Di sana, Erekat memperolehi Ijazah Sarjana Muda (BA) dalam bidang hubungan antarabangsa (pada tahun 1977) dan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang sains politik (pada tahun 1979). Beliau menamatkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kajian keamanan dan konflik di Universiti Bradford, England (pada tahun 1983).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Erekat berkahwin dengan Neameh, dan dikurniakan empat (4) orang cahaya mata dua (2) orang pasangan kembar perempuan iaitu Dalal dan Salam; dan dua (2) orang lelaki, Ali dan Muhammad.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah memperoleh Ijazah Kedoktoran di England, Erekat berpindah ke Nablus, Tebing Barat untuk berkhidmat sebagai pensyarah di dalam bidang sains politik di Universiti Kebangsaan An-Najah dan juga berkhidmat selama 12 tahun sebagai lembaga editor akhbar, Al-Quds.

Politik[sunting | sunting sumber]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Kesihatan dan meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mei 2012, Erekat dimasukkan ke hospital di Ramallah setelah mengalami serangan jantung.[3]

Pada 12 Oktober 2017, beliau menjalani pemindahan paru-paru di Hospital Inova Fairfax di Virginia Utara, Amerika Syarikat.[4]

Erekat yang menderita fibrosis paru-paru [5] dan telah diuji positif menghidap COVID-19 pada 9 Oktober 2020.[6]

Pada 18 Oktober 2020, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Hadassah Ein Karem di Yerusalem dalam keadaan kritikal.[7]Pada 21 Oktober 2020, anak perempuannya memberitahu di laman sosial Twitter bahawa ayahnya akan menjalani pemeriksaan bronkostomi untuk memeriksa keadaan sistem pernafasannya.[8]

Erekat meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 pada 10 November 2020 pada usia 65 tahun.[9]  

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saeb Erekat (Secretary General)". ECFR.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Saeb Erekat | The Guardian". the Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2020. Dicapai pada 23 June 2020.
  3. ^ "Top Palestinian peace negotiator Saeb Erekat suffers heart attack". The Independent. 8 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2017. Dicapai pada 5 August 2017.
  4. ^ "Palestinian negotiator Erekat undergoes successful lung transplant surgery – Arab Israeli Conflict – Jerusalem Post". www.jpost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2019. Dicapai pada 19 November 2019.
  5. ^ "His Health Crisis Made Public, Palestinian Envoy Pushes On". The New York Times. 2 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 10 November 2020.
  6. ^ "Palestinian negotiator Erekat facing 'difficult' coronavirus symptoms". Reuters. 9 October 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2020. Dicapai pada 16 October 2020.
  7. ^ "Senior PLO official Saeb Erekat taken to hospital as Covid-19 condition worsens". NBC News. 18 October 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2020. Dicapai pada 18 October 2020.
  8. ^ "Palestinian official Erekat undergoes bronchostomy". Associated Press. 21 October 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 October 2020. Dicapai pada 21 October 2020.
  9. ^ "Saeb Erekat dies after coronavirus infection". DW. 10 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2020. Dicapai pada 10 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]