Said ibn Zayd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Said bin Zayd (Bahasa Arab: سعيد بن زيد‎) adalah salah seorang sahabat Nabi dari kalangan Muhajirin. Beliau merupakan salah seorang 10 sahabat Rasulullah yang dijamin akan masuk ke syurga.

Beliau berkahwin dengan Fatimah binti al-Khattab, adik Umar Al-Khattab.

Peristiwa Saidina memeluk Islam berlaku di rumah Said. Saidina Umar mendengar Said dan isteri sedang membaca Al-Quran. Saidina Umar amat marah lalu memukul Said dan Fatimah. Apabila melihat Fatimah tercedera, Saidina Umar merasa kasihan lalu meminta lembaran Al Quran yang dibaca oleh Said. Pada awalnya Said enggan menyerahkannya tetapi akhirnya menyerahkannya. Hati Saidina Umar menjadi lembut apabila membaca ayat tersebut lalu pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk memeluk Islam.

Sebelum perang Badar, Rasulullah SAW menghantar Said menguruskan satu misi penting ke luar Madinah sehingga ia tidak ikut dalam perang tersebut. Oleh sebab perkara tersebut, Rasulullah SAW tetap memberinya bahagian dari hasil rampasan perang Badar. Selain perang Badar, Said tidak pernah ketinggalan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.

Said juga mengikuti dalam peperangan Yarmuk, pengepungan Kota Damaskus dan pembebasanya. Said juga pernah diangkat sebagai komandan perang di Kota Damaskus.

Said meninggal dunia di Al-Aqiq, sebuah daerah yang berhampiran dengan Kota Madinah pada tahun 51 H. Jasadnya dimakamkan di Kota Madinah.