Nabi Muhammad SAW

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rasulullah)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Muhammad Bin Abdullāh
مُحَمَّد بِن عَبْد الله
Muhammad2.png
Nama Muhammad dalam seni khat.
Kelahiran
Muhammad bin Abdullah

12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571)
Meninggal dunia8 Jun 632
Madinah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi)
Sebab kematianSakit (demam panas)
DikebumikanMakam محمد كان آخر نبي di Masjid Nabawi, Madinah
Nama lainAl-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim
Terkenal keranaIslam
Pasangan
  • Khadijah binti Khuwailid (555-619)
  • Saudah binti Zam'ah (619-632)
  • Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq (619-632)
  • Hafsah binti Umar Al-Khattab (624-632)
  • Zainab binti Khuzaimah (625-627)
  • Zainab binti Jansyin (627-632)
  • Juwairiah binti Al-Harith (628-632)
  • Ramlah binti Abu Sufian (628-632)
  • Hindun binti Abi Umaiyah (629-632)
  • Raihanah binti Zaid (629-631)
  • Safiyah binti Huyay (629-632)
  • Maimunah binti Al-Harith (630-632)
  • Maria al-Qibtiyyah (630-632)
Ibu bapaAyah: Abdullah bin Abdul Muttalib
Ibu: Āminah bt Wahab
SaudaraAhlul Bait
Mohor Muhammad

Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: مُحَمَّد بِن عَبْد الله; disebut [mʊħɑmmæd]  (Speaker Icon.svg dengar)) (570 M-8 Jun 632 M)[1] merupakan seorang pemimpin agama, sosial, dan politik Arab dan pengasas agama Islam sedunia.[2] Menurut doktrin ajaran Islam, baginda merupakan seorang nabi, diwahyukan oleh Tuhan untuk berdakwah dan mengesahkan ajaran tauhid Adam, Ibrahim, Musa, Isa, dan nabi-nabi yang lain.[3][4][5][6] Baginda dipercayai oleh umat Islam sebagai nabi yang terakhir menurut semua cabang utama Islam, kecuali gerakan Ahmadiyah moden yang menyimpang dari kepercayaan ini.[n 1] Muhammad menyatukan Arab menjadi satu negara Islam, dan menjadikan al-Quran serta ajaran dan amalannya sebagai asas kepercayaan agama Islam.

Muhammad dilahirkan kira-kira pada tahun 570 masihi di kota Mekah.[7] Baginda merupakan anak kepada Abdullah ibn Abd al-Muthalib dan Aminah binti Wahb. Ayahnya merupakan anak kepada ketua suku Quraisy, Abd al-Muttalib ibn Hasyim, dan beliau meninggal beberapa bulan sebelum kelahiran Muhammad. Ibunya Aminah meninggal dunia ketika Muhammad berumur enam tahun, meninggalkan baginda sebagai seorang anak yatim piatu.[8] Baginda dibesarkan di bawah jagaan datuknya, Abd al-Muttalib, dan bapa saudara sebelah bapanya, Abu Talib.[9] Pada tahun-tahun berikutnya, baginda secara berkala akan mengasingkan diri di sebuah gua gunung bernama Hira untuk merenung dan berdoa. Ketika baginda berumur 40 tahun, Muhammad melaporkan baginda telah dikunjungi oleh Jibril di dalam gua tersebut[7][10] dan menerima wahyu pertamanya daripada Tuhan. Pada tahun 613,[11] Muhammad mula mendakwahkan wahyu ini secara terbuka,[12] menyatakan bahawa "Tuhan Maha Esa", bahawa "penyerahan" ( islām ) sepenuhnya kepada Tuhan [13] adalah cara hidup yang betul ( dīn ),[14] dan bahawa baginda merupakan seorang nabi utusan Tuhan, sama seperti nabi-nabi lain dalam Islam.[15][16] [17]

Pengikut Muhammad pada mulanya sedikit bilangannya, dan mengalami tentangan daripada golongan musyrikin Mekah selama 13 tahun. Demi melarikan diri dari penganiayaan yang berterusan, baginda menghantar beberapa pengikutnya ke Habsyah pada tahun 615, sebelum baginda sendiri dan pengikutnya berhijrah dari Mekah ke Madinah (yang sebelum ini dikenali sebagai Yathrib) selepas itu pada tahun 622. Peristiwa tersebut, Hijrah, menandakan permulaan kalendar Islam, juga dikenali sebagai Kalendar Hijrah. Muhammad menyatukan puak-puak di Madinah melalui Perlembagaan Madinah. Pada Disember 629, selepas lapan tahun pertempuran berselang-seli dengan puak-puak di Mekah, Muhammad mengumpulkan 10,000 tentera mualaf dan berarak ke kota Mekah. Penaklukan tersebut kurang mendapat tentangan dan Muhammad berjaya merampas kota itu dengan sedikit pertumpahan darah. Pada tahun 632, beberapa bulan selepas pulang dari Haji Perpisahan, baginda jatuh sakit dan meninggal dunia. Pada masa kematiannya, sebahagian besar Semenanjung Arab telah memeluk Islam.[18] [19]

Wahyu yang Muhammad terima sehingga kematiannya membentuk ayat-ayat al-Quran, yang dianggap oleh umat Islam sebagai "Firman Tuhan" yang menjadi asas agama Islam. Selain Al-Quran, ajaran dan amalan Muhammad (sunnah), yang terdapat dalam Hadis dan kesusasteraan sirah (biografi), juga digunakan sebagai sumber hukum Islam (lihat Syariah).

Masa remaja[sunting | sunting sumber]

Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda mengamalkan ajaran-ajaran nabi terdahulu terutamanya Nabi Isa Al-Masih. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Berumahtangga[sunting | sunting sumber]

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Maria al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Menurut rekod Muhammad mempunyai 13 orang isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman".

Bapa dan ibu saudara Muhammad[sunting | sunting sumber]

Kerasulan[sunting | sunting sumber]

Gua Hira tempat pertama kali Muhammad memperoleh wahyu.

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal al-Nour untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering bertapa serta berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610),[20] ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Muhammad dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Muhammad sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Marhalah dakwah Muhammad[sunting | sunting sumber]

Marhalah dakwah baginda boleh dibahagikan mengikut fasa:[21]

  1. Fasa Makkah: hampir 13 tahun
    1. Dakwah rahsia: 3 tahun
    2. Dakwah terbuka di Makkah: hampir 7 tahun
    3. Dakwah kepada semua: 3 tahun
  2. Fasa Madinah: 10 tahun

Perjuangan dakwah Muhammad juga boleh diringkaskan sebagai berikut:

  • Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
  • Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
  • Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.












didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Muhammad Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-

  • Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
  • Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Cabaran-cabaran[sunting | sunting sumber]

Apabila Muhammad menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

Hijrah[sunting | sunting sumber]

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Muhammad dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Muhammad dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Muhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Muhammad untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Muhammad akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Muhammad, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Muhammad akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah[sunting | sunting sumber]

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Muhammad umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

Meneladani perbuatan Muhammad[sunting | sunting sumber]

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Muhammad dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Muhammad maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Muhammad, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Muhammad, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا

Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Muhammad, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

Pesanan terakhir Muhammad (Isi khutbah terakhir Muhammad)[sunting | sunting sumber]

Ketika Muhammad mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Muhammad itu ialah:


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Kronologi perkembangan Islam[sunting | sunting sumber]

Perkataan "محمد" di dalam Al-Quran[sunting | sunting sumber]

Dalam Surah Al-Saf ayat ke-6, disebut "احمد" yang bermaksud Yang Terpuji = "محمد"

Terlalu banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran berkaitan dengan Muhammad, tetapi Allah menyebut dengan panggilan yang lain seperti " يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ " ( Wahai Nabi ), "بَشِيرً" [ Pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) ], "شَاهِدً" ( Saksi ), "نَذِيرٌ" [ Pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ( ingkar ) ) ], "مُذَكِّرٌ" ( Pemberi ingatan ), "نُورٌ" [ Cahaya ( kebenaran ) ], "خَاتَمَ النَّبِيِّينَ" ( Kesudahan Nabi-Nabi). Muhammad kadang-kadang dipangil dengan sebutan yang diperoleh dari keadaan/masa ketika Baginda ditujukan: maka Baginda di panggil "الْمُدَّثِّرُ","الْمُزَّمِّلُ" ( Yang berselimut ), dll.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elizabeth Goldman (1995), p. 63 gives 8 June 632, the dominant Islamic tradition. Many earlier, mainly non-Islamic traditions refer to him as still alive at the time of the invasion of Palestine. See Stephen J. Shoemaker,The Death of a Prophet: The End of Muhammad's Life and the Beginnings of Islam, University of Pennsylvania Press, 2011.
  2. ^ "Muḥammad". The Oxford Encyclopedia of the Islamic World. Oxford: Oxford University Press. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2017. The Prophet of Islam was a religious, political, and social reformer who gave rise to one of the great civilizations of the world. From a modern, historical perspective, Muḥammad was the founder of Islam. From the perspective of the Islamic faith, he was God's Messenger (rasūl Allāh), called to be a "warner," first to the Arabs and then to all humankind.
  3. ^ "Muḥammad". The Oxford Encyclopedia of the Islamic World. Oxford: Oxford University Press. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2017. The Prophet of Islam was a religious, political, and social reformer who gave rise to one of the great civilizations of the world. From a modern, historical perspective, Muḥammad was the founder of Islam. From the perspective of the Islamic faith, he was God's Messenger (rasūl Allāh), called to be a "warner," first to the Arabs and then to all humankind.
  4. ^ Esposito (2002b), pp. 4–5.
  5. ^ Peters, F.E. (2003). Islam: A Guide for Jews and Christians. Princeton University Press. m/s. 9. ISBN 978-0-691-11553-5.
  6. ^ Esposito, John (1998). Islam: The Straight Path (3rd ed.). Oxford University Press. m/s. 9, 12. ISBN 978-0-19-511234-4.
  7. ^ a b Conrad, Lawrence I. (1987). "Abraha and Muhammad: some observations apropos of chronology and literary topoi in the early Arabic historical tradition1". Bulletin of the School of Oriental and African Studies. 50 (2): 225–40. doi:10.1017/S0041977X00049016.
  8. ^ "Early Years". Al-Islam.org (dalam bahasa Inggeris). 18 October 2012. Dicapai pada 18 October 2018.
  9. ^ Watt (1974), p. 7.
  10. ^ Encyclopedia of World History (1998), p. 452
  11. ^ Howarth, Stephen. Knights Templar. 1985. ISBN 978-0-8264-8034-7 p. 199
  12. ^ Muhammad Mustafa Al-A'zami (2003), The History of The Qur'anic Text: From Revelation to Compilation: A Comparative Study with the Old and New Testaments, pp. 26–27. UK Islamic Academy. ISBN 978-1-872531-65-6.
  13. ^ "Islam: An Overview – Oxford Islamic Studies Online". www.oxfordislamicstudies.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 July 2018.
  14. ^ "Dīn". The Oxford Encyclopedia of the Islamic World. Oxford: Oxford University Press. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2017. A second important aspect of the meaning of the term emerges in Meccan revelations concerning the practice of the Prophet Abraham. Here it stands for the straight path (al-dīn al-ḥanīf) toward which Abraham and other messengers called the people [...] The Qurʿān asserts that this was the path or practice followed by Abraham [...] In the final analysis, dīn encompasses social and spiritual, as well the legal and political behaviour of the believers as a comprehensive way of life, a connotation wider than the word "religion."
  15. ^ F.E. Peters (2003), p. 9.
  16. ^ Esposito (1998), p. 12; (1999) p. 25; (2002) pp. 4–5
  17. ^ "Muḥammad". Encyclopaedia of Islam. 7 (ed. 2nd). Brill. 1993. m/s. 360–376. ISBN 978-90-04-09419-2.
  18. ^ "Muhammad", Encyclopedia of Islam and the Muslim world
  19. ^ See:
  20. ^ "In the Shade of the Message and Prophethood". Ar-Raheeq Al-Makhtum. m/s. 68.
  21. ^ "In the Shade of the Message and Prophethood". Ar-Raheeq Al-Makhtum. m/s. 76.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]




Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "n" ada tetapi tag <references group="n"/> yang sepadan tidak disertakan