Salju Sakinah (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Salju Sakinah adalah merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Zaid Akhtar yang bertajuk sama yang disiarkan sebanyak 13 episod bermula 11 November 2014 pada setiap hari Selasa jam 10 malam di saluran Astro TV AlHijrah.

Salju Sakinah
GenreIslamik
Keluarga
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Salju Sakinah karya Zaid Akhtar
PenciptaZaid Akhtar
Ditulis olehZabidi Mohamed
PengarahHazreen Hakim
Dibintangi oleh
Raja Farah
Yus Waisar
Kay Khydir
Balkisyh S. Khan
Aizad Rosli
Shajiry Damery
Liza Zain
Lagu pembukaan"Tahajjud Cinta" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza
Lagu penutup"Tahajjud Cinta" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza
PenggubahEirma Fatima
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifHaji Kapten Mohd Rosli Yahya
Hajah Halimah Haji Nawang
PenerbitJurey Rosli
Hamzah Mohd Noor
LokasiJohor
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran45 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
World Evolution (M) Brain Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV AlHijrah
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal11 November 2014 – 2 Februari 2015

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah Sumayyah yang belajar di Universiti Yarmouk Jordan. Dari situ kisah berkisar tentang cara hidup mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang belajar di Jordan. PERMAYA - persatuan pelajar malaysia yang hidup dengan penuh tanggung jawab dan forum-forum diadakan dari semasa ke semasa.

Sumayyah pula di tahun akhir dan dia merupakan bekas ketua mahasiswi PERMAYA yang tegas dan lantang ketika berforum tetapi masih lagi dalam norma-norma mahasiswa islami. Di penghujung peperiksaan, dia mendapat keputusan lulus dan balik ke Malaysia. Pada waktu itu juga dia telah dengan tidak sengaja bertemu dengan Naufal yang berkopiah Raihan. (manis juga jalan cerita ni, dan sangat romantik dalam bentuk2 islami).

Bila pulang ke tanahair, tempat lahirnya di Batu Pahat, dia terpaksa mendepani situasi sulit, dimana dia telah kehilangan ayahnya, dan dia terpaksa juga meneruskan perniagaan kerepek usaha ayahnya. Sambil itu dia juga mendapat undangan berceramah agama setelah dipinta oleh ustazah Samihah, ustazah yang pernah mengajarnya. Dari sini dia telah bertemu semula Luqman (anak Ustazah Samihah) yang meminatinya sejak dari sekolah menengah. Luqman juga berasal dari sekolah agama dan sekarang menjadi pensyarah di Bangi.

Sementara itu, kemelut keluarga terpaksa dihadapi, di mana kak longnya Safiah dan suami disyakki mengikut ajaran sesat Tok Ayah Mit. Malang sekali cerita ini diakhiri dengan kematian Tok Ayah Mit dan suami Safiah akibat disambar kilat di atas bukit Teguh.. (kematian yang tragis!). Kesudahan cerita yang terperanjat juga!. Kak Ngah nya pula kematian tunangan, dalam kemalangan..... sedih dan tragis.

Kemudian Sumayyah disunting Luqman tetapi setelah istikharah, dia masih belum mendapat petunjuk, sehinggalah dia mengunjungi majlis perkahwinan Hakimah dan Hakimi di Melaka, dan dia mendapati dia telah gagal satu subjek di Universiti Yarmouk itu.

Dia kembali ke Jordan, dan di sini lah bermula kisah cinta Sumayyah dan Naufal. Secara begitu islamik, Sumayyah disunting Naufal melalui Hakimi dan Hakimah, dan dia serasa begitu tersentuh dan menerimanya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]