Raja Farah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Farah
Kelahiran Raja Farah Raja Aziz
(1988-07-05) 5 Julai 1988 (umur 29)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2001 - sekarang
Ketinggian 1.63 m (5 ka 4+316 in)
Pasangan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria (2010 – 2015; bercerai)
Iskandar Ismail (berkahwin 2015)
Anak Imran Iskandar (2016)

Raja Farah Raja Aziz (lahir 5 Julai 1988 [nota 1] ), atau lebih dikenali sebagai Raja Farah merupakan seorang pelakon dan juga model dari Malaysia.

Di kenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.

Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskandar dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

Pada tahun 2010 beliau telah menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan mantapnya sebagai gadis sosialis dalam filem Haq di Festival Filem Malaysia ke-23.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau di lahirkan pada 5 Julai 1988 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak ketiga dari empat beradik. Beliau dikatakan berketurunan Raja Jembal dari Kelantan.

Farah mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Farah telah bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada Mei 2015, Farah sah bercerai talak satu dengan suami beliau. Mereka tidak mempunyai zuriat sepanjang hasil perkahwinan mereka. [1]

Pada 6 September 2015, Farah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan , Iskandar Ismail dengan sekali lafaz. Beliau turut menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah, di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal. Mereka sebelum ini telah bertunang pada 9 Ogos 2015. [2] [3]

Raja Farah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 3.55 pagi, Rabu , 10 Ogos 2016. Berita gembira ini diberitahu menerusi Instagram miliknya memaklumkan bayi seberat 3.16 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Imran Iskandar. [4] [5]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Salon (3 November 2005)
  • Akuarium Cinta
  • Anak Halal
  • Apa Kata Hati
  • Lagenda Budak Setan
  • Aku Masih Dara
  • Haq

Siri drama TV[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Firdausi Cinta sebagai Ros

Program TV[sunting | sunting sumber]

  • Assalammualaikum (2017) pengacara TV Alhijrah

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Elyana dan Juliana Evans yang juga dilahirkan pada 5 Julai, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Elyana lahir pada 5 Julai 1987, manakala Raja Farah lahir pada 5 Julai 1988 dan Juliana Evans lahir pada 5 Julai 1989.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ FERIDE HIKMET ATAK (10 Ogos 2015). Usaha Rujuk Gagal, Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Kahwin. mStar
  2. ^ 7 September 2015, ditulis oleh Kemalia Othman. Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami Masa Bertunang Bersebab - Hiburan. mStar
  3. ^ 6 September 2015, ditulis oleh Kemalia Othman. Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan - Hiburan. mStar
  4. ^ 10 Ogos 2016 oleh MOHD AL QAYUM AZIZI. Raja Farah Selamat Bersalin Bayi Lelaki - Hiburan. mStar
  5. ^ 25 september 2016 oleh Zaidi Mohamad. Raja Farah belum sedia kongsi wajah anak sulung. Bharian

Pautan luar[sunting | sunting sumber]