Salleh Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salleh Ibrahim
Maklumat peribadi
Nama penuh Salleh bin Ibrahim
Tarikh lahir (1947-11-01)1 November 1947
Tempat lahir Ketereh, Malayan Union (kini Malaysia)
Tarikh kematian 8 Mac 2020(2020-03-08) (umur 72)
Tempat kematian Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
Jabatan Penjara
1963–1964 Kelantan FA
1965–1970 Singapore FA
1971–1972 Kelantan FA
1973–1980 Perak FA
Pasukan kebangsaan
1970–1978 Malaysia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Salleh bin Ibrahim (1 November 1947 – 8 Mac 2020) ialah pemain bola sepak Malaysia.[1] Beliau berkerja sebagai pegawai penjara (bola sepak di Malaysia masih belum profesional pada ketika itu) sambil mewakili Jabatan Penjara, Kelantan FA, Perak FA dan Singapore FA semasa kerjaya bola sepaknya.[2] Beliau juga bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia serta bertanding dalam kejohanan lelaki ketika Sukan Olimpik Musim Panas 1972.[3] Beliau mendapatkan mata sebanyak 3-0 lantas menang melawan Amerika Syarikat dalam peringkat kumpulan.[4]

Beliau telah meninggal dunia pada hari Ahad 8 Mac 2020 pukul 12.30 tengah hari di kediamannya di Pengkalan Chepa selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selama seminggu akibat penyakit bengkak hati.[5] Jenazah beliau telah disembahyangi pada hari yang sama di Masjid Pengkalan Chepa selepas solat Asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Landak, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Beliau meninggalkan seorang balu serta enam orang anak.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Salleh Te're 'hilang nyawa' naik Concorde". BH Online. Dicapai pada 12 November 2018.
  2. ^ nazmi. "Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia—Salleh Ibrahim". jpmportal.prison.gov.my. Dicapai pada 12 November 2018.
  3. ^ "Ibrahim Salleh Olympic Results". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-16. Dicapai pada 24 October 2018.
  4. ^ FIFA.com. "Olympic Football Tournament Munich 1972 - Malaysia 3:0 (1:0) USA—Overview—FIFA.com". FIFA.com. Dicapai pada 12 November 2018.
  5. ^ Bernama (9 Mac 2020). "Salleh Ibrahim generasi emas sukar disaingi: Kafa". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  6. ^ Zulfaizan Mansor (8 Mac 2020). "Penjaring gol di Sukan Olimpik sudah tiada". BH Online. Dicapai pada 9 Mac 2020.