Sinar Harian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sinar Harian
SinarHarian Cover.png
Halaman muka depan edisi Selangor & KL
JenisAkhbar harian
FormatKompak
Diasaskan31 Mac 2006
Pemihakan politikBebas[petikan diperlukan]
BahasaBahasa Melayu
Ibu pejabatShah Alam, Selangor
Edaran150,000
PemilikKumpulan Karangkraf Sdn Bhd
PenerbitUltimate Print Sdn Bhd
PenyuntingAbdul Jalil Ali
Laman sesawangwww.sinarharian.com.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia pertama kali diterbitkan pada 31 Mac 2006 untuk pasaran negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, Edisi Selangor dan Kuala Lumpur juga diedarkan di sekitar Lembah Kelang, Edisi Melaka & Negeri Sembilan, Edisi Perak serta Edisi Utara untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Akhbar ini diterbitkan lima hari seminggu iaitu dari Isnin hingga Jumaat.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Telus dan Tulus". Akhbar ini mempunyai 48 halaman ( sebelum era Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 ) kini hanya 40 halaman dan berharga "samah" atau 50 sen sahaja di awal keluarannya. Namun kini, ia berharga RM1.50. Mulai Jun 2018, Sinar Harian Edisi Negeri telah berubah wajah, sekaligus menampailkan edisi baharu , Edisi Tengah ( Selangor , Kuala Lumpur dan Pahang Darul Makmur ), Edisi Utara ( Perlis , Kedah, Pulau Pinang dan Perak Darul Ridzuan . Manakala Edisi Selatan merangkumi negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Edisi Timur pula khas buat negeri Kelantan dan Terengganu. Ia memaparkan berita semasa , nasional selain sukan, mahkamah / jenayah , wanita , Sinar Xtra dan global.

Sinar Harian juga mempunyai keunikan tersendiri apabila mempunyai segmen komik ringkas khas yang diberi nama Ek Eleh, selain mempunyai ruangan khas untuk Wacana Sinar Harian dan Wacana Al Quran. Sinar Harian juga mempunyai ruangan khas bagi sebarang promosi pengiklanan dan kolum penulis terkemuka selain pendapat awam di kolum Iklaneka , Aduan dan Addin.

Ia dicetak dan diterbitkan oleh Ultimate Print Sdn Bhd[1] yang berpengkalan di Shah Alam , Selangor Darul Ehsan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sinar Harian pertama kali diterbitkan pada Ogos 2006, yang edarannya hanya merangkumi negeri Kelantan dan Terengganu. Pada April 2007, Edisi Pahang pula menyusul. Sebelum itu, Edisi Kelantan dipisahkan dengan Terengganu untuk lebih ruang laporan daerah mereka. Hujung tahun 2007, Edisi Selangor dan Wilayah Persekutuan pula diterbitkan. Setahun kemudian, Sinar harian diterbitkan pula di Negeri Sembilan dan Melaka serta di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Edisi Perak mula diterbitkan pada Januari 2009. Pada 18 Jun 2010, edisi semenanjung terakhir iaitu Edisi Johor diterbitkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]