Pergi ke kandungan

Salomon Kalou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salomon Kalou
Maklumat peribadi
Nama Penuh Salomon Armand Magloire Kalou
Tarikh Lahir (1985-08-05) 5 Ogos 1985 (umur 41)
Tempat Lahir Oumé, Côte d'Ivoire
Tinggi 1.86 m (6 ka 1 316 in)
Posisi pemain Winger
Maklumat kelab
Kelab Terkini Chelsea
Nombor 21
Kerjaya Remaja
0–2000 Mimosas
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Apps (Gol)
2003–2006 Feyenoord 67 (35)
2004Excelsior (loan) 11 (4)
2006–2012 Chelsea 156 (36)
2012–2014 Lille 67 (30)
2014–2020 Hertha BSC 151 (48)
2020–2021 Botafogo 25 (1)
2022–2024 Arta/Solar7 3 (0)
Jumlah 479 (154)
Pasukan kebangsaan
2007–2017 Côte d'Ivoire 93 (27)
  • Kemunculan kelab senior dan gol-gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Solomon Kalou (lahir 5 Ogos 1985) merupakan bekas pemain bola sepak profesional dari Ivory Coast yang bermain sebagai penyerang atau pemain sayap.

Beliau memulakan karier bersama kelab tempatan ASEC Mimosas. Pada tahun 2003, beliau berpindah ke Feyenoord dan menjadi pemain penting pasukan dalam musim Eredivisie 2004–05 dan 2005–06, dengan menjaringkan 35 gol dalam 67 penampilan. Pada tahun 2006, beliau menyertai Chelsea. Sepanjang enam musim bersama Chelsea, beliau memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara UEFA, empat Piala FA Inggeris dan Piala EFL.

Pada Julai 2012, beliau berpindah secara percuma ke Lille OSC, di mana beliau bermain selama dua musim sebelum menyertai Hertha BSC dengan yuran yang tidak didedahkan. Sepanjang enam musim bersama Hertha, beliau membuat 172 penampilan dan menjaringkan 53 gol. Beliau kemudian bermain satu musim bersama kelab Brazil, Botafogo.

Sebagai pemain antarabangsa penuh untuk Ivory Coast sejak 2007, beliau mengumpul 93 kaps antarabangsa dan mewakili negaranya dalam dua kejohanan Piala Dunia FIFA, enam Piala Negara-Negara Afrika serta Sukan Olimpik 2008. Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Piala Afrika pada 2015 dan menjadi naib juara pada 2012.