Saluran Ansar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ansar.jpg

Ansar Channel yang kini ditukar kepada Alhijrah, terdapat di stesen berbayar MiTV merupakan saluran televisyen pertama yang menawarkan rancangan berunsur Islam dan dakwah sepenuhnya di Malaysia. Rancangan-rancangan yang ditawarkan adalah berbentuk muzikal tempatan dan luar negara, drama, filem, gaya hidup, bual bicara, dokumentari dan sebagainya. Saluran ini terdapat di saluran 10 dalam Citra Bouquet.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

  • Furqan - Sebuah rancangan yang mendalami ilmu-ilmu Tajwid.
  • Hikmah - Rancangan bersiri khas untuk kaum Cina di Malaysia yang beragama Islam untuk mendalami dan mengetahui keindahan agama Islam.
  • Fikir-fikir
  • KAFA - Sebuah rancangan bersiri khas bagi kanak-kanak dalam mengenali asas-asas Muqaddam dan al-Quran serta Fardhu Ain.
  • Hawa - Sebuah rancangan majalah khas untuk wanita yang melibatkan aktiviti-aktiviti dan kemajuan yang diperolehi oleh wanita masa kini.
  • Dunia Islam - Sebuah dokumentari yang mengisahkan mengenai keutuhan etnik Muslim dalam dunia Islam dan menceritakan persamaan dan keseimbangan norma-norma kehidupan umat Islam di seluruh dunia.
  • Real Stor Behind The Iron Curtain
  • Journey Of Enlightment - Mengisahkan sebuah perjalanan seorang musafir dalam mencari keagungan sinar Islam di seluruh negara-negara Islam yang memperlihatkan pertembungan budaya dan adat resam yang berbeza.
  • Kompilasi Klip Video Nasyid
  • Drama Naik Tangga Turun Tangga - sebuah drama yang pernah popular di TV3
  • Wasilah - rancangan kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]