Samgyeopsal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Samgyeopsal
Samgyeopsal sedang dipanggang dengan hirisan bawang dan bawang putih di atas plat panas.
Nama Korea
Hangul삼겹살
Hanja三겹살
Perumian SemakanSamgyeopsal
McCune–ReischauerSamgyŏpsal

Samgyeopsal (삼겹살; Sebutan bahasa Korea: [sʰamɡjʌps͈al]) adalah hidangan Korea yang popular biasanya disaji sebagai makan malam. Ia mengandungi hirisan tebal daging perut babi berlemak. Daging itu biasanya tidak diperap dan tidak diperisakan, dimasak di atas pemanggang di meja makan. Biasanya penjamah akan memanggang daging itu sendiri dan makan terus dari pemanggang. Ia sering dicelup dalam minyak biji bijan dicampur dengan garam dan lada.

Nama[sunting | sunting sumber]

Makna harfiah perkataan ini adalah "tiga (sam; Bahasa Korea: 삼(三)) lapis (gyeop; Bahasa Korea: ) daging (sal;Bahasa Korea: )", merujuk kepada apa yang kelihatan pada daging seperti terdapat tiga lapisan. Seseorang juga boleh menemui ogyeopsal (Bahasa Korea: 오겹살), dengan o bermaksud "lima".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Steele.J (2014, February 28)The Korean Blog:Blogging Korea,Sharing Experience. ZenKimchi. (2006, June 28) The Korean Food Journal. Sue. (2007, January 24) My Korean Kitchen. Oh. (2012, January) Asian- Australasian Journal of Animal Science.