Sangay Ngedup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sangay Ngedup

Lyonpo Sangay Ngedup (lahir 1953) ialah Perdana Menteri Bhutan dari 1999 hingga 2000 dan sekali lagi dilantik pada tahun 2005 hingga 2006. Dia juga ialah Menteri Pertanian Bhutan.

Dalam Bahasa Dzongkha, perkataan Lyonpo bermaksud "Menteri".

Sangay Ngedup dilahirkan di perkampungan Nobgang di Punakha. Dia anak lelaki kedua daripada sebuah keluarga yang terdiri daripada dua lelaki dan lima perempuan. Empat orang daripada kakaknya ialah Permaisuri Bhutan. Dia menamatkan pelajarannya daripada Dr Graham’s Homes di Kalimpong, India, dan berjaya menghabiskan pengajian peringkat tinggi di Kolej St Stephen di New Delhi, India. Pada tahun 1976 dia menyertai perkhidmatan luar negeri Bhutan dan menghadiri kursus diplomatik di Australia dan New Delhi.

Pada tahun 1977, Lyonpo Sangay Ngedup berkhidmat sebagai wakil tetap Bhutan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan kemudian sebagai setiausaha kedua di Kedutaan DiRaja Bhutan di New Delhi. Pada tahun 1989 Lyonpo Sangay Ngedup dilantik menjadi duta ke Kuwait.

Dia dipindahkan sebagai Pengarah Perdagangan dan Industri pada tahun 1989 dan kemudian sebagai setiausaha bersama Suruhanjaya Perancangan pada bulan April 1991. Dia kemudian menjadi Ketua Pengarah Kesihatan pada tahun 1992. Pada tahun 1998 dia menjadi Menteri Kesihatan dan Pelajaran. Dia ialah Menteri Pertanian sejak tahun 2003.

Dia berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 9 Julai 1999 hingga 20 Julai 2000. Pada 5 September 2005 dia dilantik menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan berkhidmat sehingga 7 September 2006.

Lyonpo Sangay Ngedup dianugerahkan Skarf merah oleh Raja Bhutan pada 24 Ogos 1987, dan Skarf jingga pada 1 Januari 1998.

Pada tahun 2002 dia meyertai Berjalan untuk Kesihatan dari Trashigang sehingga ke ibu negara, Thimphu. Acara itu adalah sebahagian daripada usaha beliau untuk mengumpul dana bagi hal kesihatan Bhutan yang bertujuan memberikan khidmat kesihatan percuma di Bhutan.

Didahului oleh
Lyonpo Jigme Thinley
Perdana Menteri Bhutan
9 Julai, 199920 Julai, 2000
Diikuti oleh:
Lyonpo Yeshey Zimba
Didahului oleh
Lyonpo Yeshey Zimba
Perdana Menteri Bhutan
5 September, 20057 September, 2006
Diikuti oleh:
Lyonpo Khandu Wangchuk