5 September
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2023 |
5 September merupakan hari ke-248 (hari ke-249 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 117 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Guru di India.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]



- 1774 – Dalam gerak balas terhadap Parlimen British yang menggubal Akta Tak Terderita, wakil 12 daripada Tiga Belas Jajahan bersidang dalam Kongres Benua Pertama di Philadelphia.
- 1793 – Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi untuk melaksanakan langkah menggerunkan, memulakan Pemerintahan Ganas.
- 1836 – Sam Houston (gambar) dilantik sebagai presiden pertama Republik Texas.
- 1905 – Melalui pengantaraan Presiden A.S. Theodore Roosevelt, Perjanjian Portsmouth ditandatangani di Limbungan Tentera Portsmouth di New Hampshire, Amerika Syarikat, secara rasminya menamatkan Perang Jepun-Rusia.
- 1927 – Watak popular pertama Walt Disney dan Ub Iwerks Oswald the Lucky Rabbit diperkenalkan kepada umum melalui kartun animasi Trolley Troubles.
- 1972 – Peristiwa München: Kumpulan militan Palestin "September Hitam" menculik 11 atlet dan jurulatih Israel di Sukan Olimpik Munich.
- 1977 – NASA melancarkan kuar angkasa lepas Voyager 1 (gambar), kini objek buatan manusia terjauh dari Bumi.
- 2005 – Pesawat Penerbangan Mandala RI 091 terhempas di Medan, Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 140 orang.
- 2012 – Kuar Dawn NASA (gambar konsep) meninggalkan orbit asteroid Vesta, menuju planet kerdil Ceres.
- 2013 – Massif Tamu di dasar Lautan Pasifik, dilaporkan ialah sebuah gunung berapi tunggal, menjadikannya yang terbesar di Bumi.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1946- Freddie Mercury, penyanyi kumpulan Queen