Santa Fe, New Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Santa Fe, New Mexico
Bandar Sante Fe
NegaraAmerika Syarikat
NegeriNew Mexico
Keluasan
 • Jumlah37.4 batu persegi (96.9 km2)
Aras
7,198 ft (2,194 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah83,875
 • Kepadatan2,000/batu persegi (700/km2)
Zon waktuUTC-7 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC-6 (MDT)
Laman sesawanghttp://www.santafenm.gov/

Santa Fe (AFA: /ˌsæntəˈfeɪ/) ialah ibu negeri New Mexico, Amerika Syarikat dan bandar yang mempunyai penduduk ke-4 paling banyak di negeri tersebut.

Sebelum penjajahan Eropah di Amerika, kawasan Santa Fe didiami dari tahun 900 M dan kurun ke-16 dikenali kaum Tewa sebagai Oghá P’o'oge, manakala kaum Navajo menggelarnya sebagai Yootó.[1] Berdasarkan bancian AS, bandar ini mempunyai keluasan 96.9 km2, yang terdiri daripada 96.7 km2 kawasan darat dan 0.2 km2 kawasan perairan. Orang Sepanyol mengendalikan aturan bandar dengan "Undang-Undang Indies", iaitu peraturan dan panduan perancangan bandar yang digubal pada tahun 1573 oleh Raja Philip ke-2. Bandar Santa Fe merupakan bandar yang tertakluk pada dokumen bandarnya sendiri dan bukannya pada undang-undang awam.

Bandar ini dikenali sebagai pusat seni yang mencerminkan sifat berbilang kaum bandar ini, dan telah dikhaskan sebagai Bandar Kreatif UNESCO dalam Rekabentuk, Kraf dan Seni Tradisional. Santa Fe terlibat dalam bidang sains dan teknologi sejak 1943 apabila bandar ini menempatkan Makmal Negara Los Alamos (LANL) yang terletak 45 minit dari bandar dengan memandu. Pelancongan merupakan unsur besar ekonomi Santa Fe, dengan pelancong yang mengunjungi sepanjang tahun dan tertarik dengan iklim dan kegiatan luaran berkaitan, serta aktiviti kebudayaan bandar dan kawasan ini. Antara tempat terkemuka di sini ialah Bangunan Negeri New Mexico, Katedral Basilica Saint Francis Assisi, Gereja Loretto dan Istana Gabenor. Berdasarkan bancian pada tahun 2010, terdapat 67947 orang penduduk yang mendiami bandar ini. Sante Fe ada 3 buah sekolah menengah awam: iaitu Sekolah Menengah Santa Fe, Sekolah Menengah Ibu Negeri dan Sekolah Seni New Mexico.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tourism: Santa Fe History". santafe.org. Dicapai pada October 19, 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)