Sapotaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sapotaceae
frames
Pouteria sapota
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Ericales
Famili: Sapotaceae
Genus: (sila lihat teks)


Sapotaceae ialah sebuah famili pokok berbunga yang tergolong dalam order Ericales. Famili ini merangkumi lebih kurang 65 genus (35-75, bergantung kepada takrif generiknya) pokok dan pokok renek malar hijau yang terdiri daripada lebih kurang 800 spesies. Taburannya tropika.

Banyak spesies menghasilkan buah-buahan yang boleh dimakan dan mempunyai kegunaan ekonomi yang lain. Spesies yang terkenal untuk buah yang boleh dimakan termasuk Pokok Ciku, Manilkara zapota (Sapodilla, Sapota), Manilkara chicle (Chicle), Chrysophyllum cainito, Pouteria (Abiu, Canistel, Mamey sapote), Vitellaria paradoxa (Shea), dan Sideroxylon australe (plum asli Australia).

Pokok-pokok daripada genus Palaquium (Gutta-percha) menghasilkan sejenis lateks yang amat penting untuk berbagai-bagai kegunaan. Biji-biji daripada pokok Argania spinosa (L.) Skeels menghasilkan sejenis minyak yang boleh dimakan, dan secara tradisi, ditumbuh di Maghribi.

Nama Sapotaceae berdasarkan Sapota, satu nama yang kini diolahkan sebagai sinonim untuk Manilkara (dahulu dikenali sebagai Achras, satu nama yang kini tidak lagi digunakan).


Genus[sunting | sunting sumber]