Satah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiga satah yang selari.

Dalam matematik, suatu satah (serapan Bahasa Arab: سَطْح, translit. saṭḥ "atap (yang datar); bumbung (yang mendatar)" terbitan kata kerja dasar سَطَحَ saṭaḥa "membentang"[1]) ialah sebarang permukaan dua dimensi yang rata yang memanjang jauh. Suatu satah merupakan bentuk dua dimensi bagi titik (dimensi sifar), garisan (satu dimensi) dan ruang (tiga dimensi). Suatu satah dapat muncul sebagai subbahagian daripada objek-objek dimensi darjat lebih tinggi, seperti suatu dinding dalam ruang, yang panjangnya tidak terbatas, atau wujud secara bebas lagi sendiri seperti dalam pengaturan geometri Euclid.

Apabila khusus dalam konteks ruang Euclid dua dimensi, satah merujuk kepada keseluruhan ruang. Banyak perkara asas dalam matematik, geometri, trigonometri, teori graf dan proses penggrafan dilakukan dalam ruang dua dimensi, atau, dengan kata lain, dalam suatu satah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 182. ISBN 967-65-7321-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]