Sauerkraut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Balang-balang sauerkraut yang dibuat sendiri

Sauerkraut ([sa-wĕ-kraut], bahasa Jerman: [ˈzaʊɐˌkʁaʊt]  ( dengar), 'kubis masam') dibuat dengan menapai kubis mentah mengunakan pelbagai jenis bakteria asid laktik.[1][2] Asid laktik yang terhasil daripada penapaian gula dalam daun-daun kobis yang diracik ini memberikan ia rasa masam yang unik serta jangka hayat yang panjang.[3][4]

Sauerkraut (termasuk cecairnya)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 78 kJ (19 kcal)
Karbohidrat 4.3 g
- Gula 1.8 g
- Serabut diet 2.9 g
Lemak 0.14 g
Protein 0.9 g
Air 92 g
Vitamin B6 0.13 mg (10%)
Vitamin C 15 mg (18%)
Besi 1.5 mg (12%)
Natrium 661 mg (44%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Makanan ini berasalnya dari China, di mana arak beras digunakan sebagai bahan pengawet. Ia kemudiannya diperkenalkan di Eropah oleh orang-orang Tatar.[5] yang menggunakan garam sebagai ganti.[6] Ada juga sesetengah pihak yang berpendapat makanan tersebut dibawa dari Empayar Mongol oleh maharajanya, Genghis Khan.[7] It then took root terutamanya di Eropah Timur dan Tengah.[8]

Sauerkraut sepertimana makanan diawet yang lain banyak membekalkan nutrisi ketika bekalan makanan yang biasa mengurang, seperti ketika musim sejuk di mana tidak banyak tumbuhan dapat hidup dalam persekitaran yang sejuk melampau.

Cara pembuatan[sunting | sunting sumber]

Kubis diracik halus, ditabur dengan garam secara lapis dan dibiarkan untuk beberapa lama dalam suatu bekas kedap udara pada suhu 15 °C selama beberapa bulan. Lactobacillus yang menapai kubis ini datang secara semulajadinya daripada udara persekitaran. Ragi juga boleh dipakai, namun boleh merosakkan rasa sauerkraut jika suhu penapaian ditetapkan terlalu tinggi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farnworth, Edward R. (2003). Handbook of Fermented Functional Foods. CRC. ISBN 0-8493-1372-4. 
  2. ^ "Fermented Fruits and Vegetables - A Global SO Perspective". United Nations FAO. 1998. Dicapai 2007-06-10. 
  3. ^ Gil Marks. Encyclopedia of Jewish Food. m/s. 1052.
  4. ^ Joseph Mercola, Brian Vaszily, Kendra Pearsall, Nancy Lee Bentley. Dr. Mercola's Total Health Cookbook & Program. m/s. 227.
  5. ^ Sauerkraut in a crock. Originally from China, sauerkraut can be made fresh at home, Christian Science Monitor
  6. ^ Sauerkraut: It All Began in China, New York Times
  7. ^ The History of Sauerkraut, The Kitchen Project
  8. ^ Gazette, The (22 September 2007). "Sauerkraut rises above its humble origins". Canada.com. Diarkibkan daripada asal pada 26 August 2012. Dicapai 9 February 2012. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]