Scott Michael Foster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scott Michael Foster
Kelahiran (1985-03-04) 4 Mac 1985 (umur 39)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2005–kini

Scott Michael Foster (lahir 4 Mac 1985) merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi watak sebagai Captain John Paul "Cappie" Jones dalam siri komedi-drama Greek (2007-2011), Leo Hendrie dalam drama Chasing Life (2014—2015) dan sebagai Nathaniel Plimpton III dalam Crazy Ex-Girlfriend. Foster juga pernah muncul dalam Californication, Halt and Catch Fire, dan Once Upon a Time.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Foster dilahirkan di Winfield, Illinois. Beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Beliau pernah berpindah ke Highland Village, Texas, dimana beliau mula berminat dengan lakonan seawal di sekolah rendah.[1] Beliau telah bersekolah di Briarhill Middle School, dan Edward S. Marcus High School dimana beliau terlibat dengan pementasan teater sehingga tamat belajar pada tahun 2003. Beliau kemudiannya memasuki Collin County Community College selama satu semester sebelum membuat keputusan untuk berhenti dan mengejar cita-citanya dalam bidang lakonan.[1] Beliau bermain gitar dan merupakan penyanyi utama kumpulan rock indie, "Siren's Eye". Mereka pernah mengeluarkan EP berjudul "Red Room" pada 15 December 2009.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Foster muncul dalam filim kecil The Beautiful Flowers, sebelum muncul dalam siri komedi-drama, Greek. Siri ini disiarkan dari tahun 2007 hingga 2011. Foster turut pernah membintangi filem bebas, Teenage Dirtbag.[3] Beliau kemudiannya menjadi pelakon undangan dalam Law & Order: LA, Melissa & Joey, Friends with Benefits, The Closer, dan Parenthood.[4]

Pada tahun 2012, Foster muncul dalam musim kelima Californication, dan The River.[5][6] Pada tahun berikutnya, beliau membintangi siri TV Zero Hour disamping Anthony Edwards dam Carmen Ejogo. Pada tahun2014, Foster mendapat watak dalam siri TV Halt and Catch Fire, dan tahun berikutnya muncul dalam Chasing Life.[7] [8][9] Pada tahun 2014 juga, beliau muncul dalam siri Once Upon a Time.[10]

Pada tahun 2015, Foster mula berlakon bersama Don Johnson and Amber Valletta dalam Blood & Oil.[11][12]

Pada tahun 2017, Foster mula muncul dalam siri komedi-muzikal Crazy Ex-Girlfriend sebagai Nathaniel Plimpton III.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Scott Michael Foster". TVGuide.com. Dicapai pada 29 March 2015.
  2. ^ "Featured Content on Myspace". Myspace. Dicapai pada 21 August 2015.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-25. Dicapai pada 2017-10-17.
  4. ^ "Greek's Scott Michael Foster Joins Parenthood". TVGuide.com. Dicapai pada February 16, 2011.
  5. ^ Adam Bryant (15 July 2011). "Exclusive: Sopranos and Greek Stars to Make Trouble for Californication's Hank". TVGuide.com. Dicapai pada 29 March 2015.
  6. ^ Michael Ausiello. "Scoop: Greek's Scott Michael Foster Joins ABC's The River – TVLine - TVLine". TVLine. Dicapai pada 29 March 2015.
  7. ^ "Leo Hendrie". ABC Family. Dicapai pada 29 March 2015.
  8. ^ Elizabeth Wagmeister. "'Chasing Life': Leo Dies — Scott Michael Foster, 'Blood & Oil' Actor, Killed Off - Variety". Variety. Dicapai pada 21 August 2015.
  9. ^ Matt Webb Mitovich. "'Chasing Life' Season 2 — Leo Dies, But Will Be Seen Again - TVLine". TVLine. Dicapai pada 21 August 2015.
  10. ^ Liz Raftery (1 July 2014). "Once Upon a Time Casts Two Frozen Characters". TVGuide.com. Dicapai pada 29 March 2015.
  11. ^ The Deadline Team. "ABC Pilots 'Dr. Ken', 'Boom' & 'Family Of The Year' Add To Cast - Deadline". Deadline. Dicapai pada 29 March 2015.
  12. ^ Andy Swift. "Scott Michael Foster In ABC's 'Boom' — 2015 Pilot Casting News - TVLine". TVLine. Dicapai pada 29 March 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]