Sedefkar Mehmed Agha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sedefkar Mehmed Agha atau Sedefqar Mehmeti dari Elbasan (Turki Moden: Sedefkâr Mehmet Ağa, sekitar 1540 - 1617) direkodkan sebagai arkitek Uthmaniyyah yang telah membina Masjid Sultan Ahmed ("Masjid Biru") di Istanbul.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Masjid Sultan Ahmed di Istanbul dianggap sebagai kemuncak karier Sedefkâr Mehmed Ağa.

Mehmed telah dilahirkan sekitar tahun 1540. Berdasarkan ahli biografi Cafer Efendi, beliau dipercayai berasal daripada kota Elbasan yang kini terletak di Albania.[1] Beliau pergi ke Istanbul pada tahun 1563 (kemungkinan besar untuk menganggotai kor janissari). Selepas enam tahun menjadi kadet (acemioğlan), beliau mula belajar muzik. Sepanjang tempoh 20 tahun, beliau mahir menatah karangan, yang mana beliau mendapat nama Sedefkâr. Kemudian beliau bertukar kepada senibina. Beliau berguru dengan arkitek Mimar Sinan, seorang arkitek Turki yang terkenal,[2] dan menjadi penolong kanan semasa ketiadaan Sinan.

Pada bulan Januari 1586, beliau telah dilantik untuk menyiapkan Masjid Muradiye di Manisa, yang mana pembinaannya telah dimulakan oleh Sinan. Beliau memberi sebuah kotak Al-Quran kepada Sultan Murat III (mungkin atas nasihat Sinan) dan dilantik sebagai penjaga pintu (Kapıcı). Apabila Sinan meninggal dunia pada tahun 1588, Mehmed Agha, penolong kanan beliau tidak dilantik sebagai pengganti, sebaliknya Wizurai Besar telah melantik Davut Ağa, seorang ahli dalam saliran air sebagai Arkitek Diraja.

Pada tahun 1591, Mehmed Agha telah menghadiahkan sebuah bekas anak panah yang dihias cantik kepada sultan, beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Bailiff (muhzirbaṣı). Pada tahun yang sama, beliau telah menjadi leftenan-gabenor (mütesellin) di Diyarbakır dan Pemeriksa Kerjaraya. Pada tahun berikutnya, beliau melawat Arab, Mesir dan Macedonia. Pada thaun 1597, beliau telah dilantik sebagai Ketua Saliran Air oleh Sultan Mehmed III. Beliau juga diberi komisyen kerana membina takhta walnut, yang ditatahkan dengan nacre dan kulit kura-kura untuk Sultan Ahmed I, yang kini masih boleh dilihat di Istana Topkapı.

Selepas Davut dihukum mati pada tahun 1599, beliau telah digantikan oleh Dalgıç Ahmet Ağa. Pada tahun 1606, Mehmed Agha akhirnya dinamakan sebagai Ketua Arkitek Diraja bagi istana Utmaniyyah, menggantikan Dalgıç Ahmet Ağa, pembina makam besar Mehmed III di laman Hagia Sophia.

Bermula pada tahun 1609 sehingga 1616, beliau menyambung pembinaan Masjid Sultan Ahmed, yang juga dikenali dengan nama Masjid Biru di sebabkan warna jubinnya. Rekabentuk masjid berdasarkan Hagia Sophia, sebuah mercu tanda dari senibina Byzantine yang mana telah dibina pada kurun ke-6, dan kerja-kerja yang telah dibuat oleh guru beliau, Mimar Sinan. Masjid ini memiliki rekabentuk simetri sempurna, dengan kubah utama ditopang oleh empat buah separa-kubah dan dikelilingi dengan beberapa buah exedrae kecil.

Mehmed Agha meninggal dunia pada tahun 1617 lebih kurang pada masa yang sama dengan sultan [perlu rujukan].

Legasi[sunting | sunting sumber]

Sedefkar Mehmed Agha telah meninggalkan sebuah mercu tanda yang mengkagumkan di Istanbul. Dataran bersebelahan Masjid Biru dikenali sebagai Sultanahmet. Masjid ini merupakan kemuncak dalam karier beliau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Edwin E. Jacques, The Albanians: An Ethnic History from Prehistoric Times to the Present, McFarland, 1995, p. 326.
  2. ^ Mehmed Aga in Encyclopaedia Britannica online, (LINK)
  • Goodwin G., "A History of Ottoman Architecture"; Thames & Hudson Ltd., London, reprinted 2003; ISBN 0-500-27429-0