Sejarah Haiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Haiti terletak di bahagian barat Pulau Hispaniola di Laut Caribbean. Waktu kedatangan penjelajah dan penjajah Eropah ia didiami orang Taino iaitu cabang dari Arawak Amerika Selatan. Mereka memanggilnya Ayiti, Bohio atau Kiskeya. Ayiti bermaksud tanah pergunungan, manakala Bohio bererti "desa kaya". Sebelum kedatangan Christopher Columbus, pulau Hispaniola terbahagi kepada lima caciquedom iaitu: Marien, Xaragua, Maguana, Higuey, dan Magua. Haiti moden merangkumi hampir semua wilayah kedua ini.

Beberapa artifak budaya termasuk lukisan gua ditemui di beberapa lokasi dan kini menjadi simbol nasional Haiti dan tempat pelancongan. Léogane merupakan sebuah bandar di barat daya merupakan bekas ibu negeri Xaragua .

Penjelajah Christopher Columbus mendarat di Saint-Nicolas Mole pada 5 Disember 1492 dan beliau mendakwa pulau itu kepunyaan negara Sepanyol. Kapalnya Santa María terkandas di di Cap-Haitien. Columbus dipaksa meninggalkan 39 orangnya . dan menuntut penyelesaian petempatan La Navidad. Selepas pelupusan La Navidad oleh masyarakat tempatan, Columbus menubuhkan La Isabela. Pemimpin utama yang menentang penaklukan Sepanyol adalah Ratu Anacaona, seorang putri dari Xaragua yang berkahwin dengan Caonabo dari Maguana. Pasangan ini keras menolak kekuasaan Sepanyol. Dia ditangkap oleh tentera Sepanyol dan dihukum di depan orang ramai. Sampai hari ini, Anacaona dipuja di Haiti sebagai pengasas negara Haiti.

Penjajah Sepanyol mengekploit pulau itu untuk mendapatkan emas .Rakyat tempaytan dipaksa menjadi pekerja lombing dan dipkasa menjadi hamba abdi.Penduduk terdedah kepada jangkitan penyakit, Mereka kekurangan gizi dan penurunan drastik kadarf kelahiran .Wabak penyakit cacar merekab secara meluas di Hispaniola pada tahun 1507. Undang-undang Burgos, 1512-1513 digubal bagi melindungi orang India asli. Mereka melarang penganiayaan orang asli, dan menyokong mereka menganut agama Kristian Katolik. Undang-undang ini tidak pernah benar-benar dilaksanakan.

Para gabenor Sepanyol Afrika mula mengimport tenaga kerja hamba. Pada 1517, Charles V merancang mengambil hamba abdi untuk tenaga kerja di lombon emas. Puak Taínos hampir pupus di pulau Hispaniola. Mereka yang tidak sanggup menjadi hamba telah melarikan diri ke pergunungan dan membina pemukiman di kawasan pedalaman dan pergunungan. Mereka bercampur dengan hamba abdi afrika dan digelar zambos multiras.Campuran keturunan Afrika ini digelar Amerindian marabou. Mestizo adalah anak hasil persetubuhan antara perempuan pribumi dengan laki-laki Eropah. Creoles adalah hasil campuran Eropah, Amerindian, dan keturunan Afrika tanpa warna. Antara 15-20 % penduduk terdiri daripada penduduk Creoles. Mereka hidup kaya di kebanyakan ibukota seperti Petionville atau Kenscoff. Mereka juga terdapat idi Jacmel, Les Cayes dan Cavaillon.

Hispaniola menjadi Syurga bagi bajak laut dan pintu gerbang ke Laut Carrebean. Bahagian barat pulau itu dihuni oleh orang Perancis Buccaneers. Di antara mereka adalah Bertrand D'Ogeron yag menjadi peladang tembakau. Ramai orang Perancis menetap dan menjadi penduduk di sini, Mereka tidak tunduk kepada kuasa Raja Sepanyol hingga tahun 1660 dan menyebabkan sejumlah konflik. Pada 1640, para Buccaneers daripada Tortuga menyebut diri mereka 'Brethren of the Coast.'.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]