Orang Taíno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Orang Taíno adalah kelompok etnik peribumi yang menduduki rantau kepulauan Caribbean[1] terutamanya di sebahagian besar pulau Cuba serta pulau-pulau Hispaniola, Jamaica dan Puerto Rico, kepulauan Bahamas, dan utara kawasan Antillen Kecil. Masyarakat ini merupakan tamadun manusia pertama yang ditemukan di Dunia Baru oleh manusia dari dunia Lama semasa pelayaran diketuai Christopher Columbus dari Eropah pada tahun 1492. Mereka menuturkan bahasa Taíno.[2]

Orang-orang Sepanyol menaklukkan pelbagai wilayah dihuni orang Taíno dari akhir abad ke-15 hingga awal abad ke-16; penaklukan dilakukan mereka ke atas tanah-tanah diterokai membinasakan orang Taíno sepertimana dicatatkan beberapa cendekiawan kontemporari.[3][4] Kaum lelaki Taíno terutamanya dipaksa mengusahakan ladang dan lombong emas sehingga tanah asal ditinggalkan tanpa ada sesiapa lain yang mampu mengusahakan tanaman sumber makanan setempat.[5] Sejak akhir abad ke-20, terdapat penemuan yang disimpulkan kebanyakan sarjana kebanyakan penduduk Taíno mati akibat ketiadaan daya lali terhadap penyakit-penyakit berjangkit terbawa dari kalangan orang Eropah: suatu wabak cacar yang merebak di Hispaniola pada tahun 1518-1519 membunuh hampir 90% bangsa Taíno yang masih hidup di pulau itu.[6][7]

Orang-orang Taíno yang masih terselamat ini ada berkahwin campur dengan masyarakat Eropah penjajah dan orang Afrika yang dibawa ke rantau ini sebagai hamba menjadi sebahagian daripada masyarakat jajahan Sepanyol. Banyak penduduk Puerto Rico, Cuba dan Republik Dominica mempunyai susur galur keturunan Taíno melalui tinggalan genetik mitokondrion dari sebelah ibu.[8][9] Kesedaran terhadap warisan budaya Taíno mula dikembangkan semula pada sekitar 1840 di kawasan-kawasan jajahan yang memuncak pada tahun 1960-an dengan giatnya gerakan memperjuangkan hak sama rata hidup bangsa-bangsa kulit hitam dan asli Amerika Syarikat.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rouse 1992.
  2. ^ "Taino". Encyclopædia Britannica. 2018.
  3. ^ Chrisp 2006.
  4. ^ Reséndez, Andrés (2016). The Other Slavery: The Uncovered Story of Indian Enslavement in America. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 17. ISBN 978-0547640983. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2019. Dicapai pada 21 Jun 2019.
  5. ^ "What Became of the Taíno?". Smithsonian Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2019. Dicapai pada 10 Oktober 2019.
  6. ^ Abbot 2010.
  7. ^ Alfred W. Crosby, The Columbian Exchange, Westport, 1972, p. 47.
  8. ^ "The Taíno were written off as extinct. Until now". Newsweek.com. 20 February 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2018. Dicapai pada 19 Mei 2018.
  9. ^ Gibbens, Sarah (21 Februari 2018). "Ancient Islanders Visited by Columbus Not 'Extinct,' Study Finds". National Geographic.
  10. ^ Alexandra Aikhenvald (2012) Languages of the Amazon, Oxford University Press